
1 Jun yang lalu, aku telah dijemput oleh orang besar Rumpun Rekods untuk memeriahkan Majlis Pelancaran album 6ixth Sense "Hari Ini". Pelancaran album telah diadakan di Planet Hollywood (percaya atau tidak, inilah kali pertama aku menjejakan kaki ke sini). KC (Red FM) menjadi pengacara, majlis bermula sekitar 4.00 petang. Seperti biasa selepas ucapan oleh orang-orang besar, termasuk Sandy Montero... maka majlis menadatangi "frame cover album & CD" itupun dilangsungkan. Pas tu bergambarlah...
Tengoklah tuu, bersemangat betul mereka menghiburkan penonton. Muzik yang dimainkan secara live inipun boleh tahan. Vokalmnya, Adi... hmm.. Macam Duta pun ada jugak, lebih-lebih lagi gaya persembahan beliaulah. Tapi dia memang tak "audience shy" ler... habis seluruh pentas dia berlari sampai terjatuhlah salah satu badge yang dia sematkan kat baju tuh.... Dalam lima lagu jugaklah dia nyanyikan, antaranya Maafkanku, Berjanjilah dan tentunya Hari Ini dan Semalam.
Ini masa "press conference". Teruk jugak ler si Adi tu dibelasah oleh wartawan hiburan Malaysia !!! Tapi banyak soalan dijawab oleh Mujahid, orang kuat di sebalik pembikinan album ini. Terutama macam mana Adi belajar budaya & iklim muzik di Malaysia, berapa lama telah tinggal di sini dll. Antara soalan yang mengancam juga, pasa kenapa Hari Ini dan Semalam dipilih sebagai "single" pertama. Mujahid, selaku penerbit menerangkan soal durasi album yang kurang dari 40 minit, walaupun telah cukup 10 lagu... ahaks... nak masuk pencalonan AIM rupanya. 6ixth Sense dikira bertuah kerana mereka akan Tour Indonesia bulan Ogos nanti.
Seperti biasa... akhirnya kenalah posing ngan aku. Sporting jugak budak-budak nii...

replica bags in bangkok zeal replica bags reviews 9a replica bags
ReplyDeletevisit this page replica bags in pakistan click reference replica bags by joy article source replica bags louis vuitton
ReplyDelete