Sunday, February 25, 2007

KSRP Walk Hunt 2007


Saya sebenarnya tengah menonton Gang Starz... boleh tahanlah juga dengan rancangan realiti terbaru TV3 ini, ketika ini kumpulan First Edition tengah menyanyikan lagu Bye, Bye, Bye. Kali ini rasanya saya akan 'update' 'story' yang masih panas. (Tapi tentunya saya menunggu AF5 kan... kan... kan..)

Hari ini, Ahad 25 Februari 2007 saya kena bangun awal. Mana tidaknya, bagi KSRP Walk Hunt 2007 ini acara bermula seawal 7.30 pagi. Tetapi hakikatnya saya terlewat bangun!!! Subuh dinasour hari ini, nasib baik jalan agak lengang - saya selamat tiba di lokasi jam 7.50 pagi. Nasib baik Amiza & Naz (rakan sepasukan) telah sampai. Naz pun lambat jugak. Amiza telah mendaftar, mengambil t-shirt dan sarapan untuk kami. Sedang makan-makan, kami bersetuju dengan prinsip utama, jika hendak menang... "Jangan Bergaduh" macam siapa tuh, pemenang TARA.

Nama kumpulan kami agak menarik.... "TEKAD Bukit Pantai". Sebenarnya kami bertiga terlibat sebagai 'Coach' untuk program TEKAD dan dalam masa yang sama juga menjadi Fasilitator untuk Program Bakti Pendidikan di Sek Keb Bukit Pantai, Bangsar.

Acara bermula tepat jam 8.30 pagi. Kami perlu menamatkan Sesi pertama iaitu menjawab soalan, mencari harta karun dan menyelesaikan Misi sebelum 12.30 untuk tidak ditolak markah. Pencarian bermula di simpang Jln Ampang/Jln Yap Kwan Seng dan berakhir di simpang Jln P.Ramlee/Jln Ampang. Penat jugalah berjalan. Pengalaman yang menarik, selain daripada 'exercise' banyak juga pemandangan baru sebenarnya. Ada soalan susah... ada soalan senang. Antara yang menarik.... What does Blair and Pele have in common on this road? Jawabannya, "No 10, Jalan Sultan Ismail". Kami menyerahkan borang sesi pertama sebagai peserta ke-empat terpantas dengan 5 kesalahan (1 daripada 'treasure kami juga salah, tapi Misi pertama lami membeli 6 barang dengan harga RM8.88 - tepat dengan sekali pembelian). Seterusnya, kami bermula baik untuk Misi kedua dengan menjadi peserta pertama menyiapkan lirik dan menyanyikan lagu Gong Xi Fa Chai. Misi ketiga, paling mencabar iaitu mencari 5 lelaki dan 5 wanita untuk mengukur berat mereka di hadapan Lobi Menara 1.
Meskipun kami menjadi kumpulan pertama yang menyerahkan borang jawaban.... memandangkan ini bukan "Race", kami akhirnya akur dengan mendapat tenpat keenam keseluruhan. Hey... not bad for first timer walk hunter !!!
Hadiahnya.... Hmm..... Voucer petrol RM50 yang dikongsi bertiga.... dan makan semua makanan yang kami beli sebagai "treasure"; ahaks !!! OK Naz, Miza.... Next time kita masuk lagi.

1 comment:

nkj said...

Anytime babe!! But next time groupname will be 007 (like the number for our group yesterday :))- me and Miza will be the '00' you the '7' k?! ;p