Monday, November 27, 2006

GTN Akhirnya Membawa Saya ke Kota Bharu


Mungkin tak ramai yang mengetahui tentang kewujudan majalah GTN atau Gaya Travel Nusantara ini, namun begitu tidak dapat tidak saya perlu mengakui bahawa GTN telah berjaya membawa saya untuk menjejaki Kota Bharu Bandaraya Islam baru-baru ini. Dalam Isu 1.5, GTN telah memfokuskan Kota Bharu, Kuala Terengganu dan Kuantan sebagai antara destinasi yang perlu dilawati oleh warga Malaysia. Berlandaskan kepada plan yang telah dianjurkan itu, maka saya telah membeli tiket kapal terbang (sudah tentu Air Asia) untuk bercuti di Kota Bharu dari 10 – 12 November 2006. Niat di hati memang ingin lebih lama menjelajah, namun cuti saya telah tidak diluluskan oleh ketua jabatan, malang sungguh.

Seperti biasa, penerbangan Air Asia berlepas lewat, waktu sebenar 8.20 malam tetapi saya cuma dapat terbang pada jam 10.00 malam. Sebab utama saya tidak pasti. Implikasinya, saya cuma mampu menjejaki Lapangan Terbang Kota Bharu pada jam 10.55 malam. Nasib baik Nassir dan ayahnya sabar menunggu. Nassir… merupakan kenalan saya yang pulang bercuti di rumah orang tuanya di Pintu Geng. Mula-mula memang bercadang untuk menginap di Hotel Perdana, namun dek kerana pujukan Nassir dan Pak Arshad akhirnya saya mengalah lantas menginap di ‘resort 5 bintang’ milik Pak Arshad. Boleh tahan juga dapat tidur di loteng… ahaks.

Sampai di rumah Nassir, ibu Nassir (lupa pula saya bertanya nama Mak Cik) telah sedia menanti dengan hidangan popular orang Kelantan, Nasi Air. Memang di tunggu-tunggu oleh saya sebenarnya. Suasana di KB masih hujan, teringat saya yang musim tengkujuh telah tiba, mungkin musim ini tidak begitu baik untuk melancong. Namun bagitu, dalam hati saya berdoa agar esok pagi cuaca akan lebih mesra.

11 November 2006

Seawal 9.00 pagi kami bertolak dari Pintu Geng. Hujan telah berhenti, cuaca nampak indah sekali. Pagi ini saya dikejutkan dengan sarapan Nasi Tumpang (lupa pula saya mengambil gambar makanan ini). Nasi Tumpang ni lebih kurang seperti nasi impit yang dilenyekkan, dibungkus bersama udang masak lemak, telur dadar & serunding daging. Bungkusan berbentuk tiga segi corong.

Niat di hati memang nak ‘khatam’ habis Bandaraya Islam Kota Bharu ini. Saya mulakan penjelajahan dengan Bank Kerapu @ Memorial Peperangan Dunia Kedua di Kelantan, Muzium Kesenian Islam (malangnya muzium ini sedang dalam proses baik pulih, jadi tidak dapatlah saya mendaalami tentang dokumen sejarah Islam di Negeri kelantan), betul-betul di hadapan Muzium Islam ialah Padang Merdeka, kita tentu masih ingat akan Tok Janggut – pejuang pembebasan yang digantung terbalik disini satu ketika dahulu.

Sempat juga saya bergambar di hadapan Bank Pitis (Bank Duit? Ataupun tabung gergasi?). Teringat saya pula akan Kedai Kopi White House yang pernah ditonjolkan dalam program Jalan-Jalan Cari Makan satu ketika dahulu. Letaknya betul-betul berhadapan dengan Masjid Muhammadi. Apa yang menarik di Kopitiam ini? Sarapan paginya, ialah kopi dan roti bakar bersama kaya dan mentega. Kopitiam yang agak kecil, dan kita boleh melihat sendiri bagaimana roti di bakar. Saya juga membeli serbuk kopi sebagai ole-ole. Untuk siapa? Entahlah…

Selepas makan pagi, saya dan Nassir bergegas ke Istana Jahar yang dibina dalam tahun 1807. Istana ini kita dijadikan muzium tradisi Diraja. Selesai melihat persalinan dan tradisi diraja saya melangkah terus Istana Biru yang menempatkan koleksi diraja.

Niat di hati ingin mencari ketupat berisi serunding; memang lama sudah mengidam. Destinasinya sudah tentu Pasar Besar Siti Khadijah. Namun yang dicari tidak berjumpa,lantaran itu saya telah membelanjakan wang untuk membeli kain tenun songket untuk dibuat samping – untuk sayalah , kain tudung untuk emak, sutera thai untuk angah. Turun darin tingkat dua, saya melapk pula di Laman Siti Khadijah.

Destinasi seterusnya – makan tengahari. Kali ini, saya mengikut lagi cadangan GTN. Apa lagi kalau bukan Restoran Cikgu Nasi Ulam di Perkampungan Kraf Tangan. Masih awal juga saya sampai, kurang lebih jam 12.30 tengah hari. Jadi masih belum ramai dan amsih banyak lagi ulam yang ada. Saya memilih ulam-ulam yang saya belum pernah makan. Apa yang pasti enak, sedap, lazat dan MUUUURRRAAAHHHH !!!!

Selesai makan tengah hari, saya meneruskan menjelajah Perkampungan Kraftangan. Apa yang saya cari, tentunya gerai cenderamata untuk mencari ole-ole kecil buat teman-teman di Kuala Lumpur. Seaklai lagi, mata saya tertumpu pada berbagai jenis bubu yang dijual. (saya akan bercerita tentang bubu ini di dalam ‘posting’ yang akan datang). Selesai tawar menawar, maka dapatlah saya sejenis bubu yang agak istimewa. Selesai menjelajahi Perkampungan Krftangan, sampailah masa untuk mengadap tuhan yang maha esa, mana lagi kalau bukan Masjid Muhammadi yang banyak menyimpan sejarah. Akhir sekali, sebelum hujan turun dengan lebat sempat juga saya menjengah Muzium Kelantan yang megah ditengah pembanguna pesat KB.

Hari pertama – bahagian pertama saya tamat dengan lawatan ke kilang Razali Batik. Saya habiskan petang dengan melelapkan mata barang sekejap (masa ini adik saya one aleng lupa ‘call’) Esok saya akan bertemu beliau.

Lewat petang, saya dan Nassir ke Tumpat dan makan malam di Pantai Cahaya Bulan.

12 November 2006

Awal pagi apabila saya bangun, ternyata selsema saya makin parah. Tidak dapat tidak selepas sarapan saya perlu pergi ke klinik. Nasib baik saya bawa Kad Insurans Perubatan, dapat juga membuat panggilan untuk mencari klinik panel di KB. Klinik Pancho di Jalan Hospital, namanya saja sudah pelik. Nasib baik doktornya pemurah. Dapatlah saya berbagai jenis ubat… ahaks. Selesai mendapat rawatan, saya ke DBP Wilayah Pantai timur sementara menunggu adik saya One Aleng datang. Dan hari kedua akan bermula sebentar lagi.

Destinasi pertama untuk hari kedua tidak lain dan idak bukan ialah menjelajahi masjid tertua di Malaysia iaitu Masjid Kampung Laut. Menurut sejarah, asalnya masjid ini terletak di Kampung Laut tetapi dalam tahun 1970 kalau tak silap saya telah dipindahkan sejauh 40 km ke Nilam Puri. Menurut cerita yang saya dengar masjid ini diangkat dan dipindahkan beramai-ramai tanpa memunggah strukturnya. Masjid ini asalnya tidak menggunakan sebarang paku tetapi menggunakan potongan kayu dan buluh sebagai pemasak. Tetapi kini paku terpaksalah digunakan untuk menguatkan struktur. Rekabentuk Masjid ini seakan-akan Masjid Demak di Jawa dan Masjid Kuno di Champa. Terasa kagum dan sayu ketika melawat masjid ini, walaubagiamanapun, saya puas kerana akhirnya hajat saya tercapai untuk menjejaki kaki di sini. Teringat pula pesan seorang rakan yang pernah menyarankan kepada saya agar bayak berhenti di masjid untuk menunaikan solat fardhu atau setidak-tidaknya melangsaikan solat sunat tahuyat masjid kerana kata beliau di akhirat, masjid akan menjadi peguam bela kita. Yang pastinya adik saya One Aleng telah menyempurnakan misi saya dengan izin Allah.

Dalam perjalanan ke Pantai Tok Bali, kami berhenti untuk membeli bahulu Kelantan di Gerai Baulu Sri Jawa. Rambang mata saya melihat akan kepelbagaian bahulu yang dijual, nasib baik dibenarkan merasa untuk memastikan yang mana sesuai dengan tekak. Kami sampai di Pantai Tok Bali, sebuah pantai baru yang dimajukan sebagai destinasi pelancongan lebih kurang 20 minit kemudian. Cantik juga pantai ini, sebenarnya lebih cantik dari Pantai Cahaya Bulan (yang banyak terhakis) dan sebuah patai di Tumpat (Patai Seri Tujuh?? Lupa pula saya akan namanya.). Kelihatan kapal nelayan sedang berlabuh dan banyak benteng batu yang dibina. Selesai bergambar, kami menuju ke rumah One Aleng untuk makan tengah hari. Malang sungguh Cikgu Wan dan keluarga hari ini kerana terpaksa lewat makan tengah hari hari ini menunggu saya yang Cuma dapat tiba hampir jam 3 petang sedangkan One Aleng pula masih menghabiskan puasa sunat beliau. Masakan kampung yang enak, Cuma saya malu untuk makan dengan banyak... ahaks (jika ada yang musykil samada saya makan budu atau tidak... jawabannya YA jika selsema saya tidak teruk). Setelah selesai makan, solat dan lepak-lepak sekitar rumah (masa inilah saya bertemu dengan buah nam-nam yang masam-masam manis dan kulitnya berbonjol-bonjol). Tibanya masa saya perlu berangkat. Ini merupakan kali pertama saya menjejakkan kaki di sini (Oh ya... rumah One Aleng ini rasanya di Pasir Mas dan agak hampir dengan KB), panjang umur insyaAllah datang lagi. One Aleng tinggalkan saya di KB Mall untuk window shopping sementara menunggu Nassir datang.

Rasa macam tidak cukup masa rasanya untuk terus menelusi bumi Kelantan, Kota Bharu sebenarnya. Namun begitu dek kerana tidak dapat menambahkan cuti saya perlu berangkat pulang. Selesai makan malam di rumah Nassir, Pak Arshad menghantar saya ke lapangan terbang. Jam 11.00 malam saya akan sampai ke LCCT. Dua tiga hari lagi saya akan menghantar adik saya One Aleng balik ke Arab Saudi kerana cutinya telah tamat. Berjumpa kita kita di KLIA ya… Halim !!!

Nota Jase :

Hmm…. Rasanya tahun ini mungkin saya tidak berpeluang untuk bercuti ke luar Negara seperti tahun lalu… Lantas itu, tentulah jika ruang yang mengizinkan saya akan Cuti-Cuti Malaysia lagi. Apakah JB destinasi seterusnya? InsyaAllah

No comments: