Lunaskanlah Gugus-Gugus Dendam dan Amarah Itu
Dengan Kemaafan Yang Terindah
Agar Lepas Bebas Segala Belenggu
Lantaran Ia Beralih Arah
Pada Keluhuran dan Fitrah Nurani
Sesuci Sedingin Persis Embun Pagi
Hiaskan Wajah Indah Itu
Dengan Secangkir Senyuman Manismu
Patrikan Ia Dengan Doamu Nan Tulus Ikhlas
Jabatkan Tanganmu Leraikan Kemaafan
Lantas Bersalam-Salaman
Lerailah Khilaf dan Dosa dek Penyatuan Dua Tapak Tangan
Bersihlah Jiwa Seluhur Fitrah Diri
Kongsikanlah Hatimu Itu
Bebaskan Apa Nan Terbuku
Lenyapkanlah Guris-Guris Duka
Hiaskan Dengan Garis-Garis Bahagia
Tunaikanlah Apa Yang Dipinta
Seikhlas Apa Jua Milikmu
Tentu Sahaja Allah s.w.t Maha Mengetahui
Dikurnia OlehNya Kelapangan Hendaknya
SELAMAT MEMYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR BATIN
Dengan Kemaafan Yang Terindah
Agar Lepas Bebas Segala Belenggu
Lantaran Ia Beralih Arah
Pada Keluhuran dan Fitrah Nurani
Sesuci Sedingin Persis Embun Pagi
Hiaskan Wajah Indah Itu
Dengan Secangkir Senyuman Manismu
Patrikan Ia Dengan Doamu Nan Tulus Ikhlas
Jabatkan Tanganmu Leraikan Kemaafan
Lantas Bersalam-Salaman
Lerailah Khilaf dan Dosa dek Penyatuan Dua Tapak Tangan
Bersihlah Jiwa Seluhur Fitrah Diri
Kongsikanlah Hatimu Itu
Bebaskan Apa Nan Terbuku
Lenyapkanlah Guris-Guris Duka
Hiaskan Dengan Garis-Garis Bahagia
Tunaikanlah Apa Yang Dipinta
Seikhlas Apa Jua Milikmu
Tentu Sahaja Allah s.w.t Maha Mengetahui
Dikurnia OlehNya Kelapangan Hendaknya
SELAMAT MEMYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR BATIN
No comments:
Post a Comment