Wednesday, December 8, 2010

Catatan Bumi Pertemuan Dua Arus


Memang sudah banyak kali saya ke luar negara atas urusan kerja mahupun melancong. Namun saban kali niat saya untuk menulis blog ketika di luar negara selalunya terbantut dek kerana kesibukan tugas mahupun keseronokan menjelajah. Lantaran itu samada saya akan menulis setelah pulang atau lebih bahana lagi kekadang cerita tersebut akan basi begitu sahaja tanpa dikongsi bersama dengan pembaca.

Banyak negara juga apabila saya lawati akan membuatkan ada hati yang akan merasa 'cemburu' namun untuk bebanan tugas kali ini saya kira tidak ramai yang mampu untuk iri hati atau mengambil kesempatan untuk turut serta. Alhamdulillah, tiga perbincangan penting yang harus saya serta telah selamat belangsung meskipun ia tentunya akan dituruti dengan cabaran baru yang lebih hebat. Lewat pagi tadi sahaja dewan tempat saya menyampaiakn penerangan bagaikan gegak gempita dengan hujanan peluru pelbagai soalan yang adakalanya tidak munasabah (apatah lagi munasarawak !!!). Sungguh mencabar sekali...

Oh.. saya sebenarnya sekarang ini berada di Iraq. Yang pada dasarnya adalah sebuah negara yang berada di dalam Zon Yang Amat Mencabar. Apa tidaknya, perjalanan saya (dan rakan sekerja lain) di temani dengan anggota keselamatan, kami juga di arahkan untuk memakai jaket kalis peluru yang beratnya lebih kurang 2 kilogram, kami di angkut dengan kereta kalis peluru yang mana pemandu dan anggota keselamatan dibekalkan dengan senjata api, selang beberapa saat ada saja maklumat terkini tentang keselamatan perjalanan yang di salurkan melalui radio semua kereta terbabit, kehidupan saya di sini cumalah bilik hotel dan bilik mesyuarat dimana polisi syarikat tidak mebenarkan kami keluar hatta satu incipun di luar kawasan yang telah diwartakan !!! Di saat syarikat menghantar kami ke lokasi penuh cabaran; keselamatan aset utama syarikat ini memang langsung tidak di abaikan.

Doakan saya berjaya memikul amanah ini dengan penuh keikhlasan dan berjaya, doakan saya selamat pulang untuk bertemu yang tersayang !!! InsyaAllah.

1 comment:

Anonymous said...

I'm very thrilled you took the time and wrote that!!


http://karinsurance.info