Thursday, February 28, 2008

Apa Yang Saya Beli di IKEA Hari Ini



Ini SOTA Jar. Yang besar 4.7 Liter, yang kecil pula 1.0 Liter. Yang besar tuu, sebelum diskaun harganya RM25.00 sebalang. Sekarang ni dah turun jadi RM 19.00 sahaja. Yang kecil pula harga biasa RM15.00, time sale ni cuma RM9.90 sahaja. Jar yang besar tuu sebenarnya saya nak isi keychain, sebelum ini dah penuh 2 balang koleksi keychain saya. Yang kecil tuu... masih berfirkir lagi apakah kegunaannya.





Yang ini pula namanya.... ISIG Block Candle. Boleh isi lilin 7 sekaligus. Yang ni pun turun harga jugak nii... Kalau tak silap saya; sebelum ni harganya dalam RM24.90 kot. Masa Sale ni dah jadi RM19.90... berbaloi jugaklah bagi saya yang suka pasang lilin kat umah ni... terutama ruang tamu.




BURKEN Jar 1.1 Liter nii memang tak turun harga. Tapi saya kena beli jugak sebab nak buat balang isi mancis (mancis digunakan untuk nyalakan lilin laaa). Sebelum ni saya dah ada Burken Jar yang saiznya besar sedikit dari yang ini dan saya isikan dengan lilin, jadi balang kecil ini akan jadi pasangannyalah...



FIXA Tool Set ni pun masih kekal harganya... RM25 satu set. Saya ada 1 set di rumah, rumah mertua juga ada 1 set. My best friend kat Kuantan si Ajeem jugak dah beli satu set. Yang ini saya beli sebab nak jadikan hadiah perkahwinan Adam AlHabshi. Kenduri dia bulan 6/4 nii... dulu dia hadiahkan saya 'candle holder' (yang telah menjadi deko ruang tamu). Saya rasa tool set ni amat sesuai dijadikan hadiah sebab lepas kahwin Adam mesti nak pindah rumah barukan. Harapan aku peralatan ini dapat membantu kau Adam !!!! Saya tak perlu risau rahsia ini bocor sebab kebarangkalian Adam untuk masuk blog saya adalah amat tipis... senipis kulit bawang... hahaha.



GLITTRA Vase & Candle Set ini pula saya beli untuk hadiah hari lahir Along. Yang ini memang berbaloi sebab.... harga asal RM 45.00. Sekarang dah jadi RM 19.90 sahaja !!! Set ini ada vase, candle & candle holder. Lilin wangi lagi.... Birthday Along... lambat lagi, bulan Mei.





Ini pula pesanan telefon dari Angah. GROSSBY Bed Tray & SIBBARP Snap Shot Picture. GROSSBY tu fixed price.... rasanya Angah dah malas nak bangun dari katil kot.... sebab tuu yang dia cari bed tray tuh. Snap Shot Photo Frame tuu pulak.... RM75.00, kalau tak silap saya harga asal lebih dari RM100.00... kira berbaloilah beli. Tapi.... gambar ni match pulak dengan ruang tamu saya !!! ...and Orange is my favourite colour !!!




As far as I can remember.... dah 5 kali saya berkenan nak beli bingkai gambar FINLIR nii... tetapi selalu tak jadi. Bila sampai cashier... mesti letak balik... bukannya apa... mahal sangatlah pulak. Satu set untuk 12 keping gambar nii.... harganya RM49.00 dan masih tak turun harganya. Tapi kali ni... alang-alang nak swipe Ikea Friends Card ni... pejam mata aja !!! Saya plan nak letak kat workstation saya...kat opis laaa...


Nota Jase :

Saya dan Lisa ambil cuti hari ini. Kami bangun macam nak pergi kerja gayanya. Tapi jalan jam... dari rumah ke Ikea mengambil masa lebih kurang 1 jam 10 minit (selalunya 45 minit dah samapai). Kami sampai lebih kurang jam 8.30 pagi (BTW, Ikea buka jam 7.00 pagi hari ini). Sempat breakfast lagi kat Ikea. Nasi lemak RM0.99 !!! Sedap pulak tuu... seperti biasa free coffee - siap leh re-fill lagi. Kami buat rekod hari ini.... dua kali masuk Ikea. Lepas lunch kat Teh Tarik Place (The Curve) kami sambung shopping !!!! Wow.... What A Day !!!









Wednesday, February 27, 2008

Jumpa Saya di Ikea Esok !!!


Esok pagi saya merancang hendak ke Ikea... for a Retail Theraphy. Jam 7 pagi Ikea dah buka laaa. Bolehlah sarapan di sana. Dah lama sebenarnya saya tak sertai Ikea Sale untuk hari yang hanaya dikhaskan untuk Ikea Friends. Dah 2 tahun berlalu rasanya. Lagipun, cuti saya esok bukannya Annual Leave tetapi Cuti Tanpa Rekod bagi menggantikan Hari Taipusam bulan lalu di mana saya terpaksa bekerja di Kota Kinabalu. Kalau para pembaca blog saya pun nak tag along... you are most welcome. Come and join the bandwagon... Jom !!!

Tuesday, February 26, 2008

Wayang Free... Eh, Idakler Free Sangat..


Memandangkan saya membaca Mingguan Malaysia Ahad lalu... dapatlah saya dan Lisa menonton Vantage Point dengan harga RM1.50 untuk 2 keping tiket. Mudah saja, bawa keratan Pancaindera (akhbar sisipan MM), satu keratan dapat 2 tiket. Filem thriller memang best... lagi-lagi yang mencabar minda. Memandangkan cerita ini mula-mula menyembunyikan susur galur ceritanya, kira berkesan jugaklah elemen suspennya dan merik minat untuk kita terus menonton. Sesuai dengan tajuk, ia membawa kita menyelami cerita dari 8 pandangan atau senario yang berbeza dalam masa kira-kira 15 minit sebelum peristiwa tembakan terhadap Presiden Amerika (Presiden Ashton) ketika baru hendak memulakan bicara beliau di Persidangan Anti Terorist di Sepanyol.
Ceritanya agak mudah sebenarnya... mengisahkan seorang ejen perisik (yang baru memulakan tugasnya semula setelah ditembak ketika menyelamatkan Presiden Ashton satu ketika dulu). Kali ini beliau ditugaskan sekali lagi untuk melindungi Presiden Ashton; seperti biasa mestilah agen ini mempunyai deria yang amat luar biasa. Kita akan lihat bagaimana setelah presiden ditembak, agen ini menyelamatkannya penuh dengan aksi-aksi yang mungkin membuat kita melopong.
Dennis Quaid - jadi herolah pulak, Matthew Fox - sepatutnya kau lebih bijak, Forrest Whitaker - penat berlari dan penuh emosi, Sigourney Weaver - Penerbit yang 'kejam' & William Hurt - Presiden yang ditukar ganti?? Kalau ada lebihan RM10, tonton aja !!!
Best.... cuma endingya saya tak puas hati !!! Penuh dengan propaganda Amerika...

Tuesday, February 19, 2008

DAMAI MERDEKA - REEDZA

"Gambar ini hanya hiasan" - sebenarnya semasa Malam Puisi Kemerdekaan pada 26/08/2006 di Dataran Merdeka ini Mawi tidak membaca sajak "Damai Merdeka - Reedza" tetapi sajak Allahyarham JM Aziz kalau tak silap saya. Apa yang menjadi nostalgia ialah tarikh keramat inilah Mawi mula berkenalan dengan kumpulan kami.

Damai itu
Adalah satu
Rentetan daripada perjuangan
Menghambat keterpaksaan
Yang datang tanpa kerelaan
Membibit kebebasan
Pencetus maruah dan harga diri

Damai itu
Terasa dingin sekali
Apabila aku menghembus
Udara merdeka ini sekali ini
Kerana setelah 50 tahun janji ini termetri
Apakah aku masih mampu berasa sangsi lagi?

Damai itu
Adalah aku
Seakan situasi
Dalam datang, dalam pergi
Ingin aku terus kecapi hakiki ini
Tanpa secubit rasa rendah hati

Damai itu
Antara kami saling berpadu
Terima kasih Tuhanku
Terimakasih negeri ku
Terima kasih kepada para patriot
Atas nikmat tak terjangka ini

Sunday, February 17, 2008

Collector's Item



Saya masih ingat lagi ketika pulang ke kampung baru-baru ini di mana saya telah 'menghadiahkan' Angah 1 kontena plastik kaset-kaset lama yang saya beli dan kumpul sejak belajar. Ye lah... cuma Abah dan Angah sahaja yang masih memiliki alat pemain kaset (cassette recorder) samada di rumah atau dalam kereta. Sedangkan saya telah naik taraf ke cakera padat (CD) . Lantaran itu ada beberapa hasil muzik hebat yang pernah dihasilkan oleh beberapa artis ternama yang tiba-tiba hilang dari koleksi saya kerana dahulu saya cuma mampu membeli kaset. Antaranya album "Faith - George Micheal" yang dihasilkan dalam tahun 1988 (kalau tak silap saya) yang mana telah menukarkan seorang 'star' menjadi 'mega star' !!! Album ini mengandungi 5 Lagu No 1 di US Billboard Hot 100 - "Faith", "Father Figure", "Kissing A Fool", "One More Try" & "Monkey". Tapi sebenarnya lagu yang saya cari dalam album ini ialah "Hand To Mouth" memandangkan lagu ini tidak dimasukkan di dalam mana-mana kompilasi George Micheal.

Setelah hampir 5 tahun mencari album ini dalam bentuk CD, akhirnya Flea Market Amcorp Mall telah berjaya merealisasikan impian saya. Dengan tidak di sangka-sangka seorang penjual memiliki CD ini. "Thank You, Bro !!!" Misi kedua saya ialah untuk mencari CD "Listen Without Prejudice Vol 1" pula dari penyanyi yang sama. Antara album lain yang saya telah berjaya memiliki sejak beberapa tahun lalu ialah "Wilson Phillips (album pertama yang mengandungi lagu Eyes Like Twins)", "Sean Maguire" (Yes... the King Leonidas in Meet The Spartans - he was once a singer in the UK with few UK Top 10 songs before he moved to the states to act in sitcoms ) dan beberapa CD pertama East 17.

Amcorp Mall, terutama Flea Market setiap hari Ahad sebenarnya banyak membantu saya untuk mencari CD terpakai (used CD) 'masterpiece' dan 'rarities"; saya mula dikenalkan oleh seorang rakan mengenai tempat ini semasa bekerja di Bangi hampir 10 tahun lalu, bezanya beliau mencari piring hitam lama. Lantaran itu, meskipun bukan selalu, saya pasti akan ambil kesempatan untuk ke sini untuk menambah koleksi saya. Ada lagi CD lain yang saya cari tetapi belum berjumpa, "Glenn Medeiros - Ballad Collection", "OST - Miss Congeniality 1", "Jason Donovan - 10 Good Reason" , "Shy8 - Shy8" & "Brothers... We Are", "Aishah - Asia... Sedunia" antaranya.

Saturday, February 16, 2008

Saturday @ Sunway


Lebih 220 minit terperap di Panggung 12 TGV Sunway Piramid !!! Macam tengok 2 filem back-to-back. Itulah yang dilalukan oleh saya dan Lisa dari jam 12.10 tengah hari sampailah jam 4.00 petang. Jodhaa Akhbar adalah filem termahal Bollywood yang menelan belanja USD20 juta membarisakan 2 pelakon mega hebat Hrithik Roshan dan Aishwarya Rai. Epik Cinta politik perkhawinan dua bangsa dua budaya kurun ke 16 mengisahkan Raja Hindu Bhamal yang memerintah Kerajaan Rajput menyerahkan puteri baginda Jodhaa Bai kepada Maharaja Kerajaan Islam Mughal, Jalaluddin Mohamad Akhbar atas 'muslihat' untuk menjalinkan hubungan politik yang baik. Kita akan menyaksikan bagaimana sukarnya Jalaluddin memenangi cinta Jodhaa yang diselitkan dengan berbagai konflik dalaman dan luaran.
Filem ini telah menggunakan 80 ekor gajah, 100 ekor kuda dan 55 ekor unta !!! Jalaluddin tidak boleh membaca - sedangkan mengikut adat Hindu Rajput, seorang isteri tidak boleh menyebut nama suaminya. Lucukan.... bila Jodhaa belajar menulis khat, beliau menulis nama Jalaluddin. Kedua-dua Jalaluddin dan Jodha bijak bermain pedang. Hmm... cuma yang saya musykil, benarkah sehingga akhir hayat, Jodha tidak memeluk Islam sedangkan beliau menjadi isteri dan permaisuri kepada serang pahlawan dan Raja Kerajaan Islam yang hebat? Ini kena baca sejarah balik nii....
Apa-apa pun filem Epik ini memang hebat. Boleh di tontong. Sinematografinya hebat.



Ini adalah 'lunch' kami. Dah jam 5.00 petang pun, baru boleh nak lunch. Nak cari surau lagi kan. Ada donut miss gree tea, al capone, haven berry, don mochino dan jcrown almond, siap ngan blueberry yogourt (yang cantik dan sedap), ice lemon tea dan americano cofee. Boleh tahan juga mencari J.Co di Sunway New Wings nii.... Nasib baik jumpa. Untuk hantu J.Co macam saya, sesekali lunch J.Co memang BEST !!!




Kat depan J.Co Sunway Pyramid ada 'Cupid Garden' (limited time sajalah)..... saya pun amik kesempatan untuk amik gambar ler....



Yang ini pula gambar 'Cupid Garden' dari pandangan atas, memang ramai sebenarnya yang ambil kesempatan untuk bergambar.




Marrakesh... antara destinasi yang menjadi impian saya... Marrakesh, Maghribi (termasuklah Casablanca sekali) !!!! Selain daripada Turki & Norway. Kiranya Marrakesh di Sunway Pyramid macam Souq jugalah. Cantik... memang cantik.




Tak perlu ke HongKong atau Singapura lagi jika ingin menjadi trendy.... hahahaha; di Asian Avenue semuanya ada... Alamak, terlebih promolah pulak. Kalau nak jamu mata atau buat retail theraphy boleh sangat.



Antara tujuan asal saya ingin ke Sunway hari ini ialah kerana ingin menjengok Concept Store terbaru Crocs (yang ketiga di Malaysia) setelah membaca mengenainya beberapa hari lalu di akhbar. Tujuannya ingin membeli mug crocs setelah gagal membelinya di Ikano. Namun usaha saya sia-sia, saya hampa.... Tak ada stok. Nampak gayanya saya terpaksa ke Mid Valley sekali lagilah pulak untuk mendapatkannya (mungkinkah ada di sana?). Kerana tak puas hati.... saya terpaksalah mengambil book mark crocs ini sebagai souvenir.... hahahaha. Rasakan ko !!!



Akhir sekali.... kebetulan sekarang ini ada pameran lukisan '1st Malaysian Rotary World Peace & Goodwill Fellowship' oleh kanak-kanak sekolah. Ada yang cantik, ada yang sekadar biasa sahaja. Banyak juga negara yang masuk bertanding. Hmm... Kalau tak silap saya, yang menang tuu lukisan bunga.
Last but not least.... tandas Sunway Pyramid new wings kaler Oren !!!

Friday, February 15, 2008

Saya Sedang Asyik dengan Ungu Karmila...


Ramlee Awang Murshid bukanlah nama asing bagi mereka yang menggemari novel tempatan; lebih-lebih lagi mereka yang gemar membaca novel genre thriller dan suspen. Nukilan terbaru Ramlee ialah Ungu Karmila yang telahpun berada di toko-toko buku berhampiran. Dua hari lalu, dek kerana perlu menunggu Lisa melangsaikan tugasnya di pejabat... saya telah merayap di Kinokuniya Suria KLCC. Seperti pucuk di cita, ulam mendatang.... terpandang saya akan naskhah Ungu Karmila... apa lagi tangkap lah !!!
Ingatkan novel ini adalah penamat kepada Trilogi Bagaikan Putri & Cinta Sang Ratu... rupanya tidak. Ungu Karmila adalah 'stand alone' novel. Kisahnya berlatarkan kepada tragedi pembunuhan sepasang suami isteri Arif & Karmila serta pembantu rumah mereka; Bu Jinab di Villa Sunyi yang dihadiahkan oleh abang Arif, Arafat kepada beliau. Memang menarik novel ini, tapi saya yang masih belum tiba di nokhtah penamat; agak keliru juga dengan status Arafat... adakah bujang atau berkeluarga sebab ada percanggahan fakta di awal novel. Seperti biasa, Ramlee akan membawa kita imbas kembali detik lama, watak-watak sampingan serta setting sekarang yang perlukan penelitian ketika membaca.



Saya mengenali Ramlee semasa novel pertama beliau bersama Alaf 21 - Tombiruo. Sehingga kini, novel-novel Ramlee telah menjadi penghias utama kepada rak-rak buku di rumah saya. Semuanya masih tersimpan rapi... dari Tombiruo, Ranggau, Mandatori, Semangat Hutan, ADAM, Satu Janji, Tombiruo Terakhir, Rahsia Perindu, Bagaikan Puteri, Hatiku di Harajuku sampailah kepada Cinta Sang Ratu. Saya juga ada menyimpan Anugerah Pertama (Creative Enterprise) dan Pei Pan (DBP) yang telah di layar TV kan. Hmmm... semuanya siap ditanda tangan oleh Ramlee...
Bulan April 2008 ini, insyaAllah saya akan bertemu Ramlee Awang Murshid lagi... tentunya di KL International Book Fair 2008 di PWTC !! Jom ramai-ramai...