"Lirik Kau Bagai Udara"
Jantung berdegup laju
Menangkis semua jawapan
Jika betul kau jemu
Terus teranglah dan berdepan
Susah untuk terima
Keputusan dari bicara
Cuma satu ku pinta
Cubalah fikirkan semula
(korus)
Kau bagai udara
bagiku dirimu
ku perlu di dada
Sentiasa untuk bernafas
Pudar
kiranya kau jauh
di mata
Sesatlah
di jiwa kerana kau yang ku cinta
Semua kesalahan tak berertinya sedemikian
Bila marah menjelma yang benar pun menjadi salah
Ini baru sekali kesilapanku sebegini
Aku layak terima diberi peluang berubah
(ulang korus)
Aku berjanji tak akan sia-siakan dirimu
Bukannya ingin mendedah kelemahan
Jauh di hatimu ku tahu masih tersimpan
Segala kenangan terindah
Segala perasaan cinta
(ulang korus)
Lagu & Lirik oleh Neves Pretty Ugly
Nota Jase :
Saya memang akan selalu memberi peluang kedua. Kerana kita memang harus mencuba. Tahun lalu (mungkin album tersebut dikeluarkan pada tahun 2008 tetapi saya memilikinya pada tahun 2009) Bahrain ada mengeluarkan album dan sebuah lagunya 'Biarkan Berlalu' yang dikatakan atelah mengganas di Carta Lagu Popular KLFM namun begitu setelah mendengar lagu tersebut memang saya tak tangkap cintan langsung. Maka nama Bahrain pun hilang dari radar muzik saya. meskipun saya memang berniat untuk menulis mengenai CD pertama beliau. Namun begitu saya kira Bahrain telah bangkit semula, belajar dari kesilapan dan berjumpa dengan formula ajaib. Kali ini dengan resipinya begitu mengkagumkan sekali. Lagu ciptaan Neves ini memang hebat sekali. Catchy. Amat sesuai dengan tone suara Bahrain. Moden dan maju. Yang lebih penting ia 'fresh' dan 'tahan lama', boleh menjadi malar segar. Pertama kali dengar saya mendengarnya tadi terus menangkap jiwa. Saya cuma menulis. Anda dengarlah sendiri...:) Temui keajaibannya...:)
No comments:
Post a Comment