Sunday, May 30, 2010

Alhamdulillah... Akhirnya Ku Tawan Juga Puncak Ledang






Alhamdulillah.... setelah lebih kurang 13 tahun meninggalkan 'arena pendakian' akhirnya saya tewas dengan ajakan rakan-rakan sekerja untuk menawan Puncak Gunung Ledang yang belum pernah saya jejaki lagi (Kali terakhir saya menyertai XPDC Pendakian ialah pada 31 Ogos 1997 ke Gunung Datuk). Setelah hampir gagal XPDC ini akibat kesibukan bekerja dan tuntutan kerjaya (setelah berkali-kali ditunda) akhirnya kami mengambil kesempatan sempena Cuti Umum Hari Wesak untuk memula dan menmatkan pendakian Gunung Ledang. 28 Mei 2010, jam 11.00 pagi telah menjadi saksi kepada kejayaan 12 pendaki amatur sampai ke puncak. Terima Kasih kepada En Azam dan geng beliau yang membantu kami merealisasikan impian. Terima Kasih kepada Anis yang memastikan XPDC ini berjaya dilangsungkan akhirnya. Kepada rakan-rakan pendaki lain (terutama Mas, Faisya, Marry Anne & Nazam), insyaAllah Kita Bertemu Lagi di lain pendakian. Jom Broga minggu depan...? Hahaha...

3 comments:

Mas said...

Terima kaseh, Jef & semua yang lain kerana kita semua sama-sama mendorong dan menggalakkan satu sama lain apalagi sewaktu mula lemah semangat untuk menamatkan pendakian.
Nampaknya seolah-olah satu pengalaman rekreasi biasa namunsebenarnya pengajaran yang diperolehi begitu berharga. isnya 'defining moment' yang bernilai.
Insya-Allah, kita ke Broga minggu depan.

A. Hamid Halim said...

jep!!! Tabik spring kt hang. Masih kuat kepala lutut hang... Hehe...
Congrate...

JaseMario said...

Mas : Yess... Kenangan indah yang sukar terlupakan.

Che Mid : My pren... TQ kerana masih menjengok Blog Ku !!! Aku amatur je.. Kira panjat ikut rentak amatur laa...:)