Saturday, December 9, 2006

Di Hari Pertunanganku...


9 Disember 2006 telah mencatatkan kenangan manis lagi indah dalam hidup saya. Saya dan Lisa telah selamat melangsungkan majlis pertunangan kami di kediaman Pak Selamat (Ayah Lisa & bakal bapa mertua saya) di Ampang Jaya yang dihadiri oleh keluarga terdekat. Memang tidak ramai yang mengetahui detik manis ini sebelum ianya berlangsung, sedangkan kedua-dua belah keluargapun cuma mempunyai masa lebih kurang lima hari untuk membuat persediaan. Sebagaimana rakan-rakan terdekat mengetahui yang kami telah lama berkawan, maka tibalah masanya untuk kami bersatu. Doakan kami selamat kejinjang pelamin tahun hadapan dan kekal bahagia sehingga ke akhirnya.

5 comments:

  1. bro...letak le gambo ms bertunang... hihi... kitorang nak nengok gak...

    ReplyDelete
  2. nantilah.... bila saya dah sortkan gambo2 tu... ahaks

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. SELAMAT BERTUNANG.NTI DAH NAK LANGSUNG JGN LUPA UNDANGAN KADS JEMPUTAN.DARAH TENGAQH M,ANIS TU.KURANGKAN MAKAN GULA YEK.KANG DPT KENCING MANIS PLAK.HEHE

    ReplyDelete