"Filem Innocence of Muslim tu memang la menghina Islam tapi dia ada bagi kita satu motif dan sebab. Antara sebabnya diorang nak tahu berapa ramai umat Islam yang HIPOKRIT! Kamu semua marah dan menyumpah seranah pengarah yang mengarahkan filem itu kerana menghina Islam dan Nabi Muhammad S.A.W., tapi tidakkah kamu semua sedar yang kamu sendiri menghina Islam, Muhammad S.A.W. dan seluruh hadis-hadis Muhammad S.A.W.? Nabi menyuruh kita sembahyang 5 waktu sehari semalam, "solat itu tiang agama dan bagi sesiapa yang tidak menunaikan maka dia meruntuhkan agama mereka". Tapi adakah KAMU SEMUA MENUNAIKANNYA? Tidak menunaikan solat 5 waktu samalah seperti menghina Nabi Muhammad S.A.W. dan hadis-hadis mereka, kerana hadis Nabi untuk diikuti, bukan setakat dengar sahaja. Rasulullah S.A.W. itu nakhoda kapal Islam kita, kita sebagai anak kapal hendaklah mematuhi arahan nakhoda kita kalau tidak mahu kapal agama kita tenggelam. Tidak dengar arahan Nabi umpama menghina Nabi sendiri. Kita menyumpah saranah pengarah filem tersebut tetapi apabila kita menyumpah mereka, mereka mengertawakan kita kerana kita HIPOKRIT! Dari mengutuk atau mengecam pengarah filem tersebut, lebih baik kita berdoa agar pengarah tersebut diberikan hidayah oleh Allah Swt. Kita mengutuk mereka, kita dapat dosa. Nabi tidak ajar kita mengutuk orang kafir, sebab itu zaman Rasulullah S.A.W. mereka tertarik dengan Islam kerana Islam itu lembut tapi tidak bermakna Islam itu lemah.
No comments:
Post a Comment