




Lewat bulan lalu saya ada menerima berkeping-keping imej bermesej inspirasi yang saya gelarkan "Post Card From Heaven" daripada seorang kawan yang saya cuma kenal namanya sahaja lantaran kami tidak pernah berkesemapatan berjumpa. Sesekali kami berbalas e-mel. Ada ketika juga kami bersembang melalui 'communicator'. Kebanyakannya berkisar soal kerja.
Mesej-mesej di dalam 'poskad-poskad' di atas amat bermakna dan memberi motivasi. Setiap satu penuh dengan nilai murni. Tatkala dilanda musibah, usah berfikiran negatif renung-renungkan kata-kata di atas dan kita perlu percaya untuk bangun kembali. Jika kalah, bukan erti mengalah - pasti ada hikmahnya. Persahabatan memungkinkan nilai yang amat berharga - jika dilanda kesusahan mungkin mereka yang pertama datang menghulur bantuan. Jadikan kehidupan sekolah utama untuk menghirup setiap kemanisan dan kepahitan. Jangan dibandingkan dengan orang lain - sesungguhnya kita tidak pernah tahu akan kisah sebenar mereka.
Wow... kalaulah saya sentiasa boleh berfikiran positif, alangkah baiknya.
something to think abt and quite meaningful message...very inspirational...thanx for sharing...much appreciate
ReplyDeleteladyM @ Malis...
ReplyDeleteBetul tu, ilmu kalau di kongsi ia akan berkembang. Untuk peringatan bersama juga kan.