Tuesday, August 10, 2010

Hanya Kerana Kau Sahabat (Khas Buatmu Di Ramadhan Ini)


Hanya Kerana Kau Sahabat
Izinkan Aku
Lewat ke Daerah Damaimu
Berehat di Laman Kasihmu
Menumpang Teduh, Melepas Lelah
Menikmati Situasi Indahmu

Lantas,
Memanjat Kemaafan dalam Kesyukuran
Menafsir Kerelaan dalam Keizinan
Pada Semua Kemesraan dalam Persaudaraan
Pada Semua Ungkap Kata, Senda Gurau dan Usik Kias Berbaur Lelucon
Pada Semua Yang Telah Engkau Hulurkan
Pada Semua Yang Telah Engkau Kongsikan
Antara Cinta, Kasih dan Sayang
Pintaku Satu Cuma
Ikhlaskan dan Halalkan

Hanya Kerana Kau Sahabat
Titipkanlah Restumu Mengiringi Kembaraku
Buat Ramadhanku Yang Kesekian Kali Ini
Sulami Kemaafan dan Keampunanmu
Pada Setiap Kekhilafan, Keterlanjuran, Ketidakwajaran
Agar Derap Langkah Ramadhanku kali ini
Ditaburi Bait Doa dan Murni Silaturahim
Antara Kita….

Nota Jase :
(1) Terima Kasih kepada Mas dan bait puitis beliau yang telah menjana otak kreatif saya untuk melakarkan sajak ini.
(2) Kepada semua sahabat di mana jua anda berada. Semoga Ramadhan anda kali ini penuh barakah dan Ramadhan yang terbaik untuk kesekian kalinya; InsyaAllah.

No comments: