Saya dan Lisa sempat menonton MAGIKA terbitan KRU Studios semalam. Sebuah Filem Muzikal arahan Edry Abdul Halim yang amat ditunggu-tunggu oleh peminat filem Malaysia setelah ditunda tayangannya sejak bulan mac yang lalu. Sesungguhnya penantian ini amat berbaloi kerana hasilnya amat membanggakan.
Apa yang pasti segala teknologi CGI yang digunakan di dalam filem ini adalah lebih baik, cantik dan realistik jika kita hendak bandingkan dengan 2 keluaran filem KRU Studio yang terdahulu, Cicak Man & Cicak Man 2. Syabas saya ucapkan. Kita memang tidak akan malu untuk membawa filem ini untuk bertanding di Pesta Filem di luar negara.
Dari segi naratifnya pula. Sebagaimana agakan saya, filem ini sesuai untuk di tonton oleh semua golongan. Ibu Bapa patut membawa anak-anak mereka untuk bersantai sambil menonton filem ini. Meskipun watak yang muncul adalah daripada sejarah dan cerita rakyat yang tedrdahulu (kita mungkin dapat mengingatkan Shrek yang juga mengambil langkah yang sama), ia di tampilkan dengan begitu kreatif yang memungkinkan mereka yang tidak pernah hampir dengan cerita rakyat mungkin merasakan ia adalah watak yang diwujudkan hasil imiginasi penulis skrip.
Namun begitu secara jujur saya agak kesal dengan lagu-lagu yang di muatkan di dalam filem ini. Meskipun banyak lagu yang ditampilkan (sudah semestinya, ia adalah filem muzikal), namun tidak begitu banyak lagu yang merdu yang mapu meninggalkan kesan kepada kita. Antara yang masih berlagu di kotak fikiran saya tentunya cuma lagu Penyembuh Rindu (Mawi & Diana Danielle), Lagu Kita Bersaudara (KRU), Lagu Tidur Dahulu (Diana Danielle, Fimie Don, Dato' Jalaluddin Hassan & Ogy Ahmad Daud) dan Lagu Selamat Tinggal Magika (para pelakon magika). Yang lain tidak dapat terserap di kotak fikiran secara terus ketika menonton filrm tersebut.
Lakonan? Sungguh ramai bintang yang membuat 'cameo' di dalam filem ini. Ziana zain menampilkan lakonan yang paling berkesan. M. Nasir yang cuma membuat kemunculan di 'hampir garis penamat' juga amat berbekas. Pak Nil, Ogy Ahmad Daud, Dato' Jalaluddin Hassan dan Adibah Noor sungguh mengujakan. Lakonan peneraju utama; Mawi, Diana Danielle dan Fimie Don berada di atas garisan piawai. Lakonan Mawi sesungguhnya jauh lebih baik berbanding dengan kemunculan pertama beliau di dalam Jin Notti !!!
MAGIKA mungkin memerlukan lebih dari MAGIS untuk mencapai sasaran kutipan yang diuar-uarkan oleh sebuah filem lain iaitu RM 40 juta. Tetapi sudah tentu saya tidak ada masalah untuk menonton sekali lagi !!! Jom !!!
2 comments:
Saya juga sudah menonton pada hari pertama tayangannya. Bagi saya, filem ini terasa seperti kurang magisnya.. Konsep menarik tapi jalan cerita macam ada longgar sedikit.
Tentang teknologi CGI, saya ucap syabas pada KRU. Walau bagaimana pun saya berharap pada filem2 masa akan dtg, hasil CGI-nya akan menjadi lebih halus dan nampak lebih real.
Soal lagu, semuanya ok tapi masih belum dapat memberi kesan kepada saya sebagai penggemar penonton filem muzikal. Mungkin dalam filem seperti magika ini, boleh diketengahkan dengan lagu-lagu rakyat kita untuk dipopularkan semula kepada generasi muda. Saya faham lagu2 yang dibuat adalah mengikut kepada jalan cerita, tetapi iramanya mungkin boleh diambil dari lagu2 rakyat.
Itu saja dari saya.
aie-akaike.blogspot.com
p/s: tak jemu2 tengok filem The Sound of Music. Lagu Do Re Mi masih terngiang-ngiang di telinga saya.
Post a Comment