Wednesday, August 8, 2012

Tahniah ASMAWI !!!


Terima Kasih Mawi kerana menjemput kami 'hard core Mawi' untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa Arteffects dan Pelancaran Album artis-artis Arteffects seperti Imam Muda Najdi, Fitri Haris dan tentunya Mawi sendiri. Untuk rekod, 6 hari lalu Mawi dengan kerjasama Arteffects dan MW Entertainment Sdn Bhd telah berjaya melahirkan album Asmaulhusna Asmawi. Seakan fenomena Tsumawi akan muncul kembali kerana selepas lima hari diedarkan, jualan album ini telah mencecah 5000 unit. Kami amat berharap agar album ini akan mencapai anugerah platinum bekermbar lima dalam masa kurang dari lima bulan. Jaulan yang dituju ialah 50, 000 unit !!! Tahniah dan InsyaAllah ye Mawi. Memandang ini merupakan album kategori kerohanian/ketuhanan maka untuk memilikinya ia lebih mudah untuk di cari di kedai-kedai buku agama. Salah sebuah kedai yang boleh saya cadangkan ialah Kedai Buku Sarjana Media  di Carrefour Wangsa Maju. InsyaAllah akan akan bertemu di sana.

Saya telah berulang kali mendengar album ini semenjak dua hari lalu, ada sekurang-kurangnya 4 trek yang benar-benar telah menawan hati saya. Trek no 3 - Ya Khafidz Ya Halim, Trek no 4 - Ya Ghafur Ya Mujib, Trek No 9 - Ya Mani' Ya Sobur dan akhir sekali Trek no 10 - Asmaulhusna. Tentunya kredit harus juga di beri kepada Hafiz Hamidun yang teklah menerbitkan melodi indah untuk album ini.

Anda bila lagi? Jom ber Asmaulhusna bulan Ramadhan ni.... !

No comments:

Post a Comment