Friday, March 16, 2012

Cinta Hidup



Ya... saya tahu saya dah melanggar prinsip. Memang CD ini mereupakan CD cetak rompak. Meskipun begitu, semasa album 'Cinta Hidup' Dato' Shake ini dikeluarkan sekitar tahun 80an; belum ada teknologi CD lagi. Semuanya dalam bentuk kaset. Saya pula tidak dapat membelinya kerana masih kanak-kanak dan tidak mempunyai peruntukan. Dan selepas itu pula; Warner Music tidak pernah mengeluarkan lagi album ini dalam apa-apa format; sehinggalah kawan sepejabat saya terjumpa dengan 'rakaman rompak' ini di Amcorp Mall beberapa minggu lalu.

Ini merupakan satu-satunya album konsep yang pernah dikeluarkan di Malaysia "CINTA HIDUP". Sesungguhnya saya memang meminati lagu-lagu dari album ini yang masih malar segar di minda saya seperti Cinta, Ingatan, Nyanyian Kalbu, Anugerah Dari Kegagalan, Hidup dan Utusan Untuk Keluarga.

Jika ada sesiapa yang memiliki Album Asli Cinta Hidup, boleh menjualnya pada saya. Memang nak sangat menjadikannya 'Collector's Item' !!!