Friday, April 17, 2009

Terima Kasih Rabbani....


Orang berbudi kita berbahasa.... Orang memberi kita merasa.... Itulah adat hidup di Malayasia. Saya dan rakan-rakan ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Rabbani teutamanya Asri yang telah memanjangkan jemputan Post Party ABPBH 2008 yang lalu dek kerana mereka perlu bergegas pulang ke Kuala Lumpur pada malam yang sama. Lantaran itu dapatlah kami merasa makanan yang enak-enak di Post Party kali ini. Selain terima kasih... Tahniah juga untuk Kumpulan Rabbani kerana telah mengekalkan Anugerah Penyanyi/Kumpulan Nasyid Popular entah buat berapa kali sehingga tidak terbilang... hahaha.



Setelah diperam oleh Asri lebih sebulan... barulah saya mendapat kembali CD ini. Tak pe Asri... janji... dapat tandatangan tuu. Seingat saya... saya titipkan CD ini semasa di Stadium Malawati Februari lalu semasa Konsert Malam Sinar Maulidur Rasul. Tapi itulah... bukan senang untuk mencipta pertemuan kerana masing-masing sibuk. Nasib baik Genting & ABPBH memetri janji. Alhamdulillah... OKlah Asri... jenguk-jenguklah Blog saya... Ahaks !!!

No comments: