Monday, August 13, 2012

Cerita Awal Ramadhan...


Jadual Waktu Berbuka & Imsak yang diedarkan di kebanyakan masjid di Yangon, Myanmar.
Alhamdulillah, awalbulan puasa yang lalu saya telah ditugaskan di luar kawasan. Mungkin ada yang agak keberatan jika terpaksa bertugas di luar kawasan ketika bulan puasa. Berbagai alsan yang diberikan untuk mengelak.Namun bagi saya selagi ada kemahuan, di situ ada jalan. Lagipoun inikan tanggung jawab kita untuk mendapatkan keberkatan sesuap nasi. Awal bulan puasa tahun ini saya telah ditugaskan untuk misi meluaskan pemasaran produk syarikat saya di Kota Yangon, Myanmar.

Pastinya amat menggerunkan memandangkan sekarang ini memang masih hangat diperkatakan tentang penyiksaan Kerajaan Myanmar terhadap kaum minoriti Islam Rohingya di sana. Daripada imej yang dilihat di internet memang sungguh kejam dan tidak berperikemanusiaan. Namun begitu keaddan di Yangon masih aman dan tidak nampak sebarang persengketaan. Umat Islam masih bebas menjalani ibadah puasa dan solat tarawih di masjid-masjid sekitar kota tersebut. Namun begitu, saya sempat melewati Pasar Scott dan mencari beberapa peniaga muslim untuk mendapatkan kisah sebenar. Memang banyak yang kita tidak tahu, terima kasih kepada Ali, Ahmad & Shariff kerana sudi berkongsi. InsyaAllah jika ada masa saya akan berkongsi dengan para pembaca pula.

Yang pastinya, memang terdapat begitu banyak Masjid di sekitar Kota Yangon yang memudahkan kita untuk menunaikan Solat Tarawih dan Witir. Behitu juga dengan restaurant yang menghidangkan makanan halal untuk orang Islam. Kita hanya perlu buka mulut dan bertanya....

No comments: