Monday, February 26, 2007

VMY 2007 : Perancis di Malaysia "Colmar Tropicale" (002/2007)

Sudah lama sebenarnya saya berkeinginan untuk melawat Bukit Tinggi. Selama ini gambaran Colmar Tropicale cuma mampu dilihat di dalam majalah dan akhbar sahaja. Tidak ada kesempatan sebenarnya. Lantaran ABPBH 2006 berlangsung di Genting pada 5 Februari 2007 yang lalu, maka saya mengambil kesempatan untuk mengajak Lisa, Mus dan Cute untuk 'melencong' ke Bukit Tinggi. Ternyata, rancangan kami tidak sia-sia.

Bermula jam 9.00 am saya keluar dari 'pertapaan saya' di Puncak Jalil. Kemudian singgah mengambil Cute di Kinrara-Puchong. Tiba di rumah Mus di Taman Midah, Cheras lebih kurang jam 9.45 pagi. Akhir sekali tiba di rumah Lisa di Ampang Jaya pada jam 10.15 pagi. Nasib baik trafik agak baik. Jadi kami sebenarnya masih 'on time'.

Kami tiba di Bukit Tinggi lebih kurang jam 11.00 pagi. Bersiar- siar sambil mengambil gambar di sekitar Colmar Tropicale. Ketika kami sampai pertunjukan kebudayaan sedang hangat berlangsung. Ketika itu 3 pasang penari "Portugis" tengah asyik menarik tarian mereka. Pemandangan sekitar Colmar Tropicale amat indah sekali. Selesai menjamu mata, mengambil gambar dan 'window shopping' di Colmar Tropicale , kami menaiki tram ke Japanese Garden dan juga Rumah Teh Jepun yang pertama seumpamanya di Hutan Hujan Tropika dan juga Botanical Garden. Saya sempat membeli mug Japanese Garden untuk menambah koleksi mug saya. Lebih kurang jam 1.30 petang kami turun dari Bukit Tinggi untuk menikmati makan tengahari di Genting Sempah sebelum meneruskan perjalanan ke Genting Highlands untuk menyaksikan ABHBH 2006 pada sebelah malamnya.

Yuran masuk ke Bukit Tinggi ialah RM16 seorang (merangkumi semua lokasi di atas termasuk taman arnab). Untuk mereka yang tidak tahu, Colmar juga adalah nama sebuah Bandar di Perancis. Kiranya Bukit Tinggi – Colmar lebih kurang seperti Bandar Berkembarlah… Jadi, jika ada kesempatan mengapa tidak ke sana sahaja, tak gitu?

Sunday, February 25, 2007

KSRP Walk Hunt 2007


Saya sebenarnya tengah menonton Gang Starz... boleh tahanlah juga dengan rancangan realiti terbaru TV3 ini, ketika ini kumpulan First Edition tengah menyanyikan lagu Bye, Bye, Bye. Kali ini rasanya saya akan 'update' 'story' yang masih panas. (Tapi tentunya saya menunggu AF5 kan... kan... kan..)

Hari ini, Ahad 25 Februari 2007 saya kena bangun awal. Mana tidaknya, bagi KSRP Walk Hunt 2007 ini acara bermula seawal 7.30 pagi. Tetapi hakikatnya saya terlewat bangun!!! Subuh dinasour hari ini, nasib baik jalan agak lengang - saya selamat tiba di lokasi jam 7.50 pagi. Nasib baik Amiza & Naz (rakan sepasukan) telah sampai. Naz pun lambat jugak. Amiza telah mendaftar, mengambil t-shirt dan sarapan untuk kami. Sedang makan-makan, kami bersetuju dengan prinsip utama, jika hendak menang... "Jangan Bergaduh" macam siapa tuh, pemenang TARA.

Nama kumpulan kami agak menarik.... "TEKAD Bukit Pantai". Sebenarnya kami bertiga terlibat sebagai 'Coach' untuk program TEKAD dan dalam masa yang sama juga menjadi Fasilitator untuk Program Bakti Pendidikan di Sek Keb Bukit Pantai, Bangsar.

Acara bermula tepat jam 8.30 pagi. Kami perlu menamatkan Sesi pertama iaitu menjawab soalan, mencari harta karun dan menyelesaikan Misi sebelum 12.30 untuk tidak ditolak markah. Pencarian bermula di simpang Jln Ampang/Jln Yap Kwan Seng dan berakhir di simpang Jln P.Ramlee/Jln Ampang. Penat jugalah berjalan. Pengalaman yang menarik, selain daripada 'exercise' banyak juga pemandangan baru sebenarnya. Ada soalan susah... ada soalan senang. Antara yang menarik.... What does Blair and Pele have in common on this road? Jawabannya, "No 10, Jalan Sultan Ismail". Kami menyerahkan borang sesi pertama sebagai peserta ke-empat terpantas dengan 5 kesalahan (1 daripada 'treasure kami juga salah, tapi Misi pertama lami membeli 6 barang dengan harga RM8.88 - tepat dengan sekali pembelian). Seterusnya, kami bermula baik untuk Misi kedua dengan menjadi peserta pertama menyiapkan lirik dan menyanyikan lagu Gong Xi Fa Chai. Misi ketiga, paling mencabar iaitu mencari 5 lelaki dan 5 wanita untuk mengukur berat mereka di hadapan Lobi Menara 1.
Meskipun kami menjadi kumpulan pertama yang menyerahkan borang jawaban.... memandangkan ini bukan "Race", kami akhirnya akur dengan mendapat tenpat keenam keseluruhan. Hey... not bad for first timer walk hunter !!!
Hadiahnya.... Hmm..... Voucer petrol RM50 yang dikongsi bertiga.... dan makan semua makanan yang kami beli sebagai "treasure"; ahaks !!! OK Naz, Miza.... Next time kita masuk lagi.

Saturday, February 24, 2007

Corat-Coret Anugerah Bintang Popular Bintang Harian 2006

Alhamdulillah, sekali lagi tahun ini saya dapat menonton secara live ABPBH 2006 di Arena of Stars, Genting Highlands pada 4 Februari 2007 yang baru lalu. Kali ini saya datang bersama Lisa, Cute dan Mus. Terima Kasih kepada sahabat-sahabat saya dari Berita Harian, Hijjaz Records (Muaz), Rabbani (Asri Ubai) dan Akhbar 'the Alpha' kerana telah sudi memanjangkan bukan sahaja kad jemputan majlis anugerah tetapi juga jemputan ke 'post party'.

Untuk Nish... selamat tenung lama-lama gambar Mawi tuh... :))) Kalau nak 'copy'pun saya benarkan... ahaks.

Secara keseluruhan saya lebih teruja dengan Majlis dan 'post party' tahun lalu. Ada banyak kenangan yang masih bermain di ruang fikiran seperti persembahan Kak Nita, Persembahan Diva Porpular, Ukiran Ais Batu di Post Party, terlepas bergambar dengan Mawi, jumpa Mujahid 'last minute', banyaknya makanan di 'post party' dan bayak lagi...

Untuk tahun ini.... tentunya kegagalan tahun lalu berbayar bila bukan sahaja dapat bergambar dengan Mawi, malah sempat menyakat dan sembang lagi dengan beliau. Dapat juga jumpa Siti setelah berkahwin, tengok gigi Ina Naim yang telah dicantikkan dan lagi satu... tak sangka gambar saya, Cute, Haziq dan Farhan yang di ambil oleh Abg Jep Iran (Utusan Malaysia) masuk dalam HAI !!!

Itu saja... insyaAllah, panjang umur... Jumpa lagi di Genting, 2008 !!!

p/s : untuk Bro Fadzli... TQVM kerana sanggup beli HAI setelah mendapat sms aku !!!

Tuesday, February 20, 2007

VMY 2007 - Legenda Langkawi (001/2007)

13 -14 Januari 2007 yang lalu, saya, Lisa, Miza & Has telah sempat menyahut seruan Kerajaan Malaysia dengan turut menjayakan Kempen Tahun Melawat Malaysia 2007 dengan terbang ke Pulau Legenda Mahsuri, Langkawi. Penerbangan dari LCCT-KLIA mengambil masa lebih kurang 55 minit untuk mendarat di LGK.

Kami menginap di Grand Motel, sebuah chalet budget yang berdiri megah di antara pusat-pusat peranginan ternama di Pantai Chenang. Kali terakhir saya berkunjung ke Langkawi ialah pada September 2005. Jadi kunjungan kali ini ialah untuk berkunjung ke tempat yang masih belum sempat dikunjungi ketika itu. Has dan Miza bertekad untuk naik Langkawi Cable Car, Lisa (dan Has juga) teringin sangat hendak mandi di Tasik Dayang Bunting. Saya secara peribadi ingin berkunjung ke Galeri Ibrahim Hussein. Selain dari itu kami juga singgah ke Dataran Helang, Taman Lagenda Langkawi, Air Terjun Durian Perangin, Awana Porto Malai, Langkawi Falls, Pulau Beras Basah dll. Untuk acara shopping pula sudah tentu Kedai Hj Ismail & Idaman Suri menjadi acara wajib.

Banyak kenangan manis yang berlaku. Ada yang seperti tidak masuk akal. Antaranya, kunci kereta yang kami sewa hamper patah yang memaksa kami untuk tunggu hampir 45 minit untuk mendapatkan kunci simpanan. Taman Legenda Langkawi memang menarik – tambahan pula sekarang ini tiada yuran masuk dikenakan. Malangnya ia tidak dijaga rapi. Meskipun begitu, melihat mega merah di ufuk barat memang indah sekali. Susah juga kami mencari jalan untuk ke Gua Landak, tibanya di sana tiada pula “guide’ untuk membawa kami. Kami Cuma di sapa oleh seorang Auntie Minah Saleh yang fasih berbahasa Melayu. Siapakah beliau? Entah lah... Langkawi Falls juga mengalami kisah sedih, bayangkan setelah beratus ribu (rasanyalah)dihabiskan untuk membina air terjun buatan tersebut, akhirnya ia bagaikan projek gajah putih yang terbengkalai begitu sahaja. Tapi hati kami terpaut kesedihan memandangkan Air Terjun Temurun yang kering kontang !!!

Tetapi, sebenarnya Langkawi memang pulau yang indah. Tambahan lagi apabila tarikh kami ke sana tidak bertembung dengan muism cuti sekolah mahupun LIMA dimana pulau akan menjadi sesak dengan pelancong. Jadi mudahlah untuk bergerak kesana kemari.
Apa lagi, surf internet, masuk website Air Asia, tempah tiket dan terbang ke Pulau Legenda ini !!!

Monday, February 19, 2007

Di Hari Bahagia Suhana & Nazmizan...


Antara Hantaran-hantarannya...

Sempat juga kami 'berposing' dengan pengantin...

Saya dan Lisa sempat berkunjung ke Majlis Perkhawinan Suhana (Wartawan Utusan Malaysia) dengan Nazmizan (bekas Atlit Kebangsaan) di Taman Muhibbah, Alor Star pada 18 Februari 2007 yang lalu. Kenduri ini di sebelah Suhana, kenduri di sebelah Mizan akan di adakan di Terengganu pada 24 Februari 2007 ini. Majlis ini bertemakan ‘Maroon – Putih’ (Majlis sebelah Mizan tentunya bertemakan ‘lavender’, berdasarkan kepada warna hantaran yang dihantar. Hantaran Mizan digubah di dalam bekas rotan, sementara hantaran balas dari pihak Suhana digubah di dalam kulit kerang. Kalau hendak mengetahu secara terperinci, kenalah baca surat khabar kan…

Lisa pula terperanjat bila melihat Banner Majlis Perkahwinan mereka yang sememangnya telah menjadi trend di Kedah. Bilik pengantin mereka juga menambat hati Lisa… apatah lagi ia berwarna putih. Selain dari lauk pengantin, ada DJ berceloteh, Teh Tarik & Ais Kacang Korner pun ada !!! Hebat kan…

Suhana merupakan kenalan saya, saya dikenalkan kepada Suhana oleh bekas jiran saya Abang Bond (gelilah pulak panggil si Din ni Abang Bond, tapi itulah yang mereka gelarkan dia di pejabat. Din juga bertugas dengan Utusan, sekarang ini telah berpindah ke Prai). Saya dan Suhana selalu bertukar-tukar pendapat/maklumat terutama berkenaan Mawi Worldlah, siapa lagi… kerana ketika itu, Suhana juga mengikuti perkembangan Juara AF3 tersebut. Sehingga kini saya pun belum pasti samada Suhana masih menyokong Mawi atau tidak. Akhir-akhir ini, Suhana menjadi pakar rujuk saya sebelum saya juga mengikat tali pertunangan.

Nazmizan pula, saya kira beliau baru mengenali saya setalah beliau bertunang dengan Suhana. Semasa saya mengikut Alif OIAM menyertai Liga Futsal Hot.fm di Stadium Juara Bukit Kiara, Suhana juga hadir untuk menyokong Mizan yang menjadi salah seorang selebriti jemputan bagi acara tersebut. Saya kurang pasti Mizan bermain untuk team DJ mana. Tetapi, saya sebenarnya pernah nampak kelibat Mizan semasa saya bekerja di Bangi, sudah tentunya ketika itu Mizan sedang dalam sesi latihan atlit Malaysia di Pusat Latihan Maybank, Bangi.

Aha... Teringat pula saya pernah menyakat Suhana dengan mengatakan Kolum Mizan di dalam akhbar Kosmo (Trek dan Balapan) itu di tulis oleh Suhana (bukannya Mizan), mati-matian Suhana mengatakan ia di tulis sendiri oleh Mizan... ahaks.

Okay.... untuk Suhana dan Mizan, saya tujukan lagu.... Berdua Lebih Baik dari Filem Heart !!!

Thursday, February 15, 2007

Happy Birthday Dak Doyan...


Sudah lama sebenarnya saya tidak mendengar khabar berita dari Dak seorang ni. Kebetulan semasa terperangkap dalam kesesakan jalan raya ketika pulang dari tempat kerja, teringat pula saya untuk menghantar sms pada Dak Doyan. Cepat pula dia membalas. Kandungan smsnya pula sedikit mengejutkan saya - membuat saya tersenyum. "X wish bday pun. hehe. saya kat rumah, esok kene p shtg dah..1 wek, aftr dat la k?"
Hari lahir Dak Doyan? Sesungguhnya saya bukan hanya terlupa, tetapi tak ingat dan mungkin juga tak tahu...:) Kantoi saya kali ini....
Untuk itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk untuk mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran kepada Farish The Dak Doyan Runtuh!!! "Abang doakan agar segala doa Farish dimakbulkan oleh Yang Maha Esa. Agar segala kebaikan mendekati dirimu dan segala keburukan menjauhi dirimu jua. InsyaAllah".
Sesunggunya kita memang tidak mungkjin tahu apa yang dihajati, ingini, diidami oleh seseorang itu. Meski serapat manapun kita dengan mereka. Kita cuma mampu menelah, menafsir apa yang tersurat, juga meneka dalam kesamaran. Di sebalik setiap senyuman mahupun tangisan sebenarnya tersimpan segala rahsia yang cuma tuan punya diri yang mampu menguraikannya.