Monday, April 6, 2009

Siapakah Yang Akan Di Bius Qhaud Sabtu Ini? Tunggguuuuu....



DIBIUS CINTA (Original Artiste : Yusry KRU & Melly Goeslow)

Ku membiusku dengan cinta
Cinta yang malu kukatakan
Kau membiusku dengan cinta
Sampai aku tak bisa berkata

Kau membius sampai aku jadi sering melamun
Memikirkan kita bisakah bersama

Aku bius Cinta
Cinta yang tak ada tandingan
Namun mungkin tak ada tandingan
Entah ku tak tahu…

Kita yang malu hati untuk mengakui saling cinta
Usaha sekeras hati bersama selamanya
Aku dibius cinta…

Ku membiusku dengan cinta
Cinta yang malu kukatakan

Kau membius sampai aku jadi sering melamun
Memikirkan kita bisakah bersama

Aku bius Cinta
Cinta yang tak ada tandingan
Namun mungkin tak ada tandingan
Entah ku tak tahu…

Kita yang malu hati untuk mengakui saling cinta
Usaha sekeras hati bersama selamanya
Aku dibius cinta…

Aku dibius cinta…
Aku dibus cinta...

Nota Jase : Wow... Lagu Balada ciptaan Melly Goeslow. Lagu Tema Cicak Man 2 - Planet Hitam. Yang ditunggu tentunya siapakah yang akan menjadi rakan duet Qhaud. Mungkinkah Melly Goeslow sendiri? Kalau Melly tentulah gempak habiskan...? Tapi kalau betul; ini bermakna ramai giler artis seberang yang akan berkampung di Kuala Lumpur hujung minggu ini... Kalau nak di ikutkan hari Ahad ini pula ada ABPBH 2008 di Genting Highland, mungkin memang ada artis Indonesia yang akan datang membuat persembahan. Ada juga kemungkinannya. Tetapi kalau artis Malaysia... siapa yang paling sesuai dengan Qhaud? Adakah Ellyana? Ella? Atau Nikki? Kalau rakan AF7 tentunya Aisahkan....

Sunday, April 5, 2009

My 2009 F1 Adventure




Saya ingatkan musim F1 saya telah tamat tahun lalu. Bukannya apa, apabila berpindah ke tempat kerja yang baru sejak Oktober tahun lalu saya kira memang agak sukar untuk menjengah perlumbaan di Sepang memandangkan bidang tugas yang amat berbeza dan sudah tiada perkaitan secara langsung. Tahun-tahun sebelumnya ada saja 'clients/distributors/authority bodies' yang boleh saya bawa dan selit bersama... hehehe.

Namun, AJ telah menjadi penyelamat kepada saya tahun ini setelah melayangkan undangan 1 hari sebelum perlumbaan sebenar berlangsung. Alhamdulillah. TQ AJ, you make my day. Nak kata saya ini fanatik F1 tidak juga. Fanatik teknologi kereta pun bukan. Dahulunya tuntutan kerja... Tapi yang paling menarik minat saya sebenarnya ialah 'ambiance' ketika F1 itu berlangsung sebenarnya. Ketika di sana... terasa seperti berada di dunia lain. Di tambah pula dengan para peminat F1 daripada luar negara yang 'crazy' tahap 'gaban'.

Saya kira semua pun sudah tahu akan keputusannya di mana perlumbaan ini telah di batalkan kerana hujan lebat. Nasib baik saya membawa payung. Ye lah... ketika sampai di SIC jam 1.45 petang pun hujan masih rintik, tempat parkir becak. Hujan lebat pula turun sebaik sahaja saya keluar dari rumah.

PM Ke-6 Malaysia - Datuk Seri Najib membuat penampilan sulong sebagai PM sebelum perlumbaan. Tetapi para 'spectators' bagaikan tak teruja. Makanan boleh tahan... Cup Cakes PETRONAS masih di hidang seperti tahun dahulu. Air mengalir free flow. Persembahan sebelum perlumbahan biasa-biasa sahaja - bukan utama pun. Pakaian Grid Girls makin decent. Yang tak menarik... ada yang tidak menghormati Lagu Negaraku ketika di mainkan !!! Lu Pikirlah sendiri....

Nota Akhir... saya bangga kerana dapat turut serta melakar sejarah !!!

Isabella Adalah Penyelamat...



Rasanya masih belum terlambat untuk mendapatkan AKSI keluaran keempat ini. Ada cerita tentang Qhaud yang seronok untuk di baca. Boleh juga di buat koleksi. Hmm.... Bila dah habis musim AF7 mungkin juga boleh dapatkan tandatangan Qhaud... kan... kan... kan...



Sejurus selepas konsert saya sempat berjumpa dengan 'so called UNSTOPPABLE TEAM'... siapa lagi kalau bukan penyokong kuat Qhaud yang di pelopori oleh keluarga Qhaud terutama ibunya yang saya panggil Kak Nor. Pada yang nak sangat berkenalan dengan Abang Qhaud yang benama Hafiz tuu... hehehe... lihat pada gambar di atas, dia berdiri di sebelah kiri dua dari tepi. Ibunya pula di sebelah kanan sekali yang berbaju putih. Yang menarik kali ini.... para penyokong Qhaud Benar memakai lilitan kepala berwarna hitam tertulis "Qhaud Benar". Ah... Yang Benar, jangan lupa AFUNDI QHAUD hantar ke 32999.


Persembahan kali kedua oleh Qhaud setelah berlaku masalah teknikal di mana jika menonton di kaca TV. Di bahagian tengah persembahan cuma video yang nampak tanpa audio. Saya kira Qhaud pun menggelabah sebab itu kedapatan sekurang-kurangnya 3 bahagian yang Qhaud lupa lirik. Tapi kalau nak dibandingkan, lontaran suara Qhaud untuk kali kedua lebih baik, lebih merdu dan lebih yakin. Dalam masa yang sama... adlib dan alunan 'qasidah semakin jelas yang indah. Seakan Qhaud terus mempraktikkan apa yang di sentuh oleh 'Tok Iti' semasa kritikan sebelumnya. Saya kira..... Ucapan Syabas amat perlu !!!

Satu rangkap Isabella.... "Siang Jadi Hilang....." adalah penyelamat Qhaud yang seBENARnya malam ini. Dengan lontaran suara yang menyakinkan dan lunak menyebabkan ramai yang menghantar AFUNDI lagi. Yes... memang jelas - terang lagi bersuluh yang selain irama etnik, slow rock adalah genre yang sesuai dengan suara Qhaud.

'Jom Ke Taman Qhaud'

Alahai.... pagi ni baru saya sempat upload YouTube Di Taman Teman versi Qhaud. Harap-harap dapatlah kita enjoy bersama. OK. Stop jap... nak buat keje lain pulak... Hari ini memang kena mencuri masa betul. Macam-macam tuntutan..... dengan nak gi F1 ler, nak gi tailor ler... nak tengok ulangan konsert semalam lagi... hehehehe.

Qhaud di beri Siaran Ulangan...


Saya memang mengantuk giler nii... tetapi rasanya perlu 'upload' juga slide konsert ini yang sempat gambar-gambar di ambil ketika konsert, situasi tak mengizinkan, sebab tuu kebanyakan gambar 'blur'.

Ada masalah teknikal maka Qhaud diberi hak untuk bersiaran ulangan. Sejarah ni, saya kira pertama kali dalam sejarah AF.

Pertama kali Qhaud menyampaikan Di Taman Teman lebih mengujakan. Sungguh mengujakan seisi dewan, ramai yang turut bertepuk dan dewan gamat. Qhaud nampak enjoy dan meyakinkan. Kali kedua... Qhaud sampai terlupa lirik dan adlib ada yang tak sampai. Saya kira dia terkejut dan tak sempat bersedia. Saya lihat macam arahan tersebut di keluarkan di atas pentas semasa komersial berlangsung.

Di akhir konsert, ketika Ac memanggil Qhaud, Zizi & Rubisa untuk memegang 3 beg di atas pentas. Saya terkesima. Dalam hati berkata tidak mungkin, tidak mungkin terlalu cepat. Tetapi; bila Qhaud menjawab persoalan AC dengan "saya bertawakal dan berserah kat Allah swt", saya pasti yang Qhaud akan terselamat lagi minggu ini. Seperti biasa... keadaaan Qhaud masih seperti nyawa-nyawa ikan setiap kali konsert tiba.

Kepada yang teruja... AFUNDI QHAUD hantar ke 32999.

Friday, April 3, 2009

Head of My Class The vIdeo - Scooter Smiff feat CB


Who is Scooter Smiff? Who are Scooter Smiff? Haaa... Entah laaa. I also do not know. But... I found this video in YouTube. Yes... CB in it. Enjoy....:) The Song? Ahh... it is just another Rap-Hip Hop-R&B Song !!! You'll forget it somehow.

Wednesday, April 1, 2009

My MBTI Result

I took the MBTI Test in November 2008. I got the result on the same day. Sometime last month (to be exact 26 February 2009) I graduated one of my learning program that I have attended on and off for the past 90 days. I would like to take this opportunity to share my MBTI Result. For those who knows me personally, do you think the result is for real?

The Characteristic is ENFP.
"E" stand for Extraversion. People who prefer Extraversion tend to focus on the outer world of people and things.

"N" stands for Intuition. People who prefer Intuition tend to focus on the future, with a view toward patterns and possibilities.

"F" for Feeling. People who prefer Feeling tend to base their decisions primarily on values and on subjective evaluation of person-centered concerns.

"P" for Perceiving. People who prefer Perceiving tend to like a flexible and spontaneous approach to life and prefer to keep their options open.

In general I fall into the category of an Intuitive Type of person. In general, I am warmly enthusiastic and imaginative. See life as full of possibilities. Make connections between events and information very quickly, and confidently proceed based on the patterns that I saw. Want a lot of affirmation from others, and readily give appreciation and support. Spontaneous and flexible, often rely on my ability to improvise and my verbal fluency.
Based on the result, I supposed to be courious, creative and imaginative. Energetic, enthusiastic and spontaneous. Innovating, initiating projects and directing great energy into getting it is my speciallity. I value harmony and goodwill. I like to pleased others. So I am a warm person, friendly, caring, cooperative and supportive.

Pleople will see me as lively, gregariuos and socialable with large circle of friends. I am interested in almost everything and bring zest to life that draws others to me. I hate routine, schedules and structures and try to avoid them. in general people perceive me as personable, perceptive and persuasive. Enthusiastic, spontaneous and versatile. Always giving and seeking affirmation. Are you still 'blur'? MBTI is The Myres-Briggs Type Indicator self-report questionaire designed to make Jung's theory of psychological types understandale and useful in everyday life. MBTI results identify valuable differences between normal , healthy people, differences that can be source of much misunderstanding and miscommunication. The interesting part of this MBTI Test is when we answer the questionnaire we suppose not to take time and think. It should be one come out first from your mind when you read the question and possible answers.

I can't reveal everything but I think this is quite enough.