Saya sebenarnya sedang 'tension' dengan beberapa rakan sepejabat yang membatalkan rancangan untuk berbuka bersama di saat-saat akhir dengan alasan yang kurang munasabah. Sudahlah ada kerja bertimbun di pejabat yang tidak mampu untuk disiapkan. Ditambah pula dengan 'unsangkarable suprise'. dalam pada itu, ada juga rakan yang hari ini merupakan hari terakhir bekerja kerana bercuti untuk hari raya lebih awal. Hmmm... Semua rancangan hancur lebur (macam terlebey sudah). Dalam kesibukan itu, sempat lagi sayai melayari FB sebelum membuat keputusan untuk pulang dan 'tapau' makanan berbuka. Seklas terpandang di 'wall' seorang rakan yang juga peminat 'lunatik' Fizz Firuz dalam perjalanan ke Mariot Putrajaya untuk berbuka yang kebetulan juga pernah mengajak saya seketika dulu tetapi saya menolak memandangkan sudah berjanji lebih awal dengan teman sepejabat. Nasib baik masih ada kekosongan. Seperti orang mengantuk disorongkan bantal, maka saya pun pergi ke lokasi yang sama untuk acara berbeza. Alhamdulillah dan terima kasih kepada Kiut, Atie & Kure dan tidak lupa Fizz Firuz.
Thursday, September 2, 2010
Keputusan Di Saat Akhir...

Klasifikasi:
Coretan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment