Sunday, November 1, 2009

Ke Laman Santai Lagi Kita


Laman Santai bukan hanya tempat untuk berlibur di hujung minggu dengan persembahan di Pentas Terbuka Laman Berining tetapi juga tempat untuk menjamu selera setiap malam minggu. Mungkin hidangan ataupun juadah yang dijual tidaklah sehebat mana, dalam kata lain seumpama gerai di Pesta Konvo IPT sahaja tetapi dengan harga yang berpatutan ia memang berbaloi. Kali ini saya tertarik dengan Roti Arab + Kari Ayam = RM3.00/=. Istimewanya juadah ini adalah kerana Roti Arab ini diuli dan digoreng sesudah order diterima. Rasanya...? Cuba dulu baru tahu.


Para penari Istana Budaya memulakan persembahan malam tadi dengan sebuah tarian daripada suku kaum Malanau di Sarawak. Saya lupa pulan nama tarian ini. Menari di pentas terbuka memang mencabar. Terutamanya kerana sebenarnya para penari akan terasa terlalu dekat dengan penonton dan penonton pula lebih mudah untu nampak kesilapan gerak-geri tarian. Namun begitu, dek kerana sudah 'pro' maka semuanya namapak cantik dan teratur. Tahniah... Hmm... Kalau menarik di dalam hujan. Amalak (read Alamak)... Nasib !!!


Band D'Has (maaf jika tersalah eja) kerana skrin besar di Laman santai ini tidak pula menunjukkan ejaan nama band ini. Dalam pada itu, pengacara (Rosnan) pula macam tersasul menyebut nama band ini. D'Hans ataupun D'Has? Lupakanlah... yang penting band ini telah diterbangkan khas dari Brunei Darussalam !!! Mereka yang muncul 2X ini telah menyampaikan 5 buah lagu. Ada yang ciptaan mereka sendiri (Kau Mimpi Burukku) ada juga menyanyikan lagu porpular band tempatan seperti Itu Kamu & Situasi. Verdict? Hmm... ada potensi.


Malam ini saya baru terasa yang suara Rosma ini sedap rupanya. Mungkin Rosma patut masuk OIAM4 ataupun WCOPA (di Hollywood) untuk membuka mata kembali para peminat seni dan penerbit album. Rosma juga muncul 2X dengan 5 - 6 buah lagu. Persembahan Rosma seperti bersedia penuh dari segi vokal meskipun terdapat sedikit masalah CD minus one yang tersalah pasang. Rosma bijak memilih lagu. An tara lagu yang disampaikan Rosma ialah Bunga Tanjung, Tragedi Buah Epel (yang membuatkan seluruh peminat AF1 Histeria selepas Rosma diumumkan oleh Pak Nil untuk meninggalkan AF1 pada minggu Rosma menyanyikan lagu ini) dan Darah Muda. (Off Record : Rosma juga kenal akan Kak Shidah !!!) Siapa Kak Shidah? Tunggu...



Cikgu memang bertuah...! Siap dapat hadiah lagi malam ini setelah dengan penuh yakin menjawab soalan yang diajukan oleh Rosman berkenaan Cuci The Musical !!! Setelah di asak Rosman, Cikgu mengatakan YERP ! tanda mengunci jawaban yang diberi. Maka.. Tak sia-sialah Cikgu Jah membatalkan kelas tusyen malam ini untuk menonton Mawi. Kwang 3X.


Inilah Primadona Kak Shidah yang memang cukup dikenali ramai di Laman Santai (mungkin juga di berbagai acara seni di sekitar ibu kota). Akak Shidah ini amat sporting dan sering berbalas cakap bukan sahaja dengan pengacara malah dengan semua artis yang membuat persembahan. Lihat sajalah langkah tarik Ka Shidah yang amat hebat untuk seorang amatur !Bukan Rosma sahaja yang mengenali Kak Shidah ini. Mawi juga !!! YES, Mawi juga. Maka teringat pula saya yang kelibat Kak Shidah ini memang kelihatan di kenduri Mawi di FTA tahun lalu. Katanya beliau turun ke JB dengan bas Transnasional dan bertanya orang ramai untuk sampai ke lokasi kenduri. Hebat... Aapa yang lebih hebat? Kak Shidah ini juga mempunyai pertalian yang rapat dengan Cute & Mus... Laaaariiiiiiiiiiiik!!!


Ini lagi satu band yang saya tidak sempat untuk mendapatkan maklumat. Kiranya nama band hip hop/rap banghra ini namanya Go-Katz? Begitulah sebutan yang dapat telinga saya tangkap ketika dua kali mereka muncul. Sebagai rakyat Malaysia yang berbangsa Sinkh Rapper utamanya (yang berkepala botak) bertutur bahasa Malaysia dengan teramat fasih sekali. Menyanyikan lagu Bhangra (bahasa Hindi? ataupun Tamil) dengan Bahasa Inggeris. Lagu mereka amat catchy membuatkan kami kita terasa ingin bergoyang mengikut rentak meskipun tidak paham sepatah haram. Yang lebih menarik ialah mereka ini merupakan golongan terpelajar !!! Sorang Doktor, penguam, Pelajar Undang-Undang dan Business Man. Hebat Kan? Lagi satu sebelum terlupa... dengan cerita lagu dari band ini telah memasuki carta lagu di UK. Betul ke?



Mawi !!! Seperti yang telah saya katakan... Mawi muncul buat kali pertama di laman Santai setelah lebih tiga tahun bergelar artis !!! Hebat kan malam ini. mawi menyampaikan 3 buah lagu yang selalu dinyanyikan beliau iaitu Rindu Padamu, Beautiful Maria & Lagu Jiwa Lagu Cinta. Kalau di tanya saya secara personal tentunya saya ingin mendengar Mawi menyanyikan lagu Lagit Biru, Cinta Zulaikha dan Tercipta Untukku. Ataupun Sujud !!! Bukan mudah untuk Mawi menyanyikan lagu-lagu tadi... Huhuhu. Mawi seperti biasa memang akan mengambil masa untuk melayan peminat. Sempat lagi saya ternampak Mawi di sapa oleh Zubir. Entah apa yang ditanya Zubir sayapun tak tahu. Untuk saya, insyaAllah saya akan bertemu mawi lagi 4/11 nanti. Untuk apa... Tunggu saja entrynya !!!


Ella... Memang terlebih sempoi malam ini. Mungkin simple tetapi amat sesuai dengan persembahan di Laman Santai. Ella yang saya kira mungkin juga kali pertama turun di Laman santai ternyata masih berbisa. Peminat bertambah ramai yang datang ke hadapan bukan sahaja untuk melihat Ella dari dekat tetapi juga untuk mengambil gambar dan ikut bernyanyi dengan Ella. Ella juga sempat menyampaikan 3 buah lagu - Sepi sekuntum mawar Merah (maaf kalau tersalah sebab masa ini saya di belakang sedang menunggu Mawi), Pusii Hamba & akhir sekali Layar Impian. Persembahan Ella mantap. Saya terhibur. Meski ralat kerana tidak sempat menegjar Ella untuk bergambar tetapi puas kerana Ella sempat menandatangani "CD Standing In The Eyes..." saya yang telah saya simpan 11 tahun !!! Hebatkan malam ini?

No comments: