Monday, December 11, 2006

Alif @ Promo Bintang Kecil di South City Plaza


Sempat juga saya meluangkan masa untuk menyaksikan persembahan Alif (walaupun cuma satu lagu sahaja – dan sudah tentulah lagu Khayal !!!!) di South City Plaza (SCP), Seri Kembangan pada 10 Disember 2006 yang lalu. Saya tiba agak awal rupanya (lebih kurang jam 11.00 pagi), ya… program memang telah bermula semasa saya tiba di SCP tetapi memandangkan ini merupakan program bersama kanak-kanak untuk mencari Duta bagi Bintang Kecil dan tertutup (persembahan artis jemputan cuma bermula jam 12.45 tgh hari dan hanya kanak-kanak yang berpakaian serba PINK yg terdiri daripada mereka yang telah mendaftar dan membayar yuran program sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam ‘kandang’ yang telah disediakan,; maka dengan itu jugalah, kesemua gambar yang saya ambil dan paparkan dalam blog ini adalah yang diambil dari tingkat 1, SCP.

Apa yang membanggakan ialah, Alif adalah artis yang tiba paling awal sekali. Bila di tanya Meor (Pengurus Alif…. Meor mana? Alah Meor yang menulis skrip Cicak Manlah…), katanya takut sesat. Baik juga Alif datang awal… maka dengan sukarela (@paksa rela… ahaks, lawak jer), Alif dengan senangnya telah turut bersama dengan adik-adik Pinky menjalankan aktiviti mereka. Yang menariknya, Alif juga memakai t-shirt PINK, inilah yang dikatakan artis yang membuat ‘research’ sebelum menerima sebarang undangan, samada kecil atau besar. Kudos Alif!!!

Meskipun terdapat juga cacat cela akan program ini (kekadang kalut, kekadang seperti tidak dirancang dengan betul dll), saya kira itu bukan soalnya kerana kelihatan para kanak-kanak seperti enjoy dan gembira lantaran ramai juga artis yang hadir seperti Syanie, Khadeeja (dah berambut pendek rupanya), Yazer AF3 (makin berisi dan rambut juga makin panjang), Izwan Pilus (si dagu cantik – bukan saya yang kata, tetapi Cik Cit-Cat Wan Ali), kanak-kanak dari Terang Bulan (eh… entah-entah Tentang Bulan???, tidak mengapa – nanti tengok saja promo filem ini), Asfar OIAM (yang menyanyikan lagu baru beliau rasanya) Dina MI, tidak ketinggalan seperti yang saya sebut tadi; Alif (‘cool’ bila menyampaikan lagu Khayal sambil mengajak adik-adik menari) dan ramai lagi.

Saya pun tidak menunggu lama sebenarnya, memandangkan masih ada perancangan lain yang perlu dilunaskan. Saya meninggalkan SCP ketika program sedang berhenti rehat untuk makan tengah hari (tika itu juga Alif tengah makan tengah hari dengan lahapnya…. Kwang3X, jangan mare ye Alif, marah kang pendakap gigi PINK tu tercabut.:)) dan Yazer pula sedang ‘khayal’ mengetuk gitar kapok di atas pentas mendendangkan sebuah lagu…

No comments: