Saturday, November 29, 2008

Sisi Lain Semi Final Etnik Kreatif MuzikMuzik



MuzikMuzik masih mengekalkan pengacara yang sama. Faizal Ismail HotFM dan Cheryl Samad (Betul ke yang Cheryl dah kahwin?). Tidak ada yang kurangnya gandingan mereka cuma belum mencapai tahap... WOW !!!


Kumpulan Ghazal Pop dari Johor ini menyanyikan lagu Relaku Pujuk (Spider) dalam irama Ghazal. Lagu tersebut menjadi lebih santai saya kira. Suara vokalis kumpulan ini boleh dikatakan segar. Dengarnya akan melahirkan album sulung. Kita tunggu saja samada boleh mengharungi arus perdana atau tidak.


Beruang Madu yang sebelum ini saya cuma kenal di alam maya. Bila dia yang menegur saya dahulu di luar Sri Pentas 2; maka persahabatan yang dihulur saya sambut, insyaAllah.


Mawi memang kelihatan amat, amat gembira. Ada banyak sebab saya kira. Tambahan pula sekarang ini Mawi berdarah manis.... Hahaha. Kata Mawi, pakaian yang di pakai kali ini adalah milik beliau, bukan di sponsor ya... Lagipun; jubah sajakan (serelom saja bak kata orang kedah). Yang menariknya 'shawl' yang dipakai Mawi sedondon pulak dengan 'shawl' Cute.



Mungkin antara gambar-gambar terakhir saya bersama Mawi ketika Mawi masih bujangan. Lebih kurang 21 hari lagi Mawi akan diijabkabulkan bersama Kikin di Johor Bahru.


Macam-macam yang dibicarakan semalam. Tentunya yang manis manis dan lucu lucu sahaja... Pasal kendurilah apa lagi. Yang penting saya dah nak kena buat baju melayu baru warna 'silver' nii...; Tak pe, tak pe Lambat lagi... 28/12/2008 kan, kan, kan...




Sempat lagi Mawi menandatangani Mug Kemuncak AidilFitri untuk saya. Masa program tempoh hari tak sempatlah pulak...


2 comments:

Wanpetunjuk said...

Salam bro...bestnye dapat tengok live ek separuh akhir Juara Lagu Etnik Kreatif....cantik tak Haliza...tinggi tak???....byk tanya lah plak....

hehehehe.....

Bila final ek...sy nih dah tak tahu apa2 pasal Juara Lagu....

JaseMario said...

Heliza cantik dan manis dan sporting dan menghormati org tua dan ramai peminat. Tinggi? Confirm rendah dari Mawi & Bro... hahaha.

Final 18/1/2009.