Monday, December 20, 2010

Terima Kasih Mak !!!



"Ini adalah Bubur Asysyura yang telah saya makan sebahagiannya. Bahagian Angah saya makan, bahagian Along pun saya rasa juga !!!"

Ceritanya.... Saya terpaksa pulang ke kampung kerana panggilan Angah yang telah sampai seru untuk menukar ganti 'keinderaan' beliau. "Tiada lagi KeRIOan di Sungai, kini semuanya semudah SimplyCITY sahaja". Lantaran itu saya membuat pesanan kepada Angah untuk makan Bubur Asysyura Utara yang cuma mampu di makan setahun sekali pada 10 Muharram. Angah telah berbaik hati membeli bahan-bahannya seperti pisang, keledek, kacang tanah dan kacang hijau. Bagi menjadikannya 5 ramuan istimewa; maka saya membeli jagung. Emak yang paling baik hati kerana telah memasak Bubur Asysyura untuk saya tahun ini. Akhirnya dapat juga merasa. Bila saya memaparkan kisah Bubur Asysyura saya di dada FB, maka akhirnya saya terpaksa membuat penghantaran kerumah Along !!!

No comments: