- Setelah bertungkus lumus mempromosi dengan tarikh dan program yang bertukar berkali-kali akhirnya saya berjaya mendapatkan khidmat IM Faris (Musim Ke-3) untuk menyampaikan tazkirah di surau tempat saya bekerja.
- Alhamdulillah, tazkirah yang disampaikan amat santai, penuh dengan ilmu dan kelakar lantas tidaklah kami tersengguk-sengguk memandangkan tazkirah tersebut dijalankan di waktu zohor.
- Usai tazkirah IM Faris mengimamkan Solat Zohor di surau tersebut.
- IM Faris sebenarnya menyampaikan Tazkirah mengenai Lailatul Qadar. Namun ada seorang hadirin yang bertanyakan mengenai adat menyambut hari raya. Antara yang disentuh oleh beliau semasa menjawab ialah; (1) jangan lupa solat subuh berjamaah (2) mandi sunat hari raya aidil fitri (3) Solat Hari Raya Aidil Fitri (4) memakai baju baru dan wangian (5) apabila ke masjid untuk bersolat sunat hari raya aidil fitri gunakanlah jalan yang berbeza ketika pergi dan pulang (6) takbir dengan nada/key bersemangat dan bukannya dengan nada kesedihan (7) menunaikan zakat fitrah.
- Diharapkan agar IM Faris tidak akan serik untuk datang lagi.
Wednesday, August 15, 2012
Aksi Imam Muda Faris
Klasifikasi:
Acara
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment