Friday, August 31, 2012

Detik Itu, Ranah Ini



Ini adalah T-Shirt Kemerdekaan saya yang telah berusia 5 tahun. Ia adalah 'limited edition' DFP yang di keluarkan sempena Sambutan Malaysiaku Gemilang -Ulang Tahun ke 50 Kemerdekaan Malaysia dan ianya masih baik dalam simpanan saya. Anda ada t-shirt merdeka? Kongsilah...



Detik itu
55 tahun lampau
Adalah keramat
Meski seakan kelmarin laungan itu
Persis pergi dan datang kembali
Kerana ia nan janji termetri
Dulu, kini dan selamanya

Ranah ini
Pelbagai warna
Variasi rasa
Citranya satu cuma
Jati dirinya seia sekata
Mengisi kemerdekaan ini sepenuh makna
Menyedut air hujan, menyerap sinar mentari

Maka aku
Adalah pemilik setiap inci dan ketika
Penuh kebertanggungjawaban
Memungkinkan segala

Selamat Ulang Tahun ke-55 Kermerdekaan
Padamu persada tercinta !


Nukilan ReeDza
Detik 11 pagi
Tanggal 31 Ogos 2012
Balai Berlepas, Lapangan Terbang Antarabangsa Miri

3 comments:

Anonymous said...


Nice web-site you've going here.

Anonymous said...


Thanks pertaining to delivering these substantial content.

jasonbob said...

golden goose
goyard tote
golden goose outlet
supreme
moncler outlet
adidas yeezy
moncler jackets
goyard bags
golden goose sneakers
moncler
golden goose outlet
xiaofang20191202