Friday, September 3, 2010

Sentuhan Kasih 2010


Tahun ini alhamdulillah kerana saya berkesempatan untuk sekali lagi menyertai Program Sentuhan Kasih Aidil Fitri 2010 anjuran syarikat di mana saya bekerja setelah terpaksa melepaskan program ini tahun lalu dek kerana tuntutan kerja yang teramat menghimpit. Anak Angkat saya kali ini bernama Zafrizal dan berumur 12 tahun daripada Asrama Damai, Rawang. Program kami bermula kira-kira jam 2.15 petang dengan sesi takruf sebelum kami melangkah masuk ke PETROSAINS untuk 'bermain' di dalam Galeri Sains tersebut. Kemudian kami 'berlumba' dengan masa yang terhad untuk membeli belah 'wish list' Aidil Fitri Adik Rizal di sekitar Suria KLCC dan KLCC Convec (di mana KAMDAR membuka Cawangan sementara). Antara lain 'wish list' Adik Rizal termasuklah bola Chelsea, but bola, sandal, track bottom dan sepasang baju melayu. Alhamdulillah semuanya dapat dibeli (saya kira Adik Rizal juga berpuas hati, insyaAllah). Lebih menggembirakan, Adik Rizal juga mendapat cabutan bertuah pada malam tersebut. Untuk Adik Rizal, semoga silaturahim berpanjangan.

(Teringat pula saya akan Najib yang menjadi anak angkat saya pada Sentuhan Kasih 2006 yang sehingga kini masih saling berhubungan... Alhamdulillah)


No comments: