Dutch Lady telah menganjurkan World Milk Day bertempat di Pusat Membeli Belah Pavilion, Kuala Lumpur hari ini. Pelancaran dan aktiviti memecah rekod acara meminum susu paling ramai di Malaysia telah dilangsungkan seawal jam 10.00 pagi tadi. Meskipun begitu saya tidak mampu untuk turut serta acara tersebut kerana masih belum pulih sepenuhnya dari 'kesakitan' dek kerana pendakian Gunung Ledang. Saya cuma dapat sampai ke Pavilion di sebelah petang kira-kira jam 4.30 petang. Lagipun saya memang ada aktiviti lain di sebelah tengah hari...:)
Dalam pada itu; artis yang terakhir yang menghiburkan para pengunjung di Pentas World Milk Day ialah Alif Satar dari OIAM1 !!! Alif sampai ke Pavilion kira-kira jam 5.00 petang. Alif memulakan persembahan kira-kira jam 5.30 petang telah menyampaikan 3 buah lagu iaitu Akan Tiba, Better Man (Robbie Williams) & Jangan Nakal (lagu porpular beliau). (Saya agak ralat kerana lagu Cukup Indah tidak dinyanyikan oleh Alif). Mungkin ramai yang tidak tahu yang Alif masih belum baik dari demam ketika membuat persembahan namun begitu beliau telah berjaya menyampaikan kesemua lagu dengan baik sekali begitu juga berinteraksi dengan para pengunjung dengan penuh yakin dan ceria. Mungkin Alif perlu minum susu untuk menghilangkan demam !!! Kan... Kan... Kan...
Usai membuat persembahan Alif sempat meluangkan masa dengan peminat untuk bergambar, menandatangani CD dan juga poster. Tahniah Alif. Keep It Real Lil Bro !!!
No comments:
Post a Comment