Wednesday, November 4, 2009

Seputar Majlil Tahlil & Sambutan Haji Jadi Ekin



















Nota Jase : PERTAMA-tamanya saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Mawi & Ekin kerana sudi menjemput saya dan rakan rakan ke Majlis Tahlil (4.30 petang) & Majlis Sambutan Hari Jadi Ekin (8.00 malam). Dalam SMS katanya dari 3.00 ptg sampai 11.00 malam. Saya datang 2 syif lagi, Hahaha. ya lah... kantor dekat rasa macam bersalah pula kalau tak datang tahlil. Nasib baik boss sporting, dapat perlepasan awal hari ini. Kalau tak terlepas untuk buat pahala. Solat berjemaah Asar di kediamamn Mawi dan membaca Surah Yasin. Lebih kurang jam 6.30 ptg saya pulang untuk mandi dan sampai semula buat kali kedua ke kediaman Mawi bersama Lisa, Zul, Su, Yeo, Yani & Yogi untuk sambutan hari jadi dan seterusnya melihat upacara memotong kek (penting ni sebab pesanan 'tuan rumah' - kena tunggu sampai habis majlis, hahaha).

Saya cuma sempat sekali mengambil gambar dengan Mawi. Sekali sahaja. Itupun menggunakan kamera Cute. Hmm... Apa lagi nak cerita. Juadah? Nasi Briani Johor. Itu menu utamalah... Otak2 Satar pun ada. Sedap memang sedap... lebih-lebih lagi saya yang makan usai tahlil kira-kira jam 5.30 petang. Masih panas...:)

Siapa yang kelihatan? Selebritilah... Rabbani, Along, Zila, Man PA (Selebriti ka dia ni?), Datuk Haji Fadzilah Kamsah, Erra, Linda Onn dan ramai lagi... Dan lagi sorang Kak Shidah pun ada... dia datang dengan teksi.

Alamak... nagntuk giler dah ni... Nak kena tidur. Esok ada meeting di KLCC & reheasal di The Chulan Royale. Hmm... Mawi Thank You Banget !!! Ekin... semoga panjang umur, murah rezeki dan tercapai segala cita. JaseMario... TIDUR !!!

No comments: