Mu'adz Dzulkifly bukanlah 'jenama' baru di dalam arena nasyid. Kira-kira 6 tahun dahulu beliau pernah melahirkan sebuah album nasyid yang berjudul "Al-Asr... A Moment" yang mengaplikasikan Hadis Nabi s.a.w. di dalam semua 10 sepuluh lagu di dalam album tersebut. Album perdana Mu'adz itu telah diterbitkan oleh Nature Records (Saya kira syarikat ini telah tidak wujud lagi). Namun entah di mana silapnya, meskipun album tersebut menggabungkan nama besar sebagai pemuzik; antaranya Eddie Marzuki, Hilary Ang (Search), Sham (Kamikaze) dan Ramli (Mohram) dan dengan konsep yang pada ketika itu dikatakan belum pernah dilahirkan oleh mana-mana penasyid (sebagai rekod; album "Al-Asr... A Moment" adalah album yang pertama di dunia mengaplikasikan hadis sebagai lirik lagu) bagaimanapun gagal meletakan nama Mu'adz sebaris dengan penyanyi nasyid yang 'top' ketika itu. Itu cerita sekitar tahun 2006/2007. Apa pula perkembangan beliau kini?
Sesungguhnya, Mu'adz kini telah tampil dengan album baru; yang berjudul "Rindukan Cahaya". Album ini telah mula berada di pasaran seawal ketikan kita sedang sibuk menyambut Hari Raya Aidil Fitri meskipun sebuah lagunya yang berjudul "Sambutlah" telah mula diputarkan sebagai lagu tema bulan Ramadan di Bernama TV sejak awal bulan puasa yang lalu. Album yang berunsur muzik Islamik progresif ini bukan calang-calang kerana ia telah di rakam di Studio Rockstar di Jogjakarta, Indonesia dan diterbitkan oleh Noe dari Kumpulan Letto yang juga telah mencipta kesemua 5 buah lagu di dalam album ini bersama Widi (juga dari Kumpulan Letto). Widi yang bertindak sebagai guru vokal kepada Mu'adz telah mentransformasikan vokal Mu'adz menjadikannya lebih indah dan sesuai dengan konsep muzik dan lagu. Bagi mereka yang pernah mendengar suara Mu'adz di dalam album yang pertama tentunya akan merasa kelainan tersebut. Maka tidak hairanlah jika ada yang mengatakan pengaruh Letto amat kuat di dalam album ini. Namun begitu perlu diingat bahawa Mu'adz yang sememangnya memiliki suara yang merdu dan mantap. Beliau menyanyikan lagu-lagu ini dengan gaya yang tersendiri. Sesekali apabila kita dengar ia seakan seperti bisikan hening yang diluahkan oleh Mu'adz kepada semua pendengar. Kesemua 5 lima lagu memiliki kekuatan masing-masing. Bunyi 'strings' yang ketara menambahkan keasyikan kita mendengar bait-bait lirik yang di adun dengan indah dengan melodinya. Secara peribadi sekurang-kurangnya saya meminati 4 buah lagu iaitu "Ampunan", "Sambutlah", "Rindukan Cahaya' & "Ketika Mencinta".
Tiada apa lagi yang mampu saya katakan kepada anda yang membaca coretan saya ini, samada anda peminat nasyid mahupun bukan peminat nasyid, memilki album ini adalah satu kewajaran kerana ia amat berbaloi dengan RM yang bakal anda laburkan ! Mengikut rencananya cakera padat Mu'adz "Rindukan Cahaya" sepatutnya berada di semua kedai muzik yang juga menjual cakera padat Hafiz Hamidun "Zikir Terapi 2" kerana kedua-kedua produk ini di pasarkan oleh Arteffects !!!
1 comment:
off white
off white jordan
off white outlet
kyrie 9
hermes bag
off white outlet
supreme clothing
yeezy boost 350 v2
golden goose sale
off white hoodie
Post a Comment