Monday, September 29, 2008

Kad Ucapan Kirimanmu....

Di pejabat hari ini seperti kerja yang tidak bekerja. Cuti yang tidak cuti. Tak ada kerja yang perlu disiapkan dan ramai yang telah mula bercuti. Nasib baik ada kejutan istimewa untuk saya hari ini. Nak tahu apa? Sebenarnya; hari ini saya telah menerima 2 Kad Ucapan Hari Raya yang istimewa yang saya ingin kongsi bersama. Dan kedua-dua kad ini belum sempat saya membalasnya lagi. Lantaran itu saya mengambil keputusan untuk paparkan di blog ini dahulu. Bolehkan..?




Kad yang pertama datangnya dari Alif OIAM sekeluarga. Terima Kasih Alif, kerana ingat jugak pada abang ye... Ingatkan bila dah glamer giler ni dah lupakan kat abang... ahaks. Lawak jer, jangan majuk ye. Kali terakhir saya bertemu dengan Alif ialah semasa rakaman program Dia... Alif untuk siaran Aidil Fitri di TV1. Rakaman tersebut dibuat di rumah ibu bapa beliau di Kota Damansara. Saya tidak sempat untuk membuat entry berkenaan program tersebut akibat kekurangan gambar sebenarnya. Ye.. lah mana lagi nak makan dan bersembang, pulak tuu terikat dengan rakaman. Tetapi tunggulah siaran rancangan ini di mana saya juga telah ditemubual. Entah apa yang saya perkatakan saya tak tahu. Apa yang ingin saya katakan di sini ialah, antara kelebihan Alif selain daripada mempunyai tone suara yang merdu dan sedap di dengar; beliau amat petah bercakap dan juga boleh memahami dan berkomunikasi dengan bahasa isyarat. Ini adalah bonus jika ingin menjadi penghibur yang baik. Apa yang pasti perjalanan karier seni Alif masih jauh kerana beliau masih muda lagi. Sekali lagi untuk Alif, insyaAllah kad ini akan di balas selepas cuti hari raya kelak. Ataupun abang bagi 'by hand' sajalah ye, itupun kalau ada jemputan ke 'Open House'. Kan...Kan.. Kan


Kad yang kedua pula datangnya dari Iqwal Hafiz. Jika ditanya Iqwal yang mana satu. Jawaban yang pasti ialah Iqwal yang telah membuat Malaysia berbangga dengan kejayaan beliau memungut 4 Pingat Emas, 1 Pingat Perak & 1 Anugerah Industri Hollywood di World Championship of Performing Arts baru-baru ini. Pertandingan yang pernah disertai oleh penyanyi dari Malaysia di tahun-tahun yang lalu seperti Syafinaz, Dina, Deja Moss dan Toi AF6. Penyanyi muda ini, kalau tak silap saya umurnya baru 16 tahun ini saya kenal rasanya 2 tahun lalu ketika saya aktif menonton persembahan pentas. Menjadi rapat setelah persembahan muzikal kerohanian SEROJA di POGH. Kali terakhir berbual dengan Iqwal di awal bulan puasa tahun ini ketika menanyakan tentang kemenangan beliau di LA. Belum ada kesempatan untuk bertemu lagi sebenarnya. Untuk Iqwal... insyaAllah abang akan balas kad ini selepas rayalah juga. Biar lambat asal selamat. Boleh klik IQWAL untuk maklumat lanjut berkenaan diri beliau.


Putrajaya... Di Sini Kami Berbuka...


Sebenarnya macam dah malas nak tulis cerita pasal berbuka puasa nii.... Tambahan pula bulan puasa pun dah nak habis dan merangkak pergi dan anak bulan Syawal telah mula menjengok dan menggamit. Tetapi di sebabkan semalam kami berbuka di Shangrila Putrajaya, maka sebab itu saya buat juga slide di atas dan cerita serba sedikitlah. Ye lah... tempat yang indah mestilah kita kongsi bersama. Di Palm Cafe - Shangrila Putrajaya; mereka menawarkan 'Buffet Ramadan' yang berharga RM75++ seorang. Mengikut 'brochure' yang dikeluarkan, setiap perbelanjaan melebihi RM260, maka pengunjung akan mendapat voucher petrol benilai RM50. Berbaloi tu... Malangnya ababila ditanya... Voucher petrol yang dimaksudkan itu dah habislah pulak. Tambah staff yang bernama Shahrul itu lagi, kalau abang datang lagi esok, saya akan bagi diskaun seorang. Hari ini tak boleh sebab saya dah 'punch' resit. Alamatlah melepaslah kami....

Makanan boleh dikatakan banyak jugalah. Seperti biasa mesti ada satay, 'roasted lamb', ABC, kuih-kuih melayu, pelbagai lauk-pauk melayu serta udang dan oyster. Kalau nak makan semuanya.. memang tak mampu. Jadi saya cuma rasa apa yang patutlah. Dalam dok sibuk-sibuk mencari makanan tuu, terserempaklah pula dengan kawan lama semasa di universiti/kolej kediaman/blok - Mihar namanya. Dia pun ambil kesempatan untuk makan di sini juga. Dah dekatpun, dia menginap di Puchong dan bekerja di Cyberjaya.

Suasana Palm Cafe memang nyaman sekali. tambahan diluar Palm Cafe kita akan dapat menikmati keindahan Putrajaya dengan didepani oleh Taman Putra Perdana dengan Mercu Tanda Putrajaya yang gagah berdiri. Yang lebih menarik, surau juga terletak di aras yang sama maka tidak perlulah berjalan jauh atau menaiki lift.

Jika ada masa mungkin boleh datang lagi untuk High-Tea, kiranya. Itupun bergantung kepada besar dan dalamnya kantung sebab inikan 5 Star Hotel !!!

Sunday, September 28, 2008

Sempat Lagi Berpuasa di Kuantan...


Hujung minggu lalu (26 - 28 September 2008) sempat lagi saya berbuka & bersahur di Kuantan. Jumaat malam berbuka di rumah abah dan mama Lisa (meskipun cuma sampai lebih kurang jam 7.30 malam dek kerana hujan yang amat lebat menyambut kami ketika mula memasuki Kuantan - kiranya berbuka dalam kereta dengan meminum milo sahaja sebenarnya) dan Sabtu malam pula dengan sahabat saya Ajeem dan isterinya Hajar serta anak-anak. Dan ini menjadikan lokasi saya berbuka kepada 7 bandar - selain Kota Kinabalu, Kuala Lumpur, Jakarta, Bandar Putra Permai, Seremban dan Melaka.

Cerita di Kuantan - kali pertama menjejakkan kaki ke East Coast Mall. Bukan apa-apapun. Hampir semua outlet adalah 'duplicate' @ francais yang telah ada di Shopping-Shopping Mall di Kuala Lumpur. Cuma yang menariknya ialah untuk menambah koleksi bergambar di hadapan Crocs Concept Store dan terjerumus di Brand Outlet sebab sales yang menambat hati (banyak jugalah berabis). Di Bazaar Aidil Fitri pula... saya terjumpa dengan One Drop Perfumes. Lantas saya pun membeli 2 set box. Satu untuk saya dan satu untuk Lisa. Untuk saya Box Set 2 - Men yang 'kaler oren' dengan 8 haruman - yang diinspirasikan daripada Signature - Hugo Boss, Echo - Davidoff, Tuscany per Uomo - Aramis, Cool Water - Davidoff, DRakkar Noir - Guy Laroche, Allure Pour Homme - Chanel, Le Male - JP Gaultier & Pleasure for Men - Estee Lauder. Entah... saya bukan tahu sangat bau-bau 'perfume' ni. Untuk Lisa; Box set 2 juga - tetapi 'kaler biji remia'. Setelah puas menjelajah EC Mall dari tingkat ke tingkat, kamipun pulang kerumah tetapi masih sempat untuk singgah di 'Super Cowboy' untuk mencari dulang klasik, thermos klasik, dan berbagai barang-barang klasik untuk 'hamper raya Nenek Sarah'.

Malamnya pula saya dan Lisa berbuka dengan sahabat lama saya, Ajeem dan keluarga di Grand Continental, Kuantan. Boleh tahan juga ramainya orang dan jumlah menu yang di hidangkan. Cuma bab menambah makanan (replanish) yang agak lembab. Tambah sedap sebab Ajeem yang belanja, hahaha. Ye lah... dari jauh saya datang untuk membawa tangga 'Bekvam' Ikea yang dipesannya. Usai berbuka kami meneruskan 'rewang' di Berjaya MegaMall tanpa tujuan spesifik. Bila dah terasa bosa maka kamipun meminta diri untuk pulang sedangkan Ajeem dan keluarga meneruskan urusan mereka.

Lupa pula... Kuantan ada Hotlink Walk rupanya. Deretan kedai mamak yang di cat dengan warna merah Hotlink. Sempat lagi membeli juadah sahur... Hari Ahad pagi dah nak pulang semula ke Kuala Lumpur.

Tuesday, September 23, 2008

Berbuka Bersama Mawi : Eksklusif Che Wiwi & Cik Kikin

Mawi & Ikin dah pandai sedondon sekarang. Baru Hari Khamis lepas saya berjumpa mereka dengan serba oren (warna favourite saya). Hari ini sedondon hitamlah pulak. Mawi dengan Ikin siap berjubah lagi... Kalau warna hitam memang saya tak boleh nak 'copy cat' sebab saya tidak mempunyai baju melayu hitam. Kali terakhir saya memiliki baju melayu hitam ialah untuk konvokesyen... 'long...loong...looong time ago....'. Sementara Baju Melayu Kain Pelikat yang saya gayakan ini sebenarnya saya baru beli pada Hari Sabtu lepas di Kompleks PKNS Shah Alam. Memang trend untuk raya kali ini... Songkok anyaman itu pula saya beli di Padang , Indonesia tahun lepas.



Seperti biasa, aktiviti rasmi dalam setiap kali pertemuan sekurang-kurangnya mesti sekurang-kurangnya satu 'snap' dengan Mawi untuk kenang-kenangan dan 'bahan bukti perjumpaan'. Kan.. Kan.. Kan...



Bagai Adam dengan Hawa,
Bagai Uda dengan Dara,
Bagai Rama dengan Sita,
Bagai Laila dengan Majnunnya,
Begitulah Mawi dengan Ikinnya,

Mawi yang bersiap sedia untuk memulakan cabutan bertuah. Serius sekali.
Jangan lupa cabut nombor saya ye...

Ikin menunjukkan ibu jari tanda BEST !!!
Penat juga Ikin menyiapkan 15 hamper kuih raya nii... Untuk peminat Mawi, apa salahnya. Berbakat juga yer... Ikin ni. Tapi kalau nak tempah tahu hadapan lah.. Tahun ni dah tutup kedai.

Berbuka Bersama Mawi : Album Ucapan Raya

Bergambar dengan Mawi ketika menyerahkan Album Ucapan Hari Raya.

Mawi membelek ucapan-ucapan daripada penyokong beliau.
Tak mengapa mawi, balik rumah nanti boleh baca puas-puas.

Kad Ucapan Hari Raya untuk Mawi memang ada dalam agenda kami. Sebenarnya Kak Nora CB yang nak uruskan. Namun awal-awal pagi Ahad, ketika saya masih lena di buai mimpi tiba-tiba saja sms masuk dari Kak Nora CB. Menurut beliau, dia tak jumpa cari Kad Hari Raya yang besar di Jalan Tunku Abdul Rahman dan meminta saya mencari alternatif. Sejam kemudian barulah saya balas sms tersebut dengan mengatakan yang saya akan ke Jusco Taman Equine mencari Kad seperti yang diperlukan. Saya tiba di Jusco taman Equine lebih kurang jam 11 pagi. Puas mencari, namun tidak bertemu dengan kad yang sesuai. Setelah bebincang dengan Lisa, kami bersetuju untuk membeli album gambar sahaja dan kertas warna untuk dijadikan Kad Ucapan Hari Raya Berlapis. Dalam usaha mencari album gambar yang sesuai saya pun menelefon Kak Nora CB untuk mendapatkan persetujuan. Setelah berjumpa dengan album dan kertas warna yang berkenan saya pun membuat bayaran dan pulang ke rumah. Tanggungjawab saya sebenarnya lebih berat kerana saya perlu ke pejabat untuk membuat 'kolaj' - menampal deko, guntingan kad hari raya lama, sampul duit raya dsb (bahan-bahan tersebut tiada di rumah). Nasib baik saya baru membeli pena 'sharpie' pelbagai warna untuk di jadikan alat tulis - selamat satu bab. Sampai di pejabat lebih kurang jam 3.00 petang. Segalanya selesai dalam masa 2 jam. Alhamdulillah. Sampai di JW mariot lebih kurang jam 6.15 petang bersama Galzean, saya mengedarkan kertas berwarna untuk mereka yang hadir menulis ucapan hari raya untuk Mawi. Semuanya berjalan lancar. Cute dan Mus pula membantu melekatkan kertas-kertas ucapan tersebut dan koleksi gambar peribadi mereka dengan Mawi di dalam album. Semuanya selesai sebelum azan maghrib berkumandang. satu kejayaan sebenarnya. Cikgu Jah, Kak Nora CB dan saya menyampaikan Album Ucapan raya tersebut kepada Mawi mewakili semua yang hadir. Sudah tentu kegembiraan terpancar di wajah Mawi ketika menerima album ini.

Sempat lagi Kak Nora CB membelek saat-saat akhir sebelum di serahkan kepada yang berhak, siapa lagi... Mawi laaa.

Ini adalah halaman saya... Jangan jeles, gambar ini di ambil tahun lalu semasa Sambutan Hari Ibu bersama Mawi di POGH. Latar belakang gambar saya tuu banting Mawi jer... bukan yang Mawi sebenar.. Majlis ni ada kenangan manis buat saya kerana saya telah memenangi Best Dress Male. Wow !!!

Monday, September 22, 2008

Berbuka Bersama Mawi : Aksi-Aksi Wakil Rakyat



Lihatlah... Begitulah bersemangatnya Mawi dalam menyampaikan amanat sebelum berakhirnya pertemuan di malam itu. Lagaknya seperti kempen pilihanraya. Dengan jubah berwarna hitam, seperti kempen di timur tengah pula. Dan kami... begitu khusuk bercampur dan kekadang hilai tawa memenuhi ruang, ketawa akan apa yang diperkatakan oleh Mawi. Antara amanat penting termasuklah mengajak semua penyokong Mawi agar bersatu padu dalam menyokong kerjaya Mawi selepas ini. Hentikan berpuak-puak. Berbaik-baik dan bermaafan di antara satu sama lain. Buang yang keruh ambil yang jernih - persis pepatah melayu lama. Mawi juga berjanji akan menubuhkan/mengaktifkan semula Kelab Peminat (yang baru) dan akan melibatkan diri secara lebih aktif dalam urusan pengendalian Kelab Peminat selepas ini. Yang penting namanya bukan Mawi Friends/Fan Club lagi... (Hmmm, kalau kita lihatpun artis-artis ternama Malaysia Fan Club mereka menggunakan nama yang lebih eksotik; antaranya CTZone (Datuk Siti Nurhaliza), Jacsville (Jaclyn Victor) dan NingClique (Ning Baizura). Mungkin kita boleh memilih nama yang lebih sesuai dan gah untuk Kelab Peminat yang akan di aktifkan semula ini. Nama baru, pengurusan baru & wajah baru. Bukankan lebih bermakna. Apa kata 'Wiwians'? Hahaha...

Pasal Kenduri Kahwin dengan Ikin? Lebih baik jika saya tidak tulis di sini, butirannya jelas dalam kabur - kabur dalam jelas. Poyo jer bunyinya... Hmm... yang lebih menarik perhatian saya sebenarnya ialah untuk lagi satu program yang melibatkan Mawi yang lebih hampir iaitu Majlis Hari Raya bersama Mawi. Pastinya lebih menarik dan mencabar untuk mengendalikannya. 'Let's take one step at a time..' Mungkinkah kita boleh buat di rumah Mawi yang baru itu? sambil BBQ dan bersantai di laman yang luas tuu. Apa-apapun, kita tunggu dan lihat sahaja...

Berbuka Bersama Mawi : Kad Ucapan Hari Raya

Ini adalah Kad Ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Eksklusif dari Mawi yang dibuat untuk sambutan tahun ini, 1429H untuk para peminat beliau. Mungkin kalau kita hantar Kad Ray pada mawi dia akan membalas dengan menggunakan Kad ini... Hmmmm. Seingat saya, gambar-gambar yang digunakan untuk kad ini diambil di Restauran Seri Melayu ketika rakaman program "Dia... Mawi" untuk siaran RTM1 pada Hari Raya ini (tarikh siaran masih belum di uar-uarkan). Bolehlah merujuk entry-entry lama kalau nak tahu detail mengenai program ini. Kad ini cuma sekeping sahaja sebenarnya dimana dan gambar eksklusif Mawi di bahagian depan dan belakang kad. Semasa Majlis Berbuka Pusa ini, Mawi telah bergerak dari meja ke meja untuk menandatangani sendiri kad-kad ucapna ini. Bak kata pepatah "He wants to make it personal". Eh ada ka pepatah serupa ini? Hentam sajalah Labu. Lihatlah dek kerana keghairahan Mawi menandatangani kad ini untuk untuk saya; dia dah mencampur-adukkan nama sebenar saya dengan nama glamer saya... ahaks, maka jadilah JeffMario !!!




Begitulah tekunnya Mawi menandatangani Kad-kad Ucapan Hari Raya ini untuk semua yang hadir. Semua berhak mendapat satu seorang secara eksklusif daripada Mawi. Hmm... Ada yang akan 'frame'kan kan ini kan... Siapa? Tak nak cakaaaap. Acara menandatangani kad ini di adakan setelah semuanya kenyang sementara menanti untuk 'round' kedua atau ketiga. Elok juga Mawi bergerak dari meja ke meja, kalau tak mesti dia kena serbu lagiiiiiiiiiiii.....


Berbuka Bersama Mawi : Tulang Belakang

Inilah barisan 'Mentara' Program ini - Cikgu Jah, JaseMario & Kak Nora CB

Majlis Berbuka Puasa Bersama Mawi mula-mula seperti angan -angan yang tidak kesampaian dek kerana kesibukan Mawi yang amat sangat sepanjang bulan puasa ini - ertinya sukar untuk mendapat slot untuk bersama Mawi. Ada ketikanya sehinggakan timbul 'wilderst idea' untuk bersahur di The Zon dan di akhiri dengan solat subuh di Masjid KLCC sahaja. Namun berkat kesabaran dan kesungguhan dan kepercayaan pihak pengurusan Mawi maka akhirnya kami berjaya menganjurkan Majlis berbuaka Puasa bersama Mawi juga pada 21 September 2008 yang baru lalu dengan persediaan cuma 3 hari sahaja !!! Maka 'bersinting lenganlah' Cikgu Jah, Kak Nora CB dan saya mencari lokasi (yang berubah dari Putrajaya ke Ibu Kota akhirnya), menghubungi semua 'peminat tegar @ hardcore Mawi', mendapatkan pengesahan kehadiran, mengutip bayaran, membuat kad ucapan dan sebagainya. Alhamdulilllah semuanya berjalan dengan lancar. Saya infin mengambil kesempatan ini untuk merakam ribuan terima kasih juga kepada Kak Ita (bekas presiden MawiFC) dan juga Pn Mazita yang banyak membantu dalam merelisasikan impian ini.


Kelihatan Mawi tersenyum simpul menghulurkan saya hamper kuih raya sumbangan peribadi beliau sempena majlis ini. Menurut beliau, hamper yang berharga lebih dari RM100 ini dibuat kahs oleh Cik Kikin...:) Hamper yang sama juga telah dijadikan hadiah cabutan bertuah, meskipun nama saya 'naik' namum perlulah diberi peluang kepada mereka yang lain kan. AJK kenalah berkorban, tapi akhirnya dapat juga saya.... Hamper ini masih di rumah dan belum dibuka.

Sunday, September 21, 2008

Iftar Kedua Yellow Group +++ Birthday Party !!!




Seperti yang telah dipersetujui bersama Iftar Kedua Yellow Group di adakan di Quality Hotel, Shah Alam pada 20 September 2008 dan ditaja sepenuhnya oleh Abang Burn dan Kak Husna (ABKH). Terlebih dahulu... Terima Kasih Daun Keladi ye... ABKH.

Saya dan Lisa tiba di Shah Alam seawal jam 4.00 petang sesudah menghantar Najib pulang ke rumah beliau di Kuang. Kami melalui Lebuhraya Guthrie dari Kuang untuk ke Shah Alam. Seperti yang diiklankan, cuma 15 minit untuk tiba di Shah Alam. Setelah mengisi minyak di Stesen Servis PETRONAS berdekatan Stadium Shah Alam kami meluncur ke SACC seperti yang dicadangkan oleh KY dalam rentetan e-mel2 beliau. Tujuan utama kami ialah untuk 'Retail Theraphy' sahaja, tapi lain pula jadinya. Memandangkan ia adalah hari Sabtu maka pencarian untuk mencari petak parkir bukanlah suatu tugas yang mudah. Tambahan lagi, Saha Alam adalah 'Buana Melayu'.

Demi untuk membunuh masa kami menyusur tingkat demi tingkat di SACC. Memang banyak lot kedai menarik di sini. Sempat juga bertanya kiosk kunci untuk membuat duplikasi anak kunci kereta, membaca secara percuma di MPH, melihat pelbagai tawaran Hari Raya, membeli VCD Cerita Hindustan di Speedy Video (masyaAllah... masih banyak VCD/DVD yang belum ditonton sebenarnya...). Usai Solat Asar, saya turun ke pentas sementara menunggu Lisa. Disitulah saya bertemu dengan Vokalis Nitrus, Eddy dan bertanyakan tentang album terbaru Nitrus. Timbul minat untuk membeli, malangnya... tak cukup tunailah pulak. Terpaksa beratur di ATM yang maha panjang. Memandangkan kami ada agenda lain iaitu untuk ke Kompleks PKNS maka saya meminjam dulu duit Lisa untuk menadapatkan CD Nitrus - 2 (RM 25.00 sahaja). Selesai bersembang pendek dengan Eddy dan rakan-rakan, bertukar alamat blog dan bergambar.... PKNS 'Here we Come'.

Tiba di Kompleks PKNS.. Lagilah ramai manusia. Tapi ATM yang di cari dahulu. Nasib baik ATM Bank Islam tak ramai orang, maka bolehlah mengeluarkan 'uang belanja' dengan pantas. Dalam asyik berjalan-jalan tuu terpandang akan 'design' baju melayu terbaru untuk raya ini... Menggunakan Kain Pelikat untuk baju dan seluar. Menarik... Tertarik... & Da Bomblah jawabnya. Memandangkan Lisa tak mahu menambahkan koleksi baju raya lagi... maka saya beli seoranglah... Dia nak 'barang' lain sebenarnya, hehe. Yang akan saya beli keesokkan harinya. Saya membeli baju melayu telok belanga kain pelikat ini dengan warna kuning cair... meskipun seluarnya agak ketat, yang penting bajunya sebab untuk di pakai pada majlis keesokan harinya (tunggu entry mendatang ya). Secara total, saya telah memiliki 4 pasang baju melayu untuk tahun ini. Sepasang telahpun di pakai semasa Program Sentuhan Kasih (juga belum ditulis entry ini) maka tinggal lagi 3 pasang lagi untuk Lebaran. Itu tidak termasuk 2 helai baju kokok yang di beli di Jakarta (hmm.... yang ini simpan untuk majlis rayalah). Jam telah menunjukkan hampir pukul 6.50 petang... kamipun bergegas ke Quality Hotel yang sepelaung sahaja jaraknya dari Komplek PKNS.

Sampai di Quality Hotel.... masyaAllah lautan manusia !!! Macam tak percaya sahaja. Nasib baik terserempak dengan Kak Husna, maka tahulah kami di mana lokasi meja yang telah di tempah. Dalam mengejar waktu berbuka itu... berlaku pula insiden yang tidak diingini... Meja ketiga kami telah di'snatch' oleh orang lain. Mereka tidak mahu berundur, pihak hotel pula tidak tegas dalam membuat keputusan. Lantaran itu... KY & 'all the gadis2' terpaksa makan di luar (ala-ala konsep tumah terbuka) dan Mael & Nadia pula terpaksa menjadi 'anti sosial' makan di meja panjang yang di buat khas. Demi bulan yang mulia kami pasrah dalam ketidakpuasan... Menu? Boleh tahan banyak juga meskipun ada 'buffet line' yang berulang-ulang. Lisa tertarik dengan kuah mee udang (sebab meenya dah habis). Saya dengan ketayap yang dibuat panas-panas. Nasi briyani pun ada... lauk pauk melayu juga sedap rasanya.

Orang jauh datang lambat, begitulah kiranya. Puas saya, KY & Chah menunggu di lift... Mak Wan, Pak Wan & kawan mereka tidak muncul-muncul. Kamipun dah tak tahan, masuk ke dalam dan sambung makanlah. Tup-tup tiba-tiba dengan gaya ranggi, jubah berbunga besar dengan rantai manik koran sebesar buku lima menghiasi dada Mak Wan itu datang dengan gaya angggun dan diberikan tepukan gemuruh seisi dewan. Hebat Mak Wan... ada aura Mawi juga beliau.

Memandangkan ahli kumpulan yang terakhir telahpun tiba... salam-salaman dengan Mak Wan pun sudah, Mak Wan dan suami pun dah kenyang menjamu selera... Maka kamipun menuju ke 'highlights' of the event. Sambutan Hari Ulang Thaun Kelahiran 'Dara & Maka Dara'. Ana & Kak Husna. Biar gambar dalam slide yang bercerita tentang kemeriahan, keseronokan, keenakan kek coklat, kecantikan bunga dan hadiah, kekreatifan kad ucapan dan lain-lain lagi. Bagus juga Ana membuka kad ini di khalayak... jika tidak kamipun tak tahu bagaimana rupanya. Kadang-kadang kata-kata sukar untuk di tulis dan lebih baik melihat gambar yang menafsir seribu makna. Kegembiraan itu dilatari dengan lagu 'Happy Birthday' nyanyian Yellow Group yang sumbang mambang dan di tokok tambah oleh 'in-house band'... nasib baik.

Selain daripada Ahli Kumpulan Yellow... Tour Guide Kumpulan Yellow juga turut serta kali ini. Siapa lagi kalau bukan Siti. Siti datang dengan banyak misi. Selain mengeratkan silaturahim, Siti juga memberikan perkhabaran gembira. Mana tidaknya... Gambar Yellow Group telah digunakan untuk 'phamplet' promosi untuk Muslim Tour ke Korea yang di cetak oleh Korean Tourism Board. Hebatkan? Saya juga dapat Ginseng Tea (Trimas ya Siti), sementara ahli kumpulan wanita pula mendapat kotak gincu dari China. Selain daripada itu.. Siti dan KY meneruskan bicara soal 'Tour Jakarta/Puncak/Bandung' yang hampir pasti saya dan Lisa tidak akan turut serta.

Apa yang lainnya pertemuan kali ini? Jika di Legend dulu kami seakan bergegas juga untuk pulang bila jam menunjukkan pukul 8.30 malam tetapi di Quality Hotel ini meskipun dimulakan dengan insiden yang kurang enak... kami seakan melakat di kerusi yang tidak bergam. Lantaran sehingga jam 9.30 malam kami masih meriuhkan suasana. Meskipun begitu, Arnie pulang dahulu (mungkin kerana Galzean tak hadir kot... ahaks). Sebelum beredar... sempat lagi cari makanan untuk 'last round' dan apa lagi bergambar sakan dengan 'in-house band'. Tak sia-sia kami datang yaa... Meskipun ketika mereka menyampaikan lagu... kami buat endah tak endah pun... jangan cakap orang.

Ada lagi... Abang Burn buat kezutan (terminologi AF) lagi... dan lagi... kali ini keluarga beliau mengajak kami untuk menghadiri rumah terbuka Hari Raya Aidil Fitri... katanya sehari suntuk untuk Yellow Group sahaja untuk meriuh rendahkan suasana!!! Rezekimu pasti bertambah mudah ABKH, insyaAllah. Kami cuma menunggu tarikh konformasinya sahaja untuk SERBU !!!

OOppss... sebelum itu Abang Everland mengajak ke Genting Highland untuk program Pasca Lebaran. Ok, Ok... nanti kita rancang baik-baik ya !!! Siti... nak jadi 'tour guide' lagi?



Saturday, September 20, 2008

Penemuan Terbaru...


Ini merupakan Single Terbaru yang dilahirkan oleh Indie Band ini bersempena dengan Bulan 1000 Rahmat ini, Ramadhan. Dalam album kedua band ini, lagu ini dinyanyikan spenuhnya oleh Vokalis Band ini tetapi jika kita berkesempatan mendapatkan Album Single Ramadan daripada Metamobile "CINTA YANG SEMPURNA". Single TUHAN ini menampilkan Afgan (penyanyi Indonesia) sementara CINTA YANG SEMPURNA pula adalah kolaborasi di antara 6ixthsense dan Noe vokalis Letto. Lagu TUHAN ini memang syahdu di dengar dengan lirik yang amat bersahaja dan dekat dengan diri kita. Jika selalu diputarkan di radio, saya kira boleh melekat di jiwa kita.


SELALU DI HATI adalah lagu yang paling digemari oleh saya dari album ini. Kali pertama saya dengar lagu ini ketika pulang dari Shah Alam ke Putra Permai memang dah tahu yang lagu ini akan melekat di jiwa saya. Saya kira lagu ini ada influence lagu Band Indonesia sebab itulah lagi mudah saya minati. Suara vokalis yang bersahaja memang ngam dengan melodi lagu ini yang amat santai. "ternyatanya kau selalu di hati... semua yang hilang tak ku ganti..." wow.. syahdu dan melankolik.


BINTANG-BINTANG jatuh No 2. Lagu ini amat moderate, bersahaja dan 'easy listening'. Liriknya juga seperti puitis tapi mudah difahami. Sebenarnya lagu mengenai sahabat selalunya akan melekat di jiwa saya (contoh : Sahabat Sejati - SO7). Dengan lirik yang amat positif, lagu ini memang sesuai dijadikan pembakar semangat tika berjauhan, bersendirian atau mencari keteguhan jiwa. Lihat saja... "teman ku punya cita-cita... yang kan ku genggam akhirnya... sudikah teruja tuk bersama... melewati ruang angkasa..." Bukankah itu amat indah sekali?



Ya... saya asyik bercerita tentang lagu itu dan lagu ini... Yaaa... ketiga-tiga lagu indah di atas terkadung dalam album 'Nitrus -2', Indie Band yang pernah memenangi Artis Harapan AIM 2002. Macam tak percaya sahaja. Yalah... saya bukannya pengikut Band Indie haruslaah terlepas pandang akan catatan peristiwa ini. Mungkin dahulu Band ini menyanyikan lagi Inggeris rasanya. Selain dari 3 lagu di atas... Lagu-lagu lain yang tidak kurang menariknya ialah Sisa (yang dah masuk pencalonan MuzikMuzik), Resah (Single Pertama), Hujung Dunia (Sound Track "Good Bye Boys") & Benar Salahku. Sebenarnya Eddy (Vokal/Gitar), Bob (Basis) & Is (Drummer) menurunkan tandatangan di cover CD ini, namun disebabkana menggunakan dakwat hitam, ia kurang menonjol. Yang pastinya semasa saya bertanya Eddy album mana lagi best... Nitrus @ E*******? Kata Eddy tentulah Nitrus. Dan setelah 3 kali mengulang main CD ini, memang Eddy tak masuk bakul angkat sendiri. Ternyata berbaloi memiliki CD ini !!!

Sempat lagi saya bergambar dengan Eddy - Vokalis Nitrus. 'Down to Earth' dan sempoi. YES... Eddy juga pemakai CROCS... Lagi sorang selebriti yang memakai Crocs selain Mawi, Misha & Farah (yang saya tahu laaa) !!!. Sebenarnya Nitrus membuat persembahan pada jam 4.00 ptg rasanya di SACC Mall, Shah Alam hari ini (20/10/2008). Jika nak tahu lebih lanjut mengenai Nitrus; klik di sini.

Friday, September 19, 2008

Wiwi, Kikin & Oren...?




