Wednesday, July 5, 2006

The One On My Tekad

Membuat keputusan yang tepat selalunya mencabar minda. Adakala keputusan yang kita buat bukan sahaja tidak menepati kepuasan diri malah insan-insan disekeliling kita. Tetapi apabila satu-satu keputusan itu dibuat setalah menelah kiri dan kanan, baik dan buruk, untung dan rugi, kebebasan dan kongkongan; maka pastilah ia akan membuahkan hasil yang tidak ternilai. Bukan material semata tetapi kepuasan jiwa juga.
Lewat bulan Mei yang lalu aku telah membuat keputusan untuk menyertai Program Tekad. Bermula dengan hadirnya aku di "T4C @ MMU". Projek Tekad adalah satu projek pembangunan komuniti yang dibangun dan dijalankan oleh Profesional Muda dibawah naungan PROMUDA. Projek ini mendapat pembiayaan sepenuhnya oleh RHB Bank; dibantu oleh Kementerian Pendidikan & PETROSAINS pula bertindak sebagai 'Rakan Sains'. Dalam projek ini Profesional Muda, (eh! muda lagi ker aku ni? Apa-apapun janji 'masih muda di hati' dan 'tidak tua sebelum waktunya', insyaAllah dan alhamdulillah) menerajui 'kem motovasi dan pembangunan diri' selama 2 hari. Kami, para sukarelawan yang digelar 'Coach' akan menjadi abang dan kakak bersama-sama berkongsi pengalam sebenar tentang keindahan kerjaya, kesusahan mencapai kejayaan, menanam nilai-nilai positif dalam diri para peserta (yang terdiri dari pelajar tingkatan 4 & 5, yang digelar 'Champion'), menyemai keyakinan diri dan berusaha untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran dan kehidupan. Jika ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan program ini, sila klik => "Projek Tekad".

Maka dengan itu pada 30 Jun yang lalu, berangkatlah aku ke Polisas Kuantan dengan menaiki bas dari Terminal Putra, Gombak untuk menyertai Projek Tekad Pahang 2006. Perjalanan dalam bas seperti biasa, agak membosankan juga kerana bas tersebut tiada video ataupun radio. Kami berhenti di R & R Genting Sempah untuk makan malam dan solat. Setelah menyambung perjalanan rasanya ramai yang mengambil kesempatan untuk melelapkan mata (termasuk aku) dan cuma teresedar apabila betul-betul sampai di Polisas yang sudah awal pagi kiranya. Disambut mesra oleh "Core Team" selesai taklimat, apa lagi terus saja berangkat ke asrama - alahai, sudah bertahun aku tinggalkan suasana kampus, seperti menggamit kembali ni keseronokan 'campus life'. Tidur, itulah tujuan utama memandangkan, program akan bermula seawal solat Subuh pada 1 Julai 2006.

1 Julai, hari pertama. Dalam menyambut para peserta aku melibatkan diri dengan memastikan persiapan di dewan. Selesai semua peserta mendaftar, Projek pun bermula. Program dimulakan dengan 'Coaches Walk'. Coaches mengambil kesempatan untuk mengenalkan diri masing-masing seperti nama, tempat kerja dan kerjaya. Selepas itu maka Modul pun bermula...

Antara modul yang menarik pada hari pertama ialah "Masa depan ku" dimana Coach perlu menceritakan tentang kerjaya kami dan bagaimana kami mencapai cita-cita kami. Bukan mudah sebenarnya untuk menjadikan kerjaya kita sebagai kerjaya impian orang lain juga. Kemudian para Champion diminta untuk menceritakan cita-cita mereka. Tanggungjawab kami ialah untuk memberikan mereka semangat, galakan dan cuba meninggikan lagi kerjaya mereka. Coach perlu kreatif, mahir dan berpengetahuan luas tentang kerjaya, peluang pendidikan, tokoh terkenal dalam bidang tersebut dan jawatan tertinggi dalam kerjaya yang tersebut. Mencabar bukan?

Sebelah malamnya ada Modul yang dinamakan 'Hati ke Hati', ini lagi satu pengalaman yang sungguh mencabar. Bukan mudah untuk 'reach out' ke dasar hati para champion supaya mereka membuka ruang untuk kita singgah. Mendapatkan maklumat tentang kelemahan dan kekuatan champion juga tidak mudah. Aku dan rakan coachku pun sebenarnya tidak pasti samada kami berjaya atau tidak, memang tiada yang menangis tetapi ada juga yang sempat menceritakan kisah mereka walaupun tidak ke penamatnya. Biar masa yang menentukan, biar masa jadi saksi dan juga hakimnya... Pengalaman aku, WOW - ada strategi baru yang kami akan laksanakan untuk masa hadapan yang akan aku praktikkan jika masih ada peluang. Bukan apa, bagi aku modul ini penting sebagai satu landasan untuk mereka memahat tekad baru sesudah tamat projek ini.

Hari kedua diteruskan dengan Tekad Race, ada lima acara semuanya. Tekad Tower merupakan salah satu acara yang membuatkan aku panik. Apa tidaknya, salah seorang Champion kami yang menawarkan diri untuk berada di atas 'tower' dengan tiba-tiba jatuh, mengaduh sakit kakinya.... lewat itu pula para bakal doktor pula asyik berbicara tentang ada kemungkinan berlaku keretakan. Nasib baik tidak ada apa. Aku sempat menasihati adik-adik Champion agar lebih berhati-hati dan mengambil berat soal keselamaan rakan-rakan dari kemenangan. Mereka mampu mendirikan 8 tingkat, suatu yang boleh dibanggakan.

Akhir sekali, Tekad Volcano. Aktiviti yang paling membanggakan kami, apa tidaknya; inilah satu-satunya aktiviti yang skuad kami berjaya mendapat markah tertinggi antas dinobatkan sebagai volcano paling power !!!

Apa-apapun bukan kemenangan yang dicari. Tetapi MAGIS yang berlaku apabila tamat 2 hari Projek Tekad lantaran meneruskan ke peringkat kedua, seperti yang diuar-uarkan oleh Pengarah Projek - You are their Coach for Life. Untuk rakan Coaches dan rakan Core Team, percaya atau tidak; satu keluarga baru telah terbentuk !!!

Inilah 'Signboard' Projek Tekad Pahang 2006.


9 Teenagers bersama dengan Volcano mereka. Ahaks... "Volcano Tekad" yang paling power, bukan power rootlaa... (dah tentu yang terlebih dua orang tuu bukan teeangers lagi)


Kenangan manis.... Coaches.... Champions.... Core Team !!!

No comments: