Nota Jase :
Alhamdulillah. Saya diberi peluang sekali lagi untuk membawa panji-panji syarikat saya bekerja untuk singgah di Dubai - City of the World. Singgahan kali ini akan memakanmasa lebih kurang 4 malam. Hari yang pertama adalah yang paling penting dan kritikal. InsyaAllah doakan saya yang terbaik. Kali terakhir saya sampai di Dubai dan menginap di Al Munrooj Rotana ialah pada bulan Fenruari 2011; kiranya sudah lebih daripada setahun masa berlalu. Situasinya masih sama, cuma kali ini bilik saya mnengadap kolam renang dan restoran meskipun tidak dapat melihat dengan jelas kerana brada di tinggat 3 sahaja. Yang menariknya jika tinggal di hotel ini ialah kita boleh berjalan kaki ke Dubai Mall dan Burk Khalifa (Bangunan tertinggi di dunia ketika ini). Apa lagi... Jom !
No comments:
Post a Comment