Wednesday, June 14, 2006

The One When I Finally Got STEAMYX at Home !!! Yes... It's True !!!

After waiting for SIX months.... yes I really mean it, SIX months !!! Aku dah daftar fixed phone line & STREAMYX since December 2005. Macam-macam alasan yang aku dapat - tentang kenapa kelewatan ini berlaku, ye lah sapa suruh duduk kat kawasan baru.... insfrastruktur memanglah masalah utama. Masa perjumpaan penduduk in April lalu pun, masalah yang sama dibangkitkan selain dari masalah jalan, banjir, tanah runtuh dll. Nasib baik at last dapat jugak nii, merasalah 'bertenet', aku kat umah. Kalau tak makin kayalah CC kat tempat aku nii.. ahaks. Just got my fixed line last month (phone yang tak pernah berdering sebab aku tak pernah bagi nombor tuu kat sapa-sapa lagik, even my parents kat kampung - kan lagi senang call HP). Baru malam ni dapat my STREAMYX, itupun brother yang pasang tuu cam tension jer.... Nasib baik aku ni kepala OK, so tense dia pun hilang!!!
Apa yang aku nak havoc sangat pasang STREAMYX ni? Overlah pulak.... But, actually this mean that there will be more, and more interesting posting from me sebab aku dah tak payah gi CC lagik untuk update my blog. I can have my cup of milo, on kan CD lagu Mawi dan start writing !!!
C more of you.... my friends !!!

Saturday, June 10, 2006

The One When AC Meets Linda Rafar

Hmmm.... Macam tajuk filemlah pulak... 9 Jun 2006, aku berkesempatan untuk menyambung rutin mingguan, itupun setelah berfikir panjang, dan panjang dan panjang. Nasib baik sempat balik rumah, mandi dan pecut ke ASTRO, seperti biasa jalan akan jam. Selain dari tak tahu samada 9.00 malam @ 9.30 malam, Aku ambil jalan tengah sampai 8.45 malam.

Aku sampai dulu sekali,
minah tuu boleh lambat dari aku. Nak sabo ker? Kakak Angkat Amirul AF4 lagilah lambat, kata nak bawak mak ngan adik dia sekalik... tup-tup muncul sorang diri. Nasib baik ada alasan kukuh. Eh.. Mak Cik dah sihat?

Seperti biasa, sebelum mula live AC akan menglamerkan aku lagik.... Ahaks (eh.. atau aku yang perasan ni?). Tapi kalau rancangan BEST (what I mean is AC Disini) memanglah aku sanggup datang tiap-tiap minggu (itupun kalau tiada aral melintanglah). Teringat pulak aku akan sms yang aku terima dari seorang teman pada 4 Jun 2006 yang lalu, macam ni lebih kurang bunyinya "Aku baru lepas tengok AC Disini. Engkau bagi tahu goodfren ngkau AC Mizal tu show dia dah improve byk n its as good if not better than mcm-mcm aznil. Tak nampak pulak ngkau kat TV hari ni... dah kena ban ngan kompeni sbb keluar TV tanpa kebenaran ke?" Ahaks... begitulah AC Disni, memang semakin diminati, kira aku ni kira bagi jugak ler sumbangan kecil...sebab ajak kawan2 aku nonton Astro Ria Jumaat malam. Memang ada can nak dicalonkan dalam ASA next year.

AC Disni dimulakan dengan GOSSIP bersama Cik Mat Poi (CMP). Gossip kali ini pasal dua artis baru lelaki dari rancangan realiti TV yang disponsor kereta oleh seseorang. Kereta Nissan kot, betul kot (kalau salah sorry). Seorang ditaja Sugar Mummy, Seorang Sugar Daddy...oopsss Sugar Brother kot, apa-apalah. Kali ni CMP gi buat CSI bersama Mummy Rosnah Aris. Kereta pertama, yang tengah parking ntah sapa2 yang punya. Jumpa keter kedua pulak, used car yang nak dijual. Habis tuu... CMP dapatkan pendapat orang ramai... pasal artis lelaki yang disponsor lelaki. Jawaban standard lah.... ahaks (yang tak ayah aku komen). Kalau aku nak bersangka baik... mungkin Hadiah Hari Jadike, ataupun mungkin hadiah sebab album meletup giler. Siapa sangka... Ah Ha Tak Tahu.
Cabaran AC pulak pasal apa haa... kejap aku nak pikir, haaa... pasal dah dekat ngan World Cup kan... maka kali ni pasal main bola dalam guni, kapel pulak tuuu... Tidak dapat aku bayangkan kalau Kona, SpedeX dan Cute yang masuk.... kwang 3X.
Dan yang ditunggu pastilah pasal Tetamu AC Disini dalam Bual AC... sapa lagik kalau bukan Linda Rafar, yes kakak kepada Diana Rafar. Hmm.... sebelum ni, ada CMP gi buat CSI kat Mahkamah Syariah kan... pasal X-hubby Linda tuh..., kali ni tentu orang nak dengar penjelasan Linda pulak... dan jugak penjelasan/komen Linda pada isu Mawi-Diana dan cinta baru Linda... Perbualan menarik... macam-macam dikorek oleh AC walaupun tak banyak jawaban dan masih banyak yang patut dikorek, tapi panggilan telefon dari Syed tuu... memang GEMPARK abis !!! Lupa pulak... Azza pun ada call... eh... eh... jumpa jer ler kat Starbuck ker?

Ini actually my first gambar berdua ngan AC... dulu tuu tangkap ngan WORLD Gang sekali. Pesal pakai baju Brasil tuu... AC ni tak tahu ker aku support Portugal (eh... samalah pulak ngan Mawi !!!). Tak sangka pulak AC ni budak RMC dulu...

Linda Rafar and Jase.... tu ler banyak sangat kamera reporter yang nak amik gambar nii... dah jadik macam silang bersilang menyilang... eh apa aku tulis ni?


The One "When I Have to Miss Hans on AC DiSini" and "Get Well Soon My Best Friend"

A hectic weekend for me. Actually aku tak kerja 2 Jun 2006, ganti sebab esok "public holiday". Malam ni kalau diikutkan perancangannya aku akan menyambung rutin mingguan aku, apa lagi kalau bukan ke ASTRO menonton secara live AC Disini. Jemputan kali ini ialah seperti yang telah lama diuar-uarkan dan asyik tertunda saja, siapa lagi kalau bukan Hans Isaac. Tapi rancangan malam ini terpaksa dibatalkan sebab aku perlu melawat seorang sahabat yang sedang ditahan di hospital. Maka, tidak dapatlah aku tulis pasal AC Disini minggu ini.... memandangkan aku tidak menonton live... maka malaslah pulak aku nak buat 'write-up', ulanglah pulak ayat nii. Apapun dari Geng World (walaupun semua kami tidak dapat pergi malam tersebut), kata Cute & Chott "Episod dengan Hans Isaac ni memang menarik dan kelakar habis, terutama bahagian Cat Walk tuh !!!"
Sebenarnya sudah lebih tiga minggu; sahabatku Ajeem, 'menginap' di hospital. Baru keluar dari ICUpun. Cuma aku sahaja yang tidak ada kesempatan untuk melawat. Bolehker mengaku sahabat baik ni, sampai tidak ada runag untuk menjenguk Ajeem? Kuantanpun sebenarnya bukanlah jauh sangat, memandu secara 'senggang & releks' cuma mengambil masa lebih kurang 3 jam dari Kuala Lumpur. Kesibukan dengan kerja pejabat, juga bukanlah penyebab paling utama. Apa yang sebenarnya terbuku dalam hati ialah - aku tidak mampu untuk melihat Ajeem terlantar menahan sakit - seperti mana Ajeem jugak tidak mampu pada mulanya untuk mengkhabarkan berita kesakitan beliau pada aku. Semuanya berlaku secara kebetulan apabila aku mengajak Ajeem untuk turut serta program Tekad. Bila dia menjawab tidak boleh kerana..... maka barulah segalanya terbongkar.
Sepewrti yang aku nyatakan tadi, untuk melawat seorang sababat baik terlantar di katil hospital sebenarnya sesuatu yang amat parah. Melihat dia menahan keperitan samalah seperti aku juga menanggungnya, merasai kesakitannya. Masa gembira, suka, gelak tawa... lebih mudah. Masa bertentangan pendapat, lagi mudah. Melihat beliau menahan kepritan memang sukar untuk ditelan. Lantaran itu semenjak 3 minggu lalu aku cuma mampu berbalas sms untuk mengetahui perkembangan beliau, itupun kebanyakan sms dibalas oleh isteri beliau, Aja.
Tapi, 3 Jun 2006, aku mesti pergi juga melawat. (Penat jugak carik hortel semalam, musim cuti sekolah lah katakan... Kuantanpun sesak) Sakit beliau ada kaitan dengan bahagian perut, tak perlulah aku jelaskan secara detail. Nak bawa buah, kek, bunga... terasa membazirlah pulak - dah memang dia tak boleh makan. Jadi aku cuma beli buku pasal World Cup (Haa... Bro, aku nak tanya ni - Ko support team mana?), dapat juga Ajeem habiskan masa membaca dan buat telahan team mana akan ke Final. Terkejut juga bila aku tengok Ajeem kat hospital nii... cengkung giler, dah macam "half of his weight before" atau Teng-Hi, panggilan aku masa kat maktab untuk budak-budak yang kurus !!!. Manakan tidak, dah tiga minggu dia tak makan. Nak sembang ngan aku pun dia tak larat saja, tapi digagahi jugaklah - sebab aku datang dari jauh... ahaks!. Lama jugak aku lepak kat sana... hampir dua jam. Selain pasal sakit beliau tentulah ada kisah-kisah yang "out of topics" kami chat tetapi menggembirakan. Akupun sebenarnya dah lama tak jumpa Ajeem ngan Aja nii... akhir sekali hampir 6 bulan yang lalu bila kedua mereka datang Kuala Lumpur dimana kami mengunjung gedung idaman pasangan suami isteri.... Ikealah apa lagik !!!
Untuk Ajeem... cepatlah sembuh, leh tengok World Cup (Hola Germany !!!), dan pulang semula bekerja... sori tahun ni ko akan miss karnival sukan, tapi kalau free boleh turun Bangi tengok Project Superstar. Side track sikit.... amboi sempat lagi beli HP baru tuu...
Untuk Lisa, TQVM sebab sudi temankan saya ke Kuantan, Kalau tak awak yang temankan siapa lagi? Tapi... leh gak balik Kuantan kan... kan... kan...

Sebenarnya aku nak letak gambo kat hospital... tak tergamaklah pulak... ni ha gambar masa aku gi kenduri kahwin Ajeem - Aja kat Kemaman, 20 Ogos 2005. Itu hadiahnya.... apa kat dalam tuu? Haa.. Ada soalan untuk Ajeem ngan Aja ni... " Dah siap ker Jigsaw Puzzle tuh?"


Boleh tahan jugak Baju Pengantin tuh.... "Saat bahagia" Sampai terpejam mata si Aja tuh.. Eh... Aku akan jadik Uncle nii.... Ahaks... dah berisi rupanya si Aja nii. Weh Bro... Bunting pelamin ker?

Ni haa... biasalah... Gambo ngan karikatur Hans saja !!! Gambo ni diambil pada 9 Jun 2006.

Tuesday, June 6, 2006

The One When I Was Invited to the King's Palace

Lihat ke tajuk macam BEST jer..., macam perasanpun ader... ahaks. Sebetulnya aku memang dapat jemputan untuk menghadiri Jamuan Teh Diraja di Istana Negara sempena dengan Hari Keputeraan DYMM YDP Agong pada 3 Jun yang lalu; daripada seorang kawan. Meskipun ada serorang kawan yang mengatakan dia tak boleh campur urusan kerja dengan urusan peribadi bila nak minta tolong untuk dapatkan sesuatu; sebab katanya 'work is work, personal is personal'... ahaks, tetapi ada juga kawan yang sudi panjangkan jemputan ini kerana beliau dapat berbuat demikian yakni "agar kawan dapat juga merasai kelebihan dari pekerjaan seorang kawan', eh apa aku cakap nii??? Maka merasalah juga aku untuk kali pertama masuk ke dalam istana negara, bergambar di sekitaran istana negara, makan Jamuan Diraja dan bersalaman dengan DYMM YDP Agong & Permaisuri Agong, our beloved PM - Pak Lah, Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah.
Aku sampai kiranya awal juga, dalam pukul 3.45 ptg, lalu di arahkan untuk meletakkan kereta di Jalan Bellamy (Ikan Bakar !!!), lalu masuk ke taman Istana Negara melalui pintu belakang. Majlis bermula dalam jam 4.45 ptg. Tak ada sebarang ucapan, selepas diperkenan oleh DYMM YDP Agong.. maka jamuan dimulakan sambil dihiburkan oleh Syed Sobrie (Mencari Kata-kata) & isteri beliau Azie (ex-Harmoni). Kami di Khemah Zamrud dimana jamuan disediakan oleh Hotel Istana Kuala Lumpur. Ada banyak juga khemah jugalah... lebih kurang jam 5.45 petang, pengumuman dibuat untuk beratur dan bersalaman dengan YDP Agong. Selepas bersalam... apa lagi kamipun balik lah...., tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada kawan tersebut.
Satu kenangan yang tak bisa terlupakan, insyaAllah.

Aku posing kat sisi Istana Negara, eh pesal samping tuu nampak macam menggelembong... apa lagik kalau bukan wallet aku ler!!! Buat spoil gambo ajer.... Memang.... memang kod pakaian ialah baju melayu untuk Lelaki Melayu Islam. Rasa macam rayalah pulak... Ini kira baju raya paling baru yang aku ader niii.


Pemandangan Istana Negara, Kebanggaan Malaysia sebagai Negara Demokrasi dengan Raja Berpelembagaan.


Dah ada peluang... memanglah aku ambil kesempatan. Kereta Bently DYMM YDP Agong.

Memandangkan aku dapat dua kad jemputan, maka kupanjangkan pada Yeo, yang semstinya membawa Yanie !!! Ahaks... Gambar tu berlatar belakangkan Khemah Diraja.


Satu Kad untuk dua orang, Eh siapa kat sebelah tuu.... Itulah Lisa ler. Ini kira dah hampir giler ngan Khemah Diraja tuh..., kami sebenarnya dari Kuantan nii... selepas melawat sahabat yang terlantar dihospital. Tengah jalan kena tukar pakaianlah nii...

Monday, June 5, 2006

The One About Asia Lantern Carnival 2006

Pesta Tanglung sering dikaitkan dengan masyarakat tionghua. Pastinya ia bukan perayaan keagamaan tetapi adalah budaya sebuah bangsa yang diamalkan sejak turun temurun. Lantas itu, apabila Tourism Malaysia menjadikan The Asia Lantern Carnival 2006 sebagai salah satu acara dalam kalendar pelancongan Malaysia maka sudah tentu aku tidak akan melepaskan peluang untuk turut serta. Apatah lagi, lokasinya adalah laluan wajib aku setiap hari untuk berulang-alik ketempat kerja. Lebih tepat lagi, Tempat Parkir Kereta Stesen STAR Bukit Jalil !!!
Bayaran masuk? Murah sahaja. Cuma RM5 untuk sekali masuk, kalau rasa nak buang air kecil/besar bolehlah 'kenyit mata' kat penjaga pintu agar mereka membenarkan anda untuk masuk sekali lagik selepas keluar menunaikan hajat... ahaks. Bagi para pembaca China Press, lagi mudah... bawa sahaja keratan akhbar tersebut - maka bolehlah masuk FREE. Kita boleh masuk bermula dari jam 3.00 petang sampailah ke jam 12.00 tengah malam. Untuk melihat keindahan secara total dan maksimum, aku nasihatkan korang pergi selepas waktu maghrib. (jangan risau, surau yang maha besar ada... hanya disebelah Stesen STAR Bukit Jalil).
Aku cuma berkesempatan untuk melebarkan kakiku menjejak Pesta Tanglung ini pada 1 Jun 2006 yang lalu, meskipun Pesta ini telah dibuka sejak 25 Mei 2006 lagi. Masih panjang.... kerana Pesta ini cuma akan berakhir pada 30 Julai 2006 nanti. Agak tenang dan tidak merimaskan juga bila tidak begitu ramai pengunjung pada malam tersebut. Jadi, begitu mudahlah untuk kami mengambil gambar, berposing dan menikmati keindahan struktur "lampu gergasi" bercahaya itu. Kami? Oh... aku pergi dengan seorang teman dari Kumpulan Saff-One, ya... Saff-One, kumpulan nasyid tuh !!! Pojan namanya.
Apa yang menarik... hmmm.... banyak juga, selain dari Bangunan Sultan Abdul Samad, Masjid Shah Alam juga telah dijadikan salah satu struktur tanglung yang cantik bercahaya kebiru-biruan, Kompleks Perdana Putrajaya juga ada - lagilah indah. PETRONAS Twin Towers; tentulah mercu tanda yang tidak boleh dilupakan. Tidak cukup dengan itu; ada taman monyet, dunia dinosour, dan Taman Panda !!!! Tidak cukup dengan itu, ada struktur Dataran Helang yang bahan utamanya ialah VCD !!! Aku pasti mesti VCD cetak rompak nii... bila disinari cahaya, tampak berkilau-kilauan.
Tapi aku rasa ynag paling mengkagumkan ialah... Naga yang amat panjang. Tertanya juga kami sama sendiri adakah ini struktur naga terpanjang di Asia? Diperbuat dari piring, sudu dan mangkuk porcelin cina yang diikat dengan benang. Ia memang mengagumkan !!! Cantik, indah, kreatif dan tak terkata !!!
Kalau dah habis pusing-pusing, jangan lupa rehatkan diri di pentas terbuka, mana tahu ada pertunjukan yang menarik. Semasa aku pergi dulu, ada persembahan akrobatik dari negara cina. Hebat juga !!!!
Lapar? Jangan risau... ada makanan chinese muslim disediakan.
Cuti sekolah masih panjang, kalau ada masa lapang bolehlah panjangkan langkah anda. Cuti-cuti Malaysia - Semuanya ada disekeliling anda.

Inilah naga yang panjang tuh.... sampai tak tercapai zoom kamera ku!!!


Kepada siapa yang tak kenal, inilah Pojan. Di belakang kami.... Naga, naga ya... bukan buah naga....ahaks.


Taman Panda... Kalau nak tengok Panda yang hidup... kenalah gi Zoo Beijing.

Inilah yang aku ceritakan tadi tuu... Dataran Helang Langkawi. Helang tuu diperbuat dari kepingan VCD... entah berapa ratus ntah yang telah digunakan.


Tengokler aksi akrobatik kat pentas tuu... dahsyat kan?

Ake membelakangi Kompleks Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya. Macam real jer kan... kan... kan...


Masjid Shah Alam yang turut diabadikan dalam bentuk tanglung, siap boleh masuk dalam bagunan tuu lagik.


Bangunan Sultan Abdul Samad, antara yang turut menjadi tarikan.




Friday, June 2, 2006

The One One The Launching of 6ixth Sense Debut Album " Hari Ini"


6ixth Sense... Band Malaysia ker Band Indon? Jawabannya... Band Nusantara. Vokalisnya, Adi "diimport" dari Jemper, Surabaya - Jateng. Ahli Band yang lain dari negara kita Malaysia, seperti Gjie (gitar utama), Airbone (gitar kedua), Ayoy (Bass) dan Wan (drum). Kepada para pendengar Era, tentu tidak asing dengan lagu "Hari Ini dan Semalam" yang sekarang ini telah menduduki tangga keempat, Carta Era !!! (Lagu ni, "cover version" dari lagu J Mizan, ok). Aku? sebenarnya dah lama dengar lagu-lagu dari album ini, sekitar bulam Mac 2006 lagi. Penerbit album ni yang bagi aku satu salinan CD untuk cari lagu yang mesra pendengar bagi pencalonan Muzik Muzik. Secara keseluruhan, album ini "above average". Mungkin ini taruhan terbaru Universal yang rasanya macam telah tidak memiliki artis tempatan yang bernaung di bawah syarikat ini???


1 Jun yang lalu, aku telah dijemput oleh orang besar Rumpun Rekods untuk memeriahkan Majlis Pelancaran album 6ixth Sense "Hari Ini". Pelancaran album telah diadakan di Planet Hollywood (percaya atau tidak, inilah kali pertama aku menjejakan kaki ke sini). KC (Red FM) menjadi pengacara, majlis bermula sekitar 4.00 petang. Seperti biasa selepas ucapan oleh orang-orang besar, termasuk Sandy Montero... maka majlis menadatangi "frame cover album & CD" itupun dilangsungkan. Pas tu bergambarlah...

Tengoklah tuu, bersemangat betul mereka menghiburkan penonton. Muzik yang dimainkan secara live inipun boleh tahan. Vokalmnya, Adi... hmm.. Macam Duta pun ada jugak, lebih-lebih lagi gaya persembahan beliaulah. Tapi dia memang tak "audience shy" ler... habis seluruh pentas dia berlari sampai terjatuhlah salah satu badge yang dia sematkan kat baju tuh.... Dalam lima lagu jugaklah dia nyanyikan, antaranya Maafkanku, Berjanjilah dan tentunya Hari Ini dan Semalam.


Ini masa "press conference". Teruk jugak ler si Adi tu dibelasah oleh wartawan hiburan Malaysia !!! Tapi banyak soalan dijawab oleh Mujahid, orang kuat di sebalik pembikinan album ini. Terutama macam mana Adi belajar budaya & iklim muzik di Malaysia, berapa lama telah tinggal di sini dll. Antara soalan yang mengancam juga, pasa kenapa Hari Ini dan Semalam dipilih sebagai "single" pertama. Mujahid, selaku penerbit menerangkan soal durasi album yang kurang dari 40 minit, walaupun telah cukup 10 lagu... ahaks... nak masuk pencalonan AIM rupanya. 6ixth Sense dikira bertuah kerana mereka akan Tour Indonesia bulan Ogos nanti.

Seperti biasa... akhirnya kenalah posing ngan aku. Sporting jugak budak-budak nii...

Tuesday, May 30, 2006

The One About "Eight Is Enough"

This title actually reminds me of one of my favourite sitcoms during my early days in the 80s. A loving family with 8 kids !!! But, what I'm writing is nothing related to the series. As all AF4 fans are aware, 8 peserta daripada 20 orang calon pelajar AF4 telah kecundang dalam Konsert Prelude AF4 pada 28 Mei yang baru lalu. Dan seperti tahun lalu mereka berlapan tentulah di beri peluang untuk muncul dalam muzik@ria !!! Ada orang itu nak main 'tarik tali' lah pulak ngan aku, kejap kata nak gi, kejap tak nak pegi, kejap malu, kejap mahu, macam nak sabo aku jer... tapi akhirnya dia pegi lah jugak. Eloklah pun, kalau tak dah tentu aku kena mintak tolong "abang baju kuning yang over-exposed tu untuk tolong snapkan gambo... kus semangat !!!"

Hazama... calon yang hampir-hampir dapat menjejakkan kaki ke Gudang AF4, tersungkur juga dek AFPRE yang lebih memihak kepada Amirul dak Sarawak !!! Sebenarnya Hazama ni adalah calon favourite aku. Kalau dia masuk, maka aku akan mengAFUNDI lagi tahun ini, memandangkan dia dah OUT, bye-bye AFUNDI (selamat duit aku). Tahun ini aku akan jadi penonton sahaja. Aku dapat berborak sebentar dengan Hazama sebelum muzik@ria bermula, "I say Hi !!!, dia datang dok sebelah aku". Seorang budak yang sempoi, 'happy-go-lucky', gaya mat rempit (tapi bila aku tanya, "Hazama ni Mat Rempit ka?" Tahu apa jawabnya? "Bang, saya ni motor pun tak ada"... Ahaks), tapi style cakap dan berpakaian memang ada gaya mat rempit, ok aja bagi aku. Dulu pernah keje kat Park Royal KL sebagai waiter, selamba jer dia bagi tahu.... memang seorang yang jujur & tak "plastiklah"!!!. Peminat lagu rock dulu-dulu, minat suara Saleem (cam aku jugak !!!). Dia tengah sakit perut masa tuh, asyik mengaduh masa dok sembang ngan aku, kesianlah pulak. Karektor yang menarik untuk ditonton sebenarnya kalauah kita dapat nonton aksi Hazama dalam Diari AF4 (malangnya hasrat tidak kesampaian). Katanya, tak ada nama timang-timangan, panggil Hazama jer. Ah ha.... Lagi satu.... dia ngaku dia minat Mawi World !!!


Tasha... tengok live, memang cun giler... patut ler digembar-gemburkan sebagai mak we Aqasha. Aku ngan budak tu, siap jerit ATASHA masa dia nyanyi lagu Sangkar Emas (pernah jadi lagu kentroversi dalam one of Juara Lagu) kat muzik@ria tuu. Suara dia ok jugak sebenarnya, ditambah ngan cun... memang ada harapan untuk berjaya dalam industri hiburan. Kenapa peminat masih tak mengAFPRE walaupun cun?


Ini merupakan kali ketiga sebenarnya aku berjumpa dengan Leez. Dia pun ingat-ingat lupa akan kami... first time kat PD masa Majlis Makan Malam Amal Bersama Mawi, kedua masa TM Star; masa tuh dia jadi penyanyi jemputan. Katanya selepas Personaliti Celcom dia memang buat freelance jemputan nyanyi, selepas tamat kontrak tiga bulan ni pun akan meneruskan perkara yang sama. Aku rasa dia patut nyanyi lagu Whitney - I Will Always Love You masa Prelude hari tuh, mesti lagi gempak, lagu Kasih yang ala-ala jazzy tuu cam ada yang tak kena jer.... Budak opis aku actually ada yang minat si Leez nii... siap anto e-mel promote AFPRE Leez !!! Siapakah itu?


Masa Debaran Konsert Prelude, di mana aku pun menyelit kat Studio 1, ASTRO tuh... ada berjumpa ngan emak si Shazz nii... mak dia memang sporting abis. Memang nampak sangat memberi sokongan padu pada Shazz. Si Cute tuu siap pinjam 'tangan' S-H-A-Z-Z untuk tangkap gambo. Memang dah ada macam Fan Club jugak lah si Shazz nii..., perbincangan dia orang cam serious jer... Shazz ni pun budak baik jugak, very the sopan santun one.... Apa yang pasti Shazz telah membuatkan aku minat kat lagu Mungkir Bahagia. Mungkin lepas nii, aku kena carik CD Hazami lah nampak gayanya....


Masa muzik@ria where kalau boleh aku tak nak dok atas pentas bersama Hani telah dengan keterpaksaan, di paksa oleh Hani wachaa !!! Lantaran itu aku try duduk belakang sekali, tutup muka ngan cap. Aku actually dok sebelah ngan this sorang uncle. Dalam dok sembang, dia kata I'm actually from Iraq but holding a British Citizenship. I'm teaching at UKM.... bla... bla... bla... macam-macam jugak aku sembang. Sampailah ke satu soalan cepu mas... "How do you know about this programme? Aku bertanya, my daughther is one of them ! Ahaks... Si Liya tuu ler... rupa-rupanya anak professor tuh , mak dia pun lecturer kat UKM jugak. But actually Liya ni step daughter uncle ni lah; he has two other kids with his previous marriage, they live at the UK. Nice prof, with nice daughter. Sora si Liya ni OK sebenarnya, her english also good. Memang nasib tidak menebelahi Liya.... One Thousand Million Smile tetap di sempurnakan dengan baik.

Haider... kalau tengok dalam TV, aku nampak dia ni macam ganas dan kampung sangat... ahaks.... tapi bila jumpa life... dia ni memang "intimate" abis, tengok ler cara bergambar tuh !! He likes to talk, dan dengan penuh inspirasi dan aspirasi ingin berjaya dalam bidang ni. All the best to you Haider... kegagalan demi kegagalan akan mendewasakan kita, dan bila kejayaan di capai... manisnya cuma kita yang tahu betapa indahnya !!!. My comment on his performance, lagu Untukmu Ibu memang lagu yang BEST, tapi dia nampak dalam kepayahan bila menyanyikan lagu itu, tak nampak relex dan kekadang macam terlalu emosional.


Ake pernah sms kat one of my friend, kalau nak di ambil kira juara AF selalunya berumur 24 tahun semasa memenangi pertandingan realiti ini, maka Lynn akan termasuk dalam calon untuk mengecapi nikmat tersebut. Bagi aku suara dia ni ok sebenarnya, lagu yang dinyanyikan pun OK, lagu dang-dang-dut lagik. Inilah yang dikatakan tiada rezeki.... BTW, kalau Raja Dangdut Mesia, si Iwan tengok mungkin dia akan offer Lynn buat album kompilasi kot?


Jeff and Jase... sama taks serupa. Terlalu URBAN, thats my only comment !!! Tapi lagu Jamiroquai yang dinyanyikan tuu best laa, apa tuh Picture of My Life... tak sangka Jamiro... ada lagu slow yang best cam nii.... Thank You Jeff kerana mengenalkan aku kat lagu nii..

That's all for 8 is Enough !!!