Sunday, May 23, 2010

Kebahagiaan Dalam Perpisahan Shahir AF8


"Klip Video Kebahagian Dalam Perpisahan"

"Lirik Lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan"
Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti

Chorus:

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

(ulang chorus)

Nota Jase :
Ini merupakan single perdana Shahir AF8 yang sekali dengar sudah tangkap leleh seperti lagu-lagu Eddie Hamid mahupun Shaari Amri satu ketika dulu meskipun ia adalah ciptaan sepenuhnya Edry Abdul Halim (KRU). Mungkin dek kerana itulah maka Adlin Aman ramli semalam mengatakan yang lagu ini jedengaran agak lama. Namun begitu jika dibandingkan dengan versi rakaman studio dengan versi 'live' semalam saya lebih mengkagumi versi 'live' oleh Shahir semalam.

No comments: