Wednesday, July 26, 2006

The One On The Siam Ocean World




Minggu lepas (20 - 22 Julai 2006) aku berangkat lagi ke Bangkok, seperti biasa kerana tugas aku pasrah dengan tuntutan ini demi mencari rezeki yang halal dan berkat. Ada dua tugas besar kali ini sebenarnya, selain dari menjadi ahli jawatan kuasa pengurusan logistik dan aktiviti sosial untuk seminar yang syarikat kami akan jalankan di Bangkok awal bulan September ini; di mana aku perlu membuat sesi ‘audit checking’ dan ‘negotiation’ di empat buah hotel, 2 restauran & 2 pusat membeli belah. Aku juga perlu mengadakan mesyuarat dengan rakan niaga kami berkenaan isu-isu semasa di sana (mesyuarat aku dengan Khun Toi hanya dapat bermula jam 8.00 malam). Implikasinya aku terpaksa ‘bertugas’ seawal jam 8.00 pagi dan cuma habis kira-kira jam 10.30 malam ! Maka dengan itu, aku juga terpaksa untuk tidak menghadirkan diri ke AC Disini yang mengundang Mawi, YES !!! Mawi dalam segmen Bual AC. Oh… Mengapakah tiada aral yang melintang, kalau tak tentu Mawi tak jadi datang dan jemputan ini akan tertunda ke minggu seterusnya… Sedih niii. Bukan itu saja, Konsert Ke-8 AF4 juga aku terpaksa abaikan !!! kerana kapal trerbang pulang ke KLIA aku berangkat jam 4.00 petang waktu Bangkok.

Sebenarnya aku perlu melihat kemudahan hotel, bilik mesyuarat, bilik penginapan dan kemudahan berhampiran hotel selain dari harga pakej yang ditawarkan. Bermula dari The Landmark Bangkok, kemudian Sheraton Grande Shukumvit, seterusnya The Dusit Thani Bangkok dan akhir sekali Grand Hyatt Erawan. Memandangkan kami telah rancangkan aktiviti bowling dan karaoke, aku juga terpaksa pergi ke Siam Paragon dan MBK. Selain daripada itu, aku juga perlu menguruskan ‘Dinner Cruise River Chao Phraya’. Aku amat berharap agar Seminar kali ini akan lebih menarik jika dibandingkan dengan seminar tahun lalu yang kami jalankan di Langkawi dan bakal meninggalkan kenangan manis kepada semua delegasi yang bakal datang datang dari pelbagai negara termasuk Indonesia, China, Indonesia, Sudan, India dan Afrika Selatan selain dari Malaysia & Thailand.

Setelah tamat tugas pertama, aku terpaksa bergegas untuk meneruskan tugas kedua. Aku tiba di pejabat rakan niaga kami lebih kurang jam 7.45 malam. Dalam keadaan penat teruskan juga bermesyuarat dengan Khun Toi. Banyak juga perkara yang sempat kami sentuh dan persetujui, ada juga yang aku perlu bawa pulang untuk bersemuka dengan ‘boss’ aku di Kuala Lumpur. Khun Toi yang perlu bekerja keesokan harinya, memandangkan kilang mereka perlu membuat ‘over time’; bagaimanapun bermurah hati untuk menghantar aku pulang ke hotel. Nasib baik, kalau tidak aku terpaksa berebut menaiki BTS (lebih kurang PUTRA LRT di Kuala Lumpur).

Dan sudah tentunya hari Sabtu, 22hb Julai adalah hari ‘rewang’ bagi aku. Ingatkan nak ajak Khun Wirat lagi sekali menemani aku menyelusuri Kota Bangkok, malangnya dia perlu bekerja. Jadi untuk tidak menghampakan diri sendiri aku mengambil keputusan untuk ‘window shopping’/melepak di Siam Paragon dan mengambil peluang untuk menjenguk Siam Ocean World (ini kira kembar tak seiras Aquaria KLCC) yang diuar-uarkan hebat itu.

Siam Ocean World

Apa yang menarik di Siam Ocean World (SOW) ni? Biasalah aquarium bertaraf dunia ini menempatkan berbagai species laut yang jarang dapat dilihat di mana-mana. Letaknya di LG Level Siam Paragon, antara Shopping Mall yang paling gah di Bangkok (selain dari One World (keluasan 830,000 sqm – dikatakan yang terbesar di Asia) yang baru dibuka semula pada 21 Julai 2006). Antara dua yang menarik ialah pelbagai jenis jerung dan species penquin. SOW juga menawarkan pakej bersiar-siar menggunakan ‘bottom glass boat’. Sambil ‘belayar’ dapat juga melihat dasar kolam buatan yang dihuni oleh berbagai species ikan yang cantik, menarik & berwarna-warni. Penerangan yang ditulis di luar akuarium juga dalam bahasa Inggeris dan Thai, jikamalas bolehlah menyewa audio pack – dengar sahaja. Interior dalaman ada persamaan dengan Aquaria KLCC. Suasana dalaman juga agak suram dan kelam. Ada pertunjukan video, ‘interactive games’, ‘feeding time show’ dan juga souvenir shop. Kalau nak tahu detail, kenalah melawat sendiri. Oooppss… Bayaran Masuk = BHT450, atau lebih kurang RM45 dan ianya lebih mahal dari Aquaria KLCC !!!
(p/s : pixs akan di'update' kemudian)

No comments: