Saturday, April 29, 2006

The One About AC Disini


Episod 2, ini gambar "World Gang" dengan Erra - Ratu Panggung !!!
Gambar ini di 'snap' oleh Pengurus Erra yang amat sporting, Syed.

Episod 1, kehadiran Datuk Seri Effendi telah mengejutkan Tiara. Masih aku ingat lagi kali pertama bertemu beliau semasa Teater Siti Zubaidah beberapa tahun yang lalu, Datuk Seri memang amat supportive terhadap kerja seni Tiara.... Bravo !!!

"World Gang" bersama AClah, Sempoi...

Semalam, 28 April 2006 merupakan kali kedua aku menyaksikan AC Disini secara Live di Studio 2, Astro. Sebelumnya, minggu sebelum itulah kan. Al-kisahnya, masa minggu pertama dahulu - terjadi akibat 'maklumat yang disampaikan tidak tepat @ salah dengar kot?'. Meskipun begitu aku tidak menyesal memandangkan program yang dikendalikan oleh AC Mizal ini amat menghiburkan dan penuh dengan kejutan. Macam-macam segmen ada. Cabaran AC & CMP antara yang menarik.

Sebagai sebuah Talk Show yang baru, ia adalah sebuah rancangan yang bagus dan layak untuk berbaris seriring dengan rancangan bualbicara yang lain seperti Macam-Macam Aznil, HO Live dsb. Baru masuk minggu keduapun, tentulah masih ada cacat cela yang boleh dimaafkan. Namun begitu celoteh AC memang menghiburkan dan tidak slapstik (eh..eh.. AC ni ada hati nak jadi catwalk model ker? Ahaks!!!)
Minggu pertama (21 April 2006), tetamu jemputannya ialah Datin Sri Tiara. Memandangkan AC pun turut berlakon dalam PGL - The Musical, maka sembang antara AC - Tiara, banyak berkisar tentang teater muzikal tersebutlah. Kejutan untuk Tiara ialah dengan kehadiran Datuk Seri Effendi yang datang berbaju melayu lengkap membawa sejambangan bunga! Waduh-waduh ketara benar akan ketulusan cinta dan kebahagiaan perkahwinan mereka !!! Aku sepatutnya telah dipilih untuk turut serta dalam segmen Cakap Apa Saja berkenaan Tiara selama 20 saat, tapi dibatalkan saat akhir sebab tak cukup masa (over run lah tu... ahaks) Alhamdulillah... kalau tak satu Malaya nampak aku... (dah ler memang tak ada idea spontan nak cakap...)
Minggu kedua (28 April 2006), tetamu jemputannya ialah Ratu Panggung, siapa lagi kalau bukan Erra Fazira. Antara lakonan Erra yang aku suka ialah Sembilu, Hingga Hujung Nyawa, Kuliah Cinta & Persona Non Grata. Rasanya ini adalah kali pertama dalam 8 tahun aku berjumpa Erra secara live !!!. Kali ini bukan sahaja Cute tetapi Chotto, SpiderX malah Yeo juga turut serta. Minggu ini antara yang menarik ialah segmen gossip CMP & Jimmy Trek Selebriti yang 'skodeng' Mawi memancing ikan di kolam, tetapi sebenarnya Man (bakal PA Mawi) yang memancing.... ahaks!!!. Ingatkan kejutan untuk Erra ialah kehadiran Yusry.... nampaknya tak menjadi skrip aku aku reka nii... Aku dipilih sekali lagi untuk segmen Cakap Apa Saja... (mungkin sebab tak jadi kot minggu lepas)... Hmmm.... pasal Erra, aku masih ingat masa final year + baru mula kerja dulu... memang banyak gambar Erra aku tampal kat dinding bilik (ye lah rumah sewa), tapi semenjak dah duduk kat rumah sendiri ni... memanglah tak buat lagi kerja macam tuu.... pikir punya pikir.... inilah antara ayat yang aku sempat cakap untuk masa 20 saat tuh.... "Saya meminati lakonan Erra semenjak Sembilu lagi, dan untuk 2 kali Erra dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik dalam Soal Hati & Hingga Hujung Nyawa, Erra memang layak. Saya amat berharap agar Erra akan menang lagi untuk filem Persona Non Grata. Untuk perhubungan Erra dan Yusry, saya amat berharap jangan jadi macam lagu Erra - Yang Terindah Hanyalah Sementara, tetapi jadilah seperti lagu Yusry, ku ingin selalu Dekat Padamu. Untuk rakan-rakan yang juga meminati Erra - Cute, Chot, SpedeX & Yeo... Sempoi !!!". (Nota : Erra & Pengurus Erra Entertainment.... memang sporting habis !!!!... artis dan pengurusan seperti ini memang boleh kekal lama dalam industri hiburan).
Rancangan ni memang BEST... kalau ada masa terluang... tontonlah kat Astro RIA, setiap Hari Jumaat 9.00 - 10.00 malam atau ulangannya pada Hari Sabtu, 5.00 - 6.00 petang (rasanya). Agak-agaknya, siapalah jemputan untuk 5 Mei 2006 ni? ... dan bila pulak AC nak jemput Mawi?

Tuesday, April 25, 2006

The One on Resume Untuk Mawi

Mawi bersama 3 orang finalis Resume Untuk Mawi

Akuler tuu... bergaya, kat belakang tu Mawi & Man

Resume Untuk Mawi, rancangan realiti oleh Astro Ria untuk memilih Pembantu Peribadi (PA) Mawi bermula sekitar Bulan Februari 2006 yang lalu. Dan semalam; 24 April 2006 termetrilah seperti yang dijanjikan di mana Man ("sebijik sebijon" personanya persis Mawi... ahaks) telah dinobatkan oleh SMS (50%) dan juga juri profesional (50%) sebagai pemenang dan bakal menjawat jawatan sebagai PA Mawi selepas ini.
Semalam juga aku sempat menyaksikan siaran langsung Final - Resume Untuk Mawi di Studio 2, ASTRO. Terima kasih kepada "Saudari" yang tidak lupa mengajak. Pengalaman menyaksikan siaran langsung ini sungguh manis dan bermakna sekali. Apatah lagi lagi, semalam juga telah membuktikan ke'humble'lan sebenar Mawi. Mungkin sebelum ini aku tahu yang Mawi memang seorang yang "humble"; and a very down to earth superstar", tetapi apa yang berlaku semalam telah menjadi bahan bukti yang nyata. Untuk Man pula, tahniah kerana telah menepati ramalan ramai untuk muncul juara.
Apapun, rancangan semalam sebenarnya banyak diselamatkan oleh Aznil yang memang melampaui keterbatasan yang ada dalam mengacara acara 'live' dan lagu "Kian" yang disampaikan dengan penuh jiwa oleh Mawi !!! Bravo Mawi !!!

Thursday, April 20, 2006

The One With Zoom In Bersama....



Ni lah Syah.... my brother. Kata nak pindah umah.... biler aaa? Biler free nak gi "ngeteh" ni... eh paham ker? Bila nak pekena teh tarik ker....ahaks. Jgn lupa X-Men III dah nak main kat panggung nii....




Inilah Mirwana.... boleh jadi belia contoh nii.... berjaya dalam pelajaran, berjaya dalam industri hiburan. Eh... dah berapa Anugerah dah korang dah sapu ???



Ni haaa.... Akhbar kalau sapa yg lom kenal.... Bintang Dalam pembikinan? Jangan lama-lama sangat peram album tuh.... TQ pasal simpankan tiket....


Ni haaa... Yasin, Cute ngan aku. Si Cute... amik kesempatan yek...Yasin siap pesan kat Cute suruh frame gambo ni... ahaks, poyo jer si Yasin ni.


Yasin is one of my old friend.... betul ker? I know him back in 1998 (dah 8 tahun rupanya) masa tu dia still with Brothers trough my brother, Syah (masih ingat lagi ada one time tuu bila Yasin datang umah masa one the way to show, bebudak kecik penuh berkerumun kat laman rumah tuu sebab nak jumpa Yasin keluar dari umah aku, glamer sekejap aku.... ahaks).... so bila dia jadi Host untuk Program Zoom In ni... kenalah pergi; kiranya macam bagi sokongan kat Sahabat lama laaa.... Actually just met him kat Shah Alam masa Konsert Maulidur Rasul Rabbani early this month....

Nak diikutkan "ketidaklaratan yang dialami" macam tak nak pergi saja, dah lah baru balik dari China, then sambung out station kat Melaka 19-20 April. Macam nak overnight kat Melaka jer, sayang pulak terlepas program tuu.... ahaks.... tapi mengenangkan dah amik tiket kat Akhbar kul 11.15 malam Isnin lepas kat "structure singa terbesar kat Mesia".... memang kena gi jugak ler... biarler penat tuu berbaloi... dan ternyata memang berbaloi, sebab The Show was MARVELOUS !!!! Especially bila dengar Yasin's version of Penantian (Bienda), Wassini (Waheeda) and Lagu Rindu (Siti Nurhaliza.... ayyi zaman... ayyi makaan... sekali dengar macam akhir zaman jer, whenever whereverlah)

Guest Artiste dia pun memang mantap...... Mirwarna is of the the finest "Backing Vocal Group" that a singer could ever have.... suara dia orang memang harmoni giler... superb.... Two Thums Up to Akmal-Izzat-Along-Hafiz (ello lil' bros - biler 2nd Album nak kuar?), Akhbar.... "bintang dalam pembikinan" (eh...eh.... macam Zoom In ni bersama Yasin feat Akhbarlah pulak.... ahaks, paling best lagu Ummi yang ala-ala rap with chorus sample from Pak Haddad Alwi's song), Siti Nurhalizapun ada.... with her new Yasin's composition "Hidup Penuh Bicara", Joe Thoo Phat "Alhamdulillah" (aku masih mencari makna '786', ada sesiapa boleh beritahu?), Vince AF2 - "Berkobar-kobar" (Yasin's favourite song? Macam x caya jer..... ahaks).... "Siapa Di Hatimu" - "truet" Yasin, Mode & Akhbar.
Kalau nak tengok on TV.... kenalah tunggu bulan puasa nii..... lama lagik tuuu....

Wednesday, April 19, 2006

The One On Window of The World

Hat ni dibuat dari kertas.... kreatif betul, aku dah beli kat kedai souvenir... tapi tertinggal kat hotel lah pulak...


Skycrappers of Manhattan... Cantik giler...


The Globose in Mexico... yg ni saiz sebenar bukan miniture

Monumen ni kat Iraq... lupa lah pulak nama dia... mungkin masjid jugak nii...


View from Eiffel Tower


My last trip to Shenzhen, China was in February 2005, when I got chance to be there again on business matters from 12 - 16 April 2006, definately I won't miss a chance to visit some of the interesting tourist spot there (once my meeting endedlah off course). Window of the World (WOTW), where 118 stuructures of internationally recognize landmark from all over the world was rebuild in one very fine park. Macam-macam ada, bak kata Astro!!! Antara yang interesting termasuklah.... Eiffel Tower (France), Taj Mahal (India), Pyramid of Giza (Egypt), Niagara Falls (USA), Sydney OperaHouse (Australia), Borobodur (Indonesia), Angkor Watt (Cambodia), The Spanish Steps (Italy), Skyscrappers in Manhattan (USA), House of Parliament (Brazil), The Globose (Mexico) & Tower of Kuwait (Kuwait).

The journey to there also not that easy.... memandangkan all the Signs are in Chinese off couse. Nasib baik ada staff at our China Office yg sudi menolong/meneman aku ke sana.... kalau tak... memang sesatlah... But based on my experience in Beijing, kalau ada buku lonely Planet China tuu... memang tak akan sesat punyalah. WOTW ni letaknya kat Nanshan in Szenzhen City, kira-kira kat South Chinalah... dekat giler ngan HongKonglah niii (ahh... HongKong Disneyland.... biler nak pegi ni???). Punya nak trill... so kami naik bus ler.... best jugak.... kat sana pun ader subway mcm LRT kitalah... kalau nak try.

Memang puas dekat 4 jam lebih kat dalam tuu.... I hope in my next trip, leh try gi Splendid China & Happy Valleylah pulak...

Sunday, April 9, 2006

The One When I First Met Mawi


Apabila Mawi gagal semasa Konsert Prelude AF3 last year.... gegak gempita seluruh negara, "peperangan" meletus baik di dada akhbar mahupun Channel 15, Astro. Namun kisah tersebut telahpun menjadi sejarah. Kini.... Selepas menjuarai AF3, Mawi telah menjadi salah seorang bintang tersohor di persada seni tanah air. Selepas disingkirkan dari Konsert Prelude AF3, Mawi bersama 7 lagi rakan yang turut tersingkir telah dibawa untuk turut serta dalam beberapa program Astro, salah satunya antara yang aku sempat joint ialah Konsert Kemuncak Misi Suara Hati 2 pada 28 Mei 2005; di mana Mawi dan rakan-rakan lain mendendangkan lagu "Seribu Impian".
Memandang Mus dan aku sampai agak awal, jadi kami terpaksalah mencari surau untuk Solat Maghrib. Nasib baik, ada surau di dalam Stadium Malawati. Selesai solat, aku telah bertemu dengan salah seorang peserta program tersebut, akupun dah lupa nama beliau. Dia mengajak kami untuk duduk di bahagian bawah stadium kerana munurut beliau, tidak ramai yang akan hadir. Apa lagi.... pucuk dicita, ulam mendatanglah.....
Pada malam tersebut, Mawi memang dikawal rapi.... namun nasib menyebelahi kami di mana dalam masa yang agak terhad selepas konsert, Mus dan aku berjaya meloloskan diri untuk bertemu Mawi dan bergambar. Hasilnya seperti kat atas tuu lah.... Jadi gambar ini dah hampir setahun usianya.... dapat dilihat yang Mawi sekarang ini pun dah KIAN berisi.... ahaks !!!

Saturday, April 8, 2006

The One About Creating A Blog


Assalamualaikum/Salam Sejahtera...
Memang betul2 "Hari Ini Dalam Sejarah" (macam title album Ahli Fiqirlah pulak)... setelah hampir 5 bulan dok bercerita nak buat blog... akhirnya 8hb April 2006 menjadi saksi.... "this blog was created in less than 5 minutes". Wow!!! mudah giler (perasanlah pulak), what makes me wait that long hah...???? Entahlah... kesibukan selalu mengatasi segala. Thanks a bunch to Oza (siapakah Oza ???... nanti kita cerita kemudian.... jeng 3X) kerana mengajar cara2 nak buat blog nii.... after this kan Oza; boleh ler kita lawan blog sapa lagik ceria dan banyak pengunjung/ readers/ chatters/ followers.... ahaks. Okeylah.... nanti sambung balik.... lapar giler ni dok tunggu domino pizza sampai, lepas ni lak nak gi tengok "The Tiger and The Snow" kat GSC, 1 Utama. Bye for now...