Alhamdulillah, semalam saya, Lisa dan Mas telah sempat menyaksikan persembahan anak-anak muda harapan masa depan dari UTP yang sungguh berbakat menzahirkan karya mereka. Ada persembahan nyanyian, gamelan, orkestra cina, band masakini, tarian kenudayaan dan antarabangsa. Sungguh menakjubkan memandangakn mereka bukanlah penggiat seni sepenuh masa. Persembahan yang agak panjang bermula lebih kurang jam 8.30 malam dan cuma tamat kira-kira jam 11.00 malam dengan 'interval' kira-kira 15 minit sahaja.
Persembahan dimulakan dengan tarian dari ketiga-tiga kumpulan etnik terbesar di Malaysia - Melayu, Cina dan India yang dinamakan 'Malaya - The Beginning'. Kemudian diikuti dengan 'Crossing Cultural Boundries' yang menampilkan Kumpulan Gamelan. Persembahan instrumental ini lebih mengujakan setelah diselang-seli dengan gerak tari dan siulan para pemuziknya.
'Birth of a Nation - Malaysia is Formed' pula menampilakn tarian daripada suku kaum di Sabah dan Sarawak. Penonton dihiburkan dengan klip video Hari kebangsaan PETRONAS yang lucu dan menginsafkan sementara menunggu persiapan pentas untuk Persembahan Orkestra Cina yang menampilakn lebih daripada 100 pemizik yang terdiri daripada pelajar berbangsa cina dan cuma seorang sahaja yang berbangsa India. Ada tiga momen menarik di dalam persembahan ini iaitu 'Love Song', 'Tanah Pusaka' dan 'Prince Sang Nila Utama dan Singa'.
Usai rehat selama lebih kurang 15 minit, para penonton dihiburkan dengan lagu daripada 13 negeri & 1 Wilayah Persekutuan. Dendangan 'Ayam Didik' telah membuatkan saya teringat akan kampung halaman di Kedah. namun begitu, bagi saya kemuncak kepada semua persembahan pada malam tersebut ialah persembahan 1UTP, 1Malaysia, 1World yang dipersembahkan oleh UTP Performaing Arts Group dan UTP International Cultural Group yang menampilakan kepelbagaian tarian tradisi daripada para pelajar UTP sendiri seperti Indonesia, Thailand, Pakistan, Turkmenistan dan Mozambique antaranya. Jelas sungguh kesungguhan mereka menampilkan gerak tari dari setiap pelusuk dunia tersebut meskipun ada antara budaya yang ditampilkan amat asing sekali. Di raut wajah setiap penari pula jelas kelihatan mereka menari dengan penuh keseronokan dan keikhlasan.
Persembahan ditutup dengan dendangan 'You Raised Me Up' dan 'Stand By Me' yang penuh nostalgia dan bermakna.
Secara peribadi saya ingin mengucapakan TAHNIAH yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat secara langsung menzahirkan 'Tapestry of Colours'. Memang berbaloi saya membeli tiket !!! Untuk rekod, Yayasan UTP yang ditubuhkan pada tahun 2007 adalah bertujuan untuk melangsungkan tujuan utama pendidikan di dalam negara dan juga menyokong pembangunan masa depan untuk menjadikan UTP sebagai sebuah institusi kecemerlangan. Antara lain tentulah Yayasan UTP bertanggungjawab memberi biasiswa kepada pelajar terpilih yang sedang melanjutkan pelajaran mereka di UTP.

No comments:
Post a Comment