Tuesday, September 21, 2010

KAPOWW... Antara Kuasa dan Kekuatan Hati


Semalam saya sempat menonton DVD 'KAPOWW The Ajaib Boy' yang sempat saya beli ketika bulan puasa yang lalu. Lagipun saya sudah berjanji dengan Bell untuk menonton filem ini lantas memberi komen. Meskipun agak terlambat tetapi memang berbaloi akhirnya dapat juga menonton filem ini.

Untuk skala sebuah filem komedi, KAPOWW boleh di katakan gagal di pawagam. Filem Kecoh Betul yang di tayangkan dalam waktu sekitar Mei - Julai 2010 yang lalu di kira lebih berjaya meskipun dari sudut penceritaan, lakonan dan plot KAPOWW jauh lebih baik dan bermanafaat. Antara sebab musabab filem ini mungkin gagal ialah kerana siri KAPOWW di kaca TV kurang memberangsangkan dan mengujakan untuk kita membeli tiket untuk menonton di pawagam !!! Meskipun jika hendak dibandingkan antara KAPOWW Siri TV dan Filem adalah jauh berbeza mutunya.

Saya amat berpuas hati dengan versi filem KAPOWW kerana plotnya yang begitu menarik. Bermula dengan kisah pencarian super hero, budak kampung dengan kawannya yang begitu teruja menjadi super hero dengan aksi-aksi yang adakalanya tidak masuk akal, kisah silam super hero yang dibunuh akibat perasaan dengki super hero lain, super hero yang lupa daratan sehinggalah kepada pengakhiran yang menggembirakan dengan penuh keinsafan. Semua asam garam kehidupan dihidangkan secukup rasa oleh pengarahnya. Tidak seperti super hero 'tajaan' barat yang terlalu 'maksum' tanpa ada cacat cela dan terlalu gagah, KAPOWW menampilkan Super Hero yang lebih bersifat manusia. Berlajar, mempelajari dan menginsafi. Sifat Super hero seperti ini lebih adalah lebih dekat dengan kita sebagai penonton.

Dari sudut para pemegang watak pula, saya kira semua pelakon utama berjaya membawa watak mereka dsengan baik. Bell seperti biasa tidak pernah menghampakan meskipun cuma memegang waka pembantu. Watak Abu SUPERB di tangan Bell. Zizan juga begitu, Atoi amat serasi dengan beliau. Lisa Surihani juga berjaya membawa sisi lain dengan gadis yang bercakap loghat perak. Khir Rahmnan dan Norlia Ghani memang tidak perlu diragukan lagi.

Kebanyakkan filem komedi kita gagal menampilkan mesej secara jelas kerana skripnya agak lemah. Meskipun mereka mengakui menyampaikan mesej positif tetapi ia tidak melekat di hati. Berbeza dengan KAPOWW, saya kira ada sesuatu yang betul-betul menangkap di jiwa apabila nasihat yang diberikan oleh ibu Atoi ketika kali pertama Atoi akan berangkat ke KL untuk menyertai KAPOWW, ibunya ada berpesan yang lebih kurangnya berbunyi "Kekuatan sebenar bukannya terletak kepada KUASA tetapi pada hati". Itulah intipati sebenar kepada filem ini.

Terasa rugi pula terlepas filem ini di pawagam !!!

2 comments:

AieSha said...

superhero melayu, selalunya tak ada yang serius. heh.

JaseMario said...

Aha Ayie.... Belum ada penulis skrip yang mantap untuk menghasilakn cerita sebegitu. Tetapi Drama cerita Cikgu serius yang menyentuh hati memang banyak dah..!