Sudah terang lagi bersuluh yang saya bukanlah salah seorang daripada 'Pejuang' DCL. Ya... Mereka ini memang di gelar 'Pejuang'. MLM dengan saya merupakan satu kombinasi yang sukar untuk difikirkan sekurang-kurangnya sehingga kini. Untuk masa hadapan tentulah tidak dapat saya pastikan, itukan kerja Tuhan. Semalam, bertempat di Ballroom Hotel Crown Princess, Kuala Lumpur telah berlangsung Majlis Jejak Jaya & Berbuka Puasa Zon Tengah Fasa 2 - DCL. Saya menghadirkan diri di majlis ini dengan tiga alasan iaitu apabila Mak Ani me'release'kan tiket anaknya Azim untuk saya, menghantar beg Cikgu Jah yang telah lama terperap di rumah saya dan tentunya kerana Mawi adalah Duta DCL yang bukan hanya sekadar hadir untuk berbuka puasa tetapi menghiburkan penonton dii majlis ini juga. Saya tiba agak lambat sebenarnya -ketika Azan Maghrib telahpun berkumandang di ruang udara. Usai berbuka puasa ala kadar, saya keluar untuk menunaikan Solat Jamak Taqdim Maghrib & Isyak di Surau di Tingkat 13 (ya... saya sebenarnya bertolak dari Melaka untuk datang ke program ini; jadi layaklah jamakkan?). Seperti berjanji pula, Mawi baru sampai bersama Ikin dan Nasir (oik... tetiba pulak Nasir pakai snow cap/beanie - dah tukar konsep agaknya). Sempat juga bersalaman dengan beliau dan sembang sikit lantas 'hye hye bye bye' kerana perlu bergegas ke surau (saya la) dan Mawi tentunya perlu ke dalam dewan.

Setelah kembali semula ke dalam dewan, orang ramai sibuk bergambar dengan Mawi. Saya tidak turut serta kerana perlu lebih dahulu mengisi perut. Majlis ketika itu masih dihiburkan dengan kumpulan ala-ala ghazal (entah dari mana entah). Kemudian diteruskan dengan penyampaian hadiah Pearl & Diamond Ambassador. Gamat juga seisi dewan dengan tepukan... Tapi apalah yang saya tahu mengenai ini. Apalah ertinya buat saya kan (Lupa pula... Cikgu Jah sebenarnya salah seorang daripada Pejuang Baru DCL). Puas menunggu dan mendengar Ucapan Pengasas DCL; barulah Mawi muncul dengan dua buah lagu. 'Ya Salaam' (dari album Satu dalam Seribu - trek ini dalam album tersebut dinyanyikan bersama dengan Yasin tapi seperti selalu Mawi akan menyanyikan lagu ini secara solo) dan dikuti dengan sebuah lagi lagu Yasin iaitu 'Rindu Padamu' (dari album Mimpi Laila - Yasin. Jika masih ingat... video klip lagu ini menampilkan Wardina). Lagu 'Rindu Padamu' memang sedap dan syahdu di dengar terutama lirik bahasa arabnya, zaman 'dahulu kala' ketika Mawi masih belum melahirkan album pertama rajin juga beliau menyanyikan lagu ini di dalam setiap persembahan beliau. Apa kata Mawi rakam semula lagu ini? Mungkin akan popular semula...



Memandang malas hendak berebut-rebut lagi dengan orang ramai untuk bergambar dengan Mawi di ballroom setelah selesai majlis. Maka kami (Cikgu Jah & Mak Ani) menunggu Mawi & Kikin di Lobi Crown Princess. Ya... sudah jelas lagi bersuluh (aik dua kali guna peribahasa yang sama dalam entry yang sama ni) sekarang yang Wiwi akan membawa Kikin bersama ke majlis-majlis rasmi. Kalau nak tahu cerita, Cikgu Jah telahpun meng'endorse' Ikin sebagai adik ipar beliau... hahahaha. Kan Mawi tuu 'adik' Cik Jah (Nak tahu cerita lengkap - sila tanya saya 'personally', itupun kalau saya nak ceritalah). Saya @ kami lebih tepat sebenarnya perlu menunggu Wan & Mawi untuk berbincang ringkas berkenaan program Ahad ini (insyaAllah semuanya akan berjalan lancar). Sebelum terlupa... Lihatlah gambar saya tuu... menggunakan 'self potrait mode' dengan gadget terbaru saya.... Saya pula masih mampu tersenyum meskipun jelas keletihan, Kan... Kan...Kan...


Lebih kurang jam 10.10 malam barulah Mawi turun. Sebenarnya mereka sudah hendak pulanglah tuuu. Mula-mula Mawi, Ikin dan saya bergambar bergambar bersama. Itupun setelah saya puas mengambil gambar mereka untuk Cikgu Jah & Mak Ani. Ye..lah utamakan mereka yang lebih tua.


Lepas itu tibalah giliran saya pula bergambar dengan Ikin. Eh, saya mendapat persetujuan Mawi dulu laaa... Tak semapat bersembang panjang dengan Ikinpun, tapi sempat juga memanjangkan alamat blog saya pada Ikinlah. InsyaAllah kalau betul masanya bertemulah kita di alam maya ye Ikin, hehehe.


Last but not least... aktiviti rasmi, saya bergambar dengan Mawilah. Ada ke Mawi tak percaya yang warna kegemaran saya Oren. Oh! Mawi... Bukankah warna latar blog ni Oren (atau jingga dalam bahasa rasminya), Kwang-Kwang-Kwang. Baju Melayu Mawi warna oren yang sedondon dengan Ikin ini merupakan kali pertama saya nampak dia gayakan. Ini adalah 'baju melayu cheongsam' ('chinese influence). Lihatlah butang pada lehernya, itulah 'trade mark'nya. Saya tak pasti Mawi tempah di mana, lupa pula untuk bertanya semalam. Tapi mungkin ZulClassique (Kajang) atau Kedai Abg Syed (yang saya lupa namanya) di Tingkat 1, Ampang Point (rasanya saya macam nampak kelibat Abg Syed tuu kat majlis malam tadi). Kejap jer sebenarnya nii... ya lah mawi pun nak balik kan... Nak hantar Ikin lagikan. Setelah selesai bersalam dan bertukar ucapan selamat hari raya dan terima kasih... merekapun pulang dengan SWIFT kemenangan AF3 yang telah bertukar warna dari merah ke hijau pucuk pisang !!! Dan program Ahad ini, insyaAllah akan berlangsung seperti dirancang. Tunggu...... !


Wednesday, September 17, 2008

Apa Yang Panas Terawang-awangan di Udara?


28 Jun 2008 (maaf... ini memang entry siaran tertunda) yang lalu sebenarnya telah mencatatkan lagi satu sejarah dalam hidup saya. Bukanlah hebat sangat 'fenomenanya' tetapi sesuatu yang menarik untuk dikongsi bersama. Pernah dengar Belon Udara Panas? Belon Udara Panas atau Hot Air Balloon bukanlah amat asing dalam kehidupan kita meskipun ia tidak berlaku setiap hari. Selalunya jika ada karnival, jika bernasib baik pasti ada acara yang agak 'lumayan' ini. Ini juga merupakan pengalaman kali kedua saya untuk 'terbang' bersama belon udara panas ini. Seingat saya kali pertama lebih kurang 10 tahun yang lampau juga di tempat yang sama - Lembah PERMATA Bangi. Lama tuh...

Terima Kasih kepada majikan saya dan juga Traders Hotel yang telah merealisasi impian ramai kakitangan. Bersempena dengan Karnival Keluarga di syarikat saya bekerja tahun ini antara aktiviti hebat yang disajikan yang telah menarik minat saya untuk turut serta tentulah Hot Air Balloon. Tambahan pula kali ini saya tidak berkesempatan untuk menyertai 'Treasure Hunt' dek kerana 'clique' saya semuanya 'sibuk' @pun menyibukkan diri dengan kerja lain. Jadi inilah tumpuan saya.

Seperti tuan rumah yang lain, saya telah mengajak bersama rakan sekerja yang juga 'customer' saya dari Indonesia (antaranya Daniel - sahabat baik saya dari seberang) untuk sama-sama merasai nikmat ini. Meskipun beratur agak lama sebelum dapat naik belon, kami gagahi juga. Nasib baik ada juga 'game' ala-ala tikam yang menemani kami ketika beratur; tidaklah bosan sangat. Saya juga berjaya memenangi sebuah kole tahan panas. Bila seduh berada di awang-awangan terasa tidak mahu turun pula, di tambah lagi dengan masa berada di atas amat singkat sekali, sedar-sedar kami sudah mula turun menjejaki bumi. Terasa selamat di dalam bakul tetapi sedikit panas dek udara yang di keluarkan oleh penunu gas.

Jika di tanya samaada ingin mengulangi pengalaman ini, jawabannya SUDAH TENTU SEKALI. Memang, nak berkali-kali lagi.

Tuesday, September 16, 2008

Iftar Bersama World Gang


Satu ketika dahulu Cute, Mus, Zey, Mirose, Chot, SpiderX dan saya secara tidak rasmi menggelarkan kumpulan kami sebagai World Gang. Mana tidaknya, ketika itu pantang ada program yang melibatkan Mawi kami akan meng'available'kan diri untuk turut serta. Ianya bermula dari saban minggu menghadiri konsert AF3 di Stadium Malawati Shah Alam sehinggalah setahun selepas AF3 tamat dimana Mawi berada di zaman kemuncaknya (sehingga kinipun Mawi masih lagi berada di kemuncak). Kami sempat lagi buat t-shirt "The Other Side of The World" untuk dipakai. Itu kisah lama... kini, meskipun kini kami masih lagi menyokong karier seni Mawi, namun keghairahannya tidaklah sehebat dahulu. Aktivitipun terpaksa dipilih memandangkan ramai yang sudah ada komitment masing-masing.

Lantaran lama tidak bertemu antara satu sama lain, saya mengambil kesempatan menganjurkan Pertemuan Iftar pada 15 September 2008 yang lalu secara 'dutch' di warung Pak Maidin, Equine Park, Bandar Putra Permai. Chot tidak dapat turut serta kerana 'hubby'nya pulang lewat dari pejabat minggu ini sementara Zey dan Mirose pula tidak dapat menghadirkan diri kerana ada komitmen lain. Yang tinggal untuk memeriahkan Iftar ini ialah Cute dan Mus semestinya, SpiderX (yang kini bekerja di Cyberjaya), Yeo & Yanie serta saya dan Lisalah.

Gamat juga dibuatnya di Warung Pak Maidin, namun masih terkawal. Buffetnya juga 'affortable' cuma RM19.50 nett seorang. Ada akses Internet percuma dan ada surau untuk Solat Maghrib di tingkat 1. Makanannya boleh tahan... ada kambing + daging + ayam bakar, ABC dan Laksa Penang antara yang menarik.

Tapi, bukan makanan soalnya, pertemuan mengeratkan silaturahim di bulan penuh berkat ini yang lebih utama. Tak gitu?

Monday, September 15, 2008

Cabaran Saya Ramadhan Ini




Entry ini memang menakutkan dan mendebarkan saya. Resolusi Ramadhan saya kali ini ialah untuk meng'khatam' 5 buah naskhah bahan bacaan. Sehingga 15 Ramadhan 1429H, saya baru langsai 1, 2 masih dalam pembacaan dan 2 belum lagi disentuh. Adakah saya perlu 'bertadarus' untuk mengejar waktu...? Ataupun melupakan resolusi ini dan tinggalkan ia menjadi sekadar impian cuma? Ataupun mengejar sekangkang waktu yang masih ada untuk realitikan fantasi ini? Doakan saya semoga berjaya....; insyaAllah. Antara 5 naskhah terbabit ialah :

SEBUAH TRILOGI TIGA GENRE (SASTERAWAN NEGARA ARENA WATI) Pak Arena adalah antara Sasterawan Negara yang saya ikuti juga hasil karya beliau sejak dari dulu. Ada beberapa karya Pak Arena yang telah saya hayati seperti Sakura Mengorak Langkah, Royan, Eno & Gami. Pak Arena banyak menulis berlatar belakangkan zaman Komunis dan kisah-kisah revelusi di Sulawesi yang amat mencabar minda. Pak Arena juga memang terkenal dengan 'Trilogi' beliau seperti Trilogi Sakura & Trilogi Armageddon (semuanya hebat dan mencabar intelektual pembaca santai sepeerti saya. Namun cabaran dari Angah ini bakal menilai kewajaran saya. Dalam Trilogi ini terkandung cerpen (Antara Manusia), drama (Kepala Bapak Itu) dan Novel (Samira). Angah telah menghadiahkan saya Trilogi ini sempena Ulang Tahun Kelahiran saya tahun ini pada 1 Mac 2008 yang lalu. Cerpen Antara Manusia ada cerita Jepun, Malaysia dan Indonesia tetapi seperti biasa lanskapnya berpaksikan rona antarabangsa. Pak Arena juga amat berpengetahuan tentang adat dan budaya. Membaca naskhah Pak Arena seperti membaca wacana budaya yang amat halus, prihatin, jitu dan bernyawa. Drama 5 babak Kepala Bapak Itu pula tentang perjuangan kemerdekaan yang sarat dengan keinsafan, pengetahuan baru, semangat kebangkitan dan revolusi. Ini merupakan cabaran paling hebat dalam naskhah ini. Setiap kali membaca saya harus menumpukan sepenuh perhatian. Akhirnya, Samira yang akan saya mulakan pembacaan selewat-lewatnya 17 September 2008. (Status : Sehingga 15 September 2008 di muka surat 453/722).

LIKE THE FLOWING RIVER (PAULO COELHO) Kali pertama saya melihat naskhah ini ialah semasa menunggu pesawat Air Asia ke Bangkok Julai lalu. Masa tengah membelek-belek buku di kedai serbaguna di LCCT terpandang akan buku ini lantas saya 'scan through'. Ada satu bab di muka surat 134 " Travelling Differently" yang telah menarik minat saya untuk terus membaca. Meskipun saya tidak bersetuju 100% dengan apa yang disarankan oleh Paulo, tetapi ia telah memberikan saya dimensi baru untuk saya meneruskan perjalanan ke Bangkok ketika itu. Namun saya tidak terus membeli memandangkan jadual saya dan Lisa di Bangkok padat sekali dan saya telahpun membawa novel Faisal Tehrani (Detektif Indigio) untuk dilangsaikan di atas kapal terbang. Adapun begitu, saya cuma dapat membeli buku ini setelah kembali dari Bangkok, juga di LCCT dan cuma berkesempatan untuk membaca hasil karya Paulo sepenuhnya ketika singgahan ke Kota Kinabalu akhir/awal Ogos/September lalu. Alhamdulillah saya cuma mengambil masa 2 hari untuk menghabiskannya. Like The Flowing River sebenarnya adalah koleksi peribadi Paulo tentang cerita-cerita pendek dan tindak balas beliau tentang apa yang berlaku di hadapan beliau sekitar 1998 - 2005. Kesemua cerita ini membawa kita untuk meneroka tentang kehidupan sebenar dari kaca mata Paulo yang ditulis secara bersahaja. Banyak ilmu dan iktibar yang dapat diambil. Apa yang menarik ialah pandangan Paulo tentang toleransi beragama, sketsa yang lelucon, saat getir menghadapi kematian, pilihan dan destini kehidupan. Seorang penulis Brazil yang menulis dalam Bahasa Portugis di mana karyanya telah diterjemahkan lebih daripada 60 bahasa dunia. Yang pastinya, "The Alchemist" karya unggul beliau pasti akan menjadi milik saya juga suatu hari nanti. (Status : Langsai di baca pada 3 September 2008)

MEN ARE FORM MARS, WOMEN ARE FROM VENUS (JOHN GRAY) Buku ini sebenarnya dicadangkan oleh Lisa kepada saya. Dia yang membelinya pun... (Yang lucunya Lisa pun belum baca lagi buku ini, saya pulak kena mendahuluinya). MAFMVAFV ialah panduan secara praktikal untuk memperbaiki komunikasi dan mendapatkan apa yang diinginkan di dalam perhubungan diantara lelaki dan wanita. Pernah dinobatkan sebagai manual untuk pasangan bercinta dalam era 90an. Buku ini mendedahkan kita tentang bagaimana lelaki dan wanita berbeza dalam soal-soal kehidupan mereka. Tidak hanya lelaki dan wanita berkomunikasi dengan cara yang berlainan tetapi cara pemikiran, deria rasa, reaksi, melihat, memberi respon, kehendak, cinta dan cara menghargai juga berlainan. Bak kata penulisnya sebab itulah lelaki berasal dari planet Marikh manakala wanita pula dari planet Waruna. (Status : sehingga 15 September 2008 di muka surat 143/286)

KETIKA CINTA BERTASBIH EPISOD 2 (KCBE2) (HABIBURRAHMAN EL SHIRAZY) merupakan Novel keenam hasil nukilan penulis novel sensasi dari Indonesia ini yang bakal saya terokai. Bermula dari AYAT-AYAT CINTA (AAC) yang menjadi fenomena sekitar tahun 2005 yang juga telah membuatkan saya jatuh cinta untuk terus membaca mengakibatkan saya terus menunggu setiap karya beliau diterjemahkan ke Bahasa Malaysia. Selepas AAC muncul Ketika Cinta Bertasbih Episod 1, Kemudian Pudarnya Pesona Cleopatra diikuti pula dengan Dalam Mihrab Cinta dan akhir sekali Koleksi kisah-kisah Teladani Islami Di Atas Sejadah Cinta. Kesemua naskhah Kang Abik memiliki nilai tersendiri. Berlatar belakangkan Islam dan timur tengah dan Indonesia tentunya novel Kang Abik memang sesuai di baca untuk membangunkan jiwa. KCBE2 meneruskan kembara Azzam yang mati dipertengahan jalan di Episod 1 dalam mencari kebenaran, cinta dan membersihkan nama beliau. Tidak dapat saya cerita banyak kerana saya belum mebacanya... namun seperti biasa saya kira Kang Abik pastinya akan memaksa saya untuk terus membuka helaian demi helaian apabila saya mula membacanya kelak. (Status : belum di baca sehingga 15 September 2008).

THE OPPOSABLE MIND (ROGER MARTIN) Saya kira naskhah ini sebenarnya merupakan persediaan saya untuk berpindah ke tempat kerja baru samada Oktober/November ini (sesungguhnya tidak saya tahu tarikh sebenarnya). Buku terbitan Harvard Business School Press ini hasil tulisan Roger Martin ini menyentuh soal-soal kritikal berkenaan kepemimpinan dari sudut pemikiran secara interaktif dan tindakan serta penyelesaian masalah yang kian meruncing kini. Saya dapat buku ini secara percuma ketika menghadiri EDU Learning Forum 2008 di KLCC Concention Centre pada 14 Februari 2008 yang lalu. Ada bab-bab yang menarik seperti "Reality, Resistance & Resolution : How Interactive Thinkers Keep Their Options Open" dan "No Stomach for Second Best : How Interactive Thinkers Move Beyond Trade-offs". Memang sudah lama terperap di meja belum bersentuh dan resolusi Ramadhan ini perlu di habiskan sebelum 30 Ramadhan 1429H. (Status : belum di baca sehingga 15 September 2008).

Begitulah antara resolusi saya bulan Ramadhan 1429H kali ini. Biar Ramadhan saya kali ini dipenuhi dengan pembacaan yang sempurna, insyaAllah.