Sunday, August 12, 2007

Perdu Batu Seremban


Saya sempat pulang ke kampung pada 10-12 Ogos. Memandangkan kedua orang tua saya berada di rumah saya hampir seminggu, saya mengambil kesempatan untuk menghantar mereka pulang ke kampung Jumaat lalu. Kami sampai di kampung saya di Kulim, Kedah lebih kurang jam 4 pagi, 11 Ogos 2007. Perjalanan yang amat mencabar memandang sebelum itu saya perlu mengambil Angah saya di Genting Highland juga. Kami menuruni Genting melalu Batang Kali, cuma masuk semula ke Lebuhraya PLUS di Tanjung Malim.
Semasa lepak-lapak bersama emak sambil mengait buah rambutan di laman rumah di kampung; yang sudah tiba hujung musim sempat saya mengambil gambar bekas pokok pulasan yang kini cuma tinggal perdunya sahaja setelah di tabang oleh emak semasa ingin membuat paga batu baru. Kini perdu pulasan itu di jadikan sokongan untuk pokok-pokok orkid. Sayang sekali, jika tidak tentu saja saya dapat merasa lagi buah pulasan hasil usaha saya. Apa yang menggamit memori saya ialah pokok pulasan ini adalah hadiah kemenangan saya sebagai Juara Pertandingan Batu Seremban semasa Pesta Konvo UPM tahun 1991 semasa saya baru menjejakkan kaki ke sana. Meskipun tinggal perdu sahaja, kenangan ini adalah manis setiap kali pulang ke kampung. Kali terakhir saya memenangi pertandingan batu seremban ialah dalam tahun 2002 di TIKA 2002 di PERMATA, Bangi. Teringin juga nak masuk lagi pertandingan rakyat ini...