Monday, June 13, 2011

Ceciter Lagi....

Dah lama sangat tak berceloteh dalam blog ni... dah hampir macam nak bersawang. Asyik dok upload youtube saja kerja saya... Hahaha. Hmm... semalam 'frust' jugak tak dapat gi Konsert Final AF9 kat Dataran Putrajaya, Precint 3. Jemputan yang datang itu, teramat lambatlah sekali. Patutpun... "ko ingat ko retis ke" nak dapat jemputan awal2. Aleh2 terpaksa, memaksa dan dipaksa tengok Konsert di hadapan TV LED 40 inci baruku di saluran HD Astro 188. Puas lah jugak. Tahniah kepada Hazama kerana berjaya menepati ramalan dalam penantian yang amat panjang (5 tahun beb !!!) ...Dan terima kasih pada sahabat saya, Zul yang temankan saya 'supper' malam tadi (ataupun awal pagi tadi) sebelum beliau pulang ke Mumbai (lewat pagi tadi) !!!

Minggu ini saya telah berjaya menon 2 buah filem. Super 8 - Cerita kanak-kanak ala-ala E.T. Tiada apa yang baru dengan plot filem ini. Yang ada cuma teknologi CGI yang agak muak juga kerana dapat dilihat di hampir semua filem sci-fi buatan Hollywood. Seperti ynag di duga, tentunya makhluk asing tersebut akhir nya akan pulang ke tempat asalnya.

Filem kedua yang saya tonton ialah KL Gangster. Filem komersial yang mempunyai roh hasil garapan pemngarah terbaik FFM yang lalu. Ada 4 pelakon telah berjaya menghasilkan lakonan yang mantap. Zizan Jozan yang menjadi Comic Relief untuk filem ini memang memukau habis. Semua babak yang beliau muncul mnegundang gelak ketawa yang tidak terhingga. Sofi Jikan dengan watak gangster kurus keding yang penuh dengan nilai brotherhood amat berkesan ala-ala gengster HongKong. Tidak ketinggalan watak yang hitam lagi legam yang di mainkan oleh Adi Putra. Begitu hidup dan memukau dan penuh kerakusan dan kebencian. Sesungguhnya lakon tebaik muncul daripa heor utama filem ini iaitu Aaron Aziz dengan watak hitam kelabu yang insaf untuk menjadi putih tetapi terpaksa hitam kembali dek kerana keluarganya dikacau lagi. Hampir semua sisi lakonan Aaron kali ini sempuran dengan kesedihan dalaman, keinsafan, kemarahan dll. Tahniah kepada Syamsul kerana berjaya menghasilkan filem yang lebih baik dari Khurafat !!! (Tapi adalh juga yang saya tak berkenan... dengan ending yang begitu seperti slot Gerak Kahs untuk siaran TV... Hahaha... penuh dengan tanggung jawab sosial, nasib baik dibuat secara monolog).

Ya... rumah saja sudah ada alat penghawa dingin mudah alih. Tentunya Lisa tak bad mood lagi di waktu malam. Lalala....

Dalam masa percutian yang singkat sahabat saya Zul telah membantu saya untuk menggerudi rumah... maka tiga perkara penting telah berjaya di latakkan di dinding; Jam dinding dan kotak kunci di ruamg tamu dan juga medan besi untuk meletakkan 'fridge magnet. Hmmmmm... tidak lupa juga lampu 'porch' saya sudah berganti. 'TQ so much bro... i appreciate it very much'.

Wow! Apa lagi nak catatkan. Nanti-nantilah...:)


No comments: