Saya dan Lisa sempat singgah semalam di Tasik Perdana untuk menyaksikan persembahan percuma ini setelah menonton 300 di Amcorp Mall sebelumnya. Antara artis yang membuat persembahan ialah Alif OIAM, Ayu Mentor2, BardR1 dan Jinbara. Pengacara majlisnya pula ialah seorang DJ KLfm yang saya terlupa namanya.
Alif telah menyampaikan lagu Khayal (dengan 'happening' sekali, Ain't No Other Girl (tidak kurang hebatnya - sebenarnya saya menunggu Alif nyanyi lagu "Una Noche" tuh), Kaulah Segalanya (power betul penghayatan Alif untuk lagu ini, patut juga Alif pertimbangkan lagu balada untuk albumnya nanti) & Adikku Pandai Menari (yang juga disertai oleh 3 peminat cilik - tapi yang sorang tu... macam kenal saja). Persemabahn Alif memang 'lively', penguasaan pentas ynag baik dan menghiburkan. Cuma komunikasi dengan pengacara dan penonton masih perlu dipertingkatkan. Persembahan Alif memang nampak 'gah' terutama setelah persembahan Ayu sebelumnya agak hambar. Penonton mula memberi 'respons' yang menggalakkan terutama setelah Alif turun dari pentas ke tempat duduk.
Yang ralatnya, saya tidak sempat juga berjumpa dengan geng Alif yang lain, yang ada cuma Aida @ Ditdot, Abang Satar, Kak Fiza dan adik-adik Alif. Tambahan pula saya meninggalkan Tasik Perdana semasa Bard R1 membuat persembahan kerana kami (saya dan Lisa) ada agenda lain di Jalan Conlay. Harapan saya agar ramai lagi Geng Alif yang akan turut serta jika ada persembahan percuma da pentas terbuka !!!
No comments:
Post a Comment