Saturday, December 2, 2006

Cam On Vietnam


3 bulan yang lalu (pertengahan Ogos 2006) (ini kira cerita lama dah nii – walaupun lama saya masih belum menghantar borang tuntutan perjalanan, entah kenapa sayapun tidak pasti.. insyaAllah sebelum penghujung tahun) saya telah ditugaskan ke Vietnam. Saya bersama seorang pengurus Pemasaran perlu bertemu 3 bakal pengedar di sana dalam proses untuk kami memasarkan produk kami di sana. Yang menariknya, 3 bakal pengedar ini beroperasi di 3 bandar utama Vietnam iaitu Hanoi, Ho Chi Minh City & Can Tho. Secara dasarnya saya seperti melawat keseruhan Negara Vietnam.

Vietnam Secara Ringkas

Vietnam adalah salah satu daripada 10 anggota ASEAN. Luas bumi Vietnam ialah 330, 991 kilometer persegi. Penduduknya lebih kurang 82 juta. Letaknya di bahagian barat Semenjung IndoChina. Bersempadan dengan China di bahagian utara, sementara di bahagian barat pula Kemboja dan Laos. Vietna mengadap Laut China Selatan di bahagan timur dimana Vietnam menamakan lautan tersebut sebagai Laut Timur. 4/5 daripada keluasan Vietnam dilitupi oleh gunung ganang dan bukit bukau. Ada dua sungai yang menjadi ‘landmark’ utama Vietnam iaitu Sungai Merah dan Sungai Mekong. Perlombongan, Pertanian dan hasil hutan adalah komoditi utama Vietnam. Vietnam adalah sebuah negara tropika, selatan Vietnam misalnya mempnyai iklim yang hampir sama dengan negara kita Malaysia. Terbahagi kepada 64 Wilayah dengan lima Majlis perbandaran (Hanoi, HCM City, Haiphong, Can Tho & Danang). Semua orang tahu yang Vietnam pernah dijajah oleh France sehinggalah Ho Chi Minh mengisytiharkan kemerdekaan pada tahun 1945. Terdapat 54 kumpulan etnik di Vietnam. Bangsa Viet @ Kinh merangkumi 88 %. Terdapat juga etnik yang mendiami kawasan pergunungan seperti Tay, Nung, Tahi, Muong, H’Mong, Khmer, Bana, Eda dan lain-lain. Bahasa kebangsaan ialah Bahasa Vietnam, Bahasa Inggeris juga boleh digunakan di bandar utama. Agama utama ialah Buddha, Konfucius dan Ancestor. Terdapat juga penganut agama Islam di sini (Org Khmer)

Bahasa Vietnam

Tolong (Xin atau sebutannya csin)
Sorry (xin loi atau sebutannya sin loy)
I want to buy (bao nhieu/ bow nyew)
How much? (o dau/er dow)
Good (tot/tote)
Coffee (ca phe/car-fay)
Hotel (khach san/khack san)
I (toi/toy)
You (anh/ang = man older, chi/chee = women older)

Peribahasa Vietnam

“Giau an, kho nhin” – Eat when rich, fast when poor
“Giau doi ban, sang doi vo” – The rich man easily change friends and wives

Trivia Vietnam

Jika anda meminati seni, Vietnam adalah tempatnya. Di HCM City umpamanya terlalu bayak galeri seni yang menjual lukisan asal para pelukis muda Vietnam dengan harga yang amat berpatutan dan boleh ditawar.

Boleh juga cuba The Bunga Teratai yang juga enak diminum dengan gula secukup rasa.

Ramai Orang Melayu/Islam (Malaysia, Indonesia, Singapura & Brunei) yang datang ke HCM City untuk membeli baju kurung dan telekong untuk bersolat. Cantik dan murah.

Ada dua restoran halal yang saya ketemu di HCM City. Salah satunya dimiliki oleh rakyat Malaysia (Satay House) dan Four Season (milik orang Islam Vietnam yang boleh berbahasa Melayu) .

Kebetulan saya menginap di Sheraton HCM City. Bersebelahan dengan Masjid Jamek. Kali pertama sebenarnya saya menunaikan Solat Jumaat di negara yang bukan islam. Yang lebih menambahkan lagi sayunya ialah Khutbah Jumaat di baca di dalam Bahasa Melayu Malaysia.

Pernah menonton Filem Good Morning Vietnam, lakonan Robin William? Ataupun 'Three Seasons'? Filem yang menjadi kebanggaan penggiat filem Vietnam kerana mendapat banyak anugerah perfileman antarabangsa.


Jika ada peluang, pastinya saya akan kemari lagi… masih banyak yang belum diterokai.

No comments: