Tuesday, December 28, 2010

Buff ! Buff ! The Stylo Mylo HeadGear











Sejak dari kecil kita di dedahkan dengan pemakaian 'cap'. 'Cap' telah menjadi 'headgear' yang amat porpular bukan sahaja kepada lelaki malah juga wanita. Ada bermacam-macam 'cap' di pasaran. Sayapun pernah 'gila' mengumpul 'cap' satu ketika dahulu. Antara yang menjadi kegemaran tentulah 'baseball cap', 'cricket cap', 'german cap' mahupun 'newsboy cap'.

Bila usia menginjak masa, saya mula tertarik dengan 'fisherman hat' yang lebih santai dan mudah untuk dijaga dan dicuci. Banyak jugalah 'fisherman' yang saya kumpul. Pernah satu ketika, apabila syarikat di mana saya bekerja mengadakan Hari Keluarga, kami AJK beramai-ramai mencadangkan agar dibuat 'fisherman hat' sebagai 'door gift'. Itu semua kenangan.

Pertengahan tahun ini, saya telah bertemu dengan satu 'headgear' yang terbaru yang diberi nama 'buff'. Dalam sekelip mata, saya sungguh tertarik dengan 'headgear' ini. Sehingga kini saya telah memiliki 3 helai 'buff' pelbagai corak. 'Buff' sungguh mudah dibawa, dilipat, dicuci, selasa dipakai dan boleh juga digunakan sebagai 'kepiah' untuk bersolat. Selain daripada itu, ia juga memilik pelbagai fungsi yang sungguh kreatif. 'Buff' terbaru ialah dengan corak yang bertema MotoGP yang saya beli di Dubai baru-baru ini !!!

No comments: