The 3rd Album - PATRIZIO. Diterbitkan tahun lalu. Disebabkan komen yang amat memberangsangkan di dalam STAR (yang saya cuma TERbaca) maka saya pun terus membeli CD ini untuk menilai sendiri meskipun ketika itu nama Patrizio Buanne begitu asing buat saya. Perkatan pertama yang terpacul dimulut saya ketika mendengar trek pertama "On The Street Where You Live" ialah, "if you really can sing... buat cover version song pun tak pa !!! Orang akan beli CD". Tapi suara Patrizio ni sebenarnya memang lunak. Kiranya Patrizio ni seangkatan dengan Micheal Bubble, Jimie Collum?, Il Divo jugaklah... maksudnya genre muzik yang hampir-hampir sama. Jika mengikut teorinya, Patrizio adalah penyanyi 'baritone' dimana suaranya adalah di antara 'bass' dan 'tenor'. Lagu yang paling tangkap cintan di dalam album ini ialah 'Why Did You Have To Be?". Saya juga meminati "Grande 3X", Have You Ever Really Love A Woman" dan "Fly Me To The Moon".
The 2nd Album - 'Forever Begins Tonight'. Saya baru sempat mendapatkan album ini pada 21/3/2010 ketika di Speedy, Pavillion. Memang ada juga mencari tetapi mungkin kerana ia diterbitkan pada tahun 2006 maka mungkin tiada dalam stok simpanan kedai rekod. CD ini sebenarnya penyelamat saya untuk sesuatu yang agak istimewa. (Skroll di bawah untuk ceritanya). Baru beberapa kali 'spin' CD in i dikereta tetapi sudah ada dua lagu yang 'amat-amat' memukau iaitu, tajuk album 'Forever Begins Tonight' dan 'Un Angelo'. Ramai peminat yang mengatakan yang album ini adalah album terbaik Patrizio. Tetapi mungkin terlalu awal untuk saya memberi penilaian.
The 1st Album The Italian yang memperkenalkan Patrizio Buanne di persada nyanyi antarabangsa. Percaya atau tidak, Patrizio fasih berkomunikasi di dalam sekurang-kurangnya 5 bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Itali, Bahasa Peranchis, Bahasa German dan Bahasa Sepanyol. Di dalam album perdana ini, saya amat meminati lagu 'A Man Without Love', 'My LOve Forgive Me' dan 'On An Evening In Roma'. Di Malaysia album ini diterbitkan pada tahun 2005.
Inilah yang dikatakan istimewa itu. Dek kerana saya memiliki ketiga-tiga CD Patrizio ketika beratur untuk mendapatkan tandatangan, maka Patrizio ketika itu mengatakan yang dia perlu mengambil gambar dengan saya bersama-sama dengan ketiga-tiga CD tersebut. Bukan hanya dengan kamera saya sahaja tau, (ya lah semua orang boleh bergambar dengan beliau menggunakan kamera masing-masing) tetapi saya juga dipelawa untuk bergambar dengan kamera rasmi pihak penganjur -itu yang 'powernya !!!-. Entahlah akan muncul di mana gambar tersebut. Ini bukan tujuan utama, saya cuma ingin mendapatkan pas untuk 2 orang menonton 'show case' beliau di Hilton Kl Sentral di sebelah malamnya. Sudah tentu berjaya !!!
No comments:
Post a Comment