Wednesday, August 18, 2010

Halwa Telinga Ramadhan Ini


Album Untukmu Sahabat ini diterbitkan samada 4 -5 tahun yang lalu. Ketika saya mendapatkan CD ini saya sebenarnya ingin mendengar lagu Sahabat - Amar. Namun begitu album ini sebenarnya memiliki banyak lagu sedap di dengar dan juga di selang seli dengan bacaan Ayat-ayat Suci Al-Quran dan juga Hadis Nabi. Maka jika ada kelapangan dan ingin mengimbau kenangan bersama sahabat-sahabat lama saya akan kembali mendengar CD ini. Antara lagu yang menarik, syahdu dan nostalgik adalah seperti "Masih Ada Waktu" - Rast, "Pertengkaran Kecil" - Edcoustic, "Untukmu Teman" - Brothers dan "Kenangan Semalam" - Saff One. "Sebaik-baik sahabat itu, orang yang tidak pernah berubah-ubah, meskipun zaman terus berubah".



"Pertengkaran Kecil" - Edcoustic


Album Satu Bintang terbitan Rumpun Records ini di terbitkan pada tahun 2007. Saya kira keseluruhan album kompilasi ini ditujukan kepada insan yang paling kita sayangi iaitu ibu kita. Dari bait-bait lirik jelas pada lagu-lagu seperti "Bidadari" - Munif Hijjaz, "Sendiri" - Saujana, "Kasih Tak Bersyarat" - Azhari NowSeeHeart. Yang menarik mengenai kompilasi ini ialah ia mengandungi sebuah lagu dendangan Zahid AF2 iaitu Dan belum Kita Lupa (yang tidak pernah diterbitkan di dalam mana-mana album/kompilasi sebelum ini).



"Sendiri" - Saujana


Siapa yang tidak kenal akan Maher Zain. Beliau adalah fenomena sekarang. Album pertama beliau "Thank You Allah" yang baru memasuki pasaran Malaysia tahun ini merupakan Killer Album. Tidak ada satu lagupun yang tidak akan membuatkan anda untuk terus mendengar dan menghayati. Terima kasih kepada Inteam Records yang telah berjaya mendapatkan hak pengedaran untuk pasaran tempatan. Pengalam saya pula ketika pertama kali mendengar lagu InsyaAllah, terus saya membeli album ini tanpa berfikir panjang. Terima Kasih kepada Maher Zain yang berjaya mengembalikan fenomena Nasyid di peringkat antarabangsa. Persoalannya bilakah Maher Zain akan singgah ke Malaysia?



"InsyaAllah" - Maher Zain



Siapa tak kenal Zain Bhika. Salah seorang pejuan lagu-lagu keagamaan dari Afrika Selatan. Yang menjdikan Zain lebih terkenal saya kira disebabkan suaranya yang gemersik dan halus ala-ala 'the late Micheal Jackson'. Album Our World ini amat istimewa kerana memiliki kepelbagaian bahasa. Melodinya sungguh mendayu-dayu. Dan dua lagu yang amat saya minati ialah Orphan Child dan Our World.



"Orphan Child" - Zain Bhikha



The Way of Love adalah sebuah Killer Album yang pernah dihasilkan oleh Pak Hada Alwi. Terkandung di dalam album ini adalah hit single yang dinyanyikan bersama dengan kumpulan padi berjudul Doaku dans enuah lagu yang amat catchy yang menjadi siulan kanak-kanak untuk junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. berjudul Insan Utama. Pak Hada yang mula menjadi Mega Star dengan lagu AlI'tirof yang begitu menginsafkan. Di dalam album ini lagu tersebut dinyanyikan semula oleh Pak Hadad dengan lirik bahasa melayu - 'Satu Pengakuan'. (Lagu ini juga pernah dirakam oleh Raihan dan Yasin untuk filem Syukur 21 dengan judul yang sama)



"Insan Utama" - Haddad Alwi dan Duta SO7


Kompilasi Kalimah Cinta 2 yang diternitkan oleh Hijjaz Records Sdn Bhd ini menampilakan kumpulan-kumpulan seperti Hijjaz, In-Team, Ae-Man, UNiC dan Mestica. Memandangkan ia merupakan album kompilasi maka ia menghimpunkan lagu-lagu merdu oleh artis nasyid di bawah naungan HRSB ketika itu. UNiC sebagaimana kita tahu telah menasyidkan puisi Sasterawan Negara Allahyarham Usman Awang iaitu Ke Makam Bonda dengan indah dan berjaya sekali.



"Berkorban Demi Cinta" - Hijjaz



Penantian peminat akhirnya berbaloi apabila Mirwana akhirnya tampil dengan buah tangan terbaru mereka berjudul Bumi Akhir Usia. Bungkusannya sahaja menunjukkan Mirwana serius untuk meneruskan perjuangan seni mereka. mereka juga tampil dengan dua ahli baru iaitu Ikram & Naim. Track pertama 'The Arrival' ada unsur-unsur We Will Rock You. Track ketiga pula, Hujan telah di bendung untuk mengikut acuan Mirwana dalam lagu Tika Masanya. Lagu Bumi Akhir Usia pula kedengaran amat 'advance' dan segar. namun begitu saya yang agak konservetif masih memilih Andai Ku Pergi sebagai lagu yang paling melekat di jiwa di dalam album ini.



"Andai Ku Pergi" - Mirwana

Buah tangan terbaru Hijjaz pula di beri judul PERMATA HIJJAZ 1431. Ini juga salah satu kumpulan nasyid yang masih lagi produkti menghasilkan material baru. Packaging album ini juga dibuat bersungguh-sungguh untuk menambah nialai kepada album ini di samping menjadi tanda penghargaan mereka kepada peminat.Dalam banayak-banyak lagu saya tertarik kepada lagu Kekasih Agung yang menceritakan tentang pejuang yang mempertahankan Baitul Maqdis. Lagu ini adalah sebuah lagu lama yang saya kira saya pernah dengar sekitar akhir tahun 80an. Ketika itu didendangkan oleh Kumpulan Nada Murni.



"Embun Hidayah" - Hijjaz



Sebelum munculnya Maher Zain di arena nasyid di persada antara bangsa, sami Yusuf adalah antara yang menjadi idola utama. Sehingga kini alaunan belaiu masih segar dan enak di dengar. Di dalam album ini saya amat tertarik dengan Anything for You.



"Anything For You" - Sami Yusuf

Lagi sebuah kompilasi yang amat berharga untuk di simpan. Koleksi ini lebih kontemporari kerana terkandung juga lagu pop yang diisi. Terlalu berharga nilai lagu-lagu ketuhanan ini. Juga diterbitkan oleh HRSB. Traikan utama ialah lagu Mutiara Hato oleh New Sakha. Tetapi keseluruhan kompilasi ini sungguh bermakna dengan 'Berita Kepada Kawan' - Ebiet G Ade, Permaidani - Aris Ariwatan, Doa - Aishah dan Perjalanan 2 - Al Jawaher dan M Nasir.



"Permaidani" - Aris Ariwatan


No comments